Sesi Monolog Dalaman

Thursday, October 29, 2009

perkongsian berguna


Assalamualaikum W.B.T

Terlebih dahulu memohon seribu kemaafan kerna aku membohongi sedikit pada entry yang lepas dimana aku telah mengeluarkan statement bahawasanya blog ini akan mengalami pengabaian selama lebih kurang 2 minggu. Tapi aku terpaksa membatalkan statement itu kerana ada perkongsian yang perlu dikongsi bersama.


Faktor yang mendatangkan rezeki:
  • berusaha bersungguh-sungguh
  • bertakwa/taat perintah Allah SWT
  • memperbanyakkan istighfar
  • doa
  • tawakal
  • bersedekah
  • bersyukur


Firman Allah SWT : " Jangan kamu gelisah dan putus asa, kerana Allah berkenan memberikan rezekinya kepada sesiapa yang dikehendakinya tanpa hisab dan disangka-sangka sebelumnya "



Doa yang bagus untuk mengulangkaji pelajaran :


Ya Allah, keluarkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu,

Kurniakanlah aku dengan sinaran kefahaman,
Bukakanlah bagiku pintu ilmu dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik

dan kasih sayang,
Ya Allah, sinarilah hatiku dengan cahayaMU

seperti Engkau menerangi bumi dan langit dengan rahmatmu,
Ya Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang



p/s : dah cuba masukkan ayat seribu dinar. tapi tak berjaya. semoga menjadi amalan bersama. insyaAllah. Wassalam~

Saturday, October 24, 2009

Kejayaan Kita Bersama



Assalamualaikum w.b.t

*Amaran Keras : Bebelan untuk entry aku kali ni maybe agak panjang dari biasa. Sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera jikalau ianya mendatangkan kebosanan kepada anda. Terima kasih!

First thing first, aku nak bagitau yang aku mungkin akan mengingnorekan blog aku selama 2 minggu dek kerana aku ada amanah yang perlu dipikul. Ada tanggungjawab yang perlu digalas. Ada keupayaan di sebalik kesengsaraan. Ada sinar di sebalik kegelapan. InsyaAllah. ( Ceh seolah-olah macam ramai sangat yang dok ushar blog aku. Buat malu ja keluarkan statement ni. Adei~ )

Adalah ini dimaklumkan aku akan menghadapi satu lagi ujian hidup yang terbesar dalam hidup aku. Serius beb, gua cakap ni. Percayalah! Please trust me! Ala, final exam je pun. Orang lain pun ambil exam juga apa. Eh ya tak ya juga ek. Tapi korang laen la. Aku laen. Apa yang laennya? Semua orang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi tak terlepas daripada menerima ujian dunia ini. Ya tak ya juga ek. Tapi korang laen la. Aku laen. Apa yang laennya? ( Aku cuba mengulangi ayat tersebut untuk kali ke2 ). Paper semua rapat-rapat ke? Ala, standet charted la tuh! Semua orang dah pernah merasa la. Aku pun. Semester lepas satu hari sampai 2 paper. Gila! Eh sory2.. Tak gila lagi. Biasa la tu.




Maka dengan ini dimaklumkan tempoh pengabaian blog ini ada lebih kurang dari 4 jam. Dan selepas itu " A JOURNEY " akan melayari hidupnya tanpa ownernya di sisi. Ceh nak kata study maut la tuh! Belom ada lagi sejarah orang study sampai maut. Eh ada ka? Tatau plak aku. Kalau sesiapa tau bagitau supaya aku yang tatau ni dapat tau dan sesiapa yang laen tatau turut dapat tau. Aku dah try melalutkan diri. See... Kan aku dah warning, boring kan? Lantak korang la sapa suruh baca. Eh kasar bunyi. Eh minta maaf ya. Sebenarnya ceq ngantok ni. Cuba menyelitkan elemen lawak yang tak lawak ni. Hopefully kalian tak salah kepahaman tatabahasa ya.

Tune pembacaan di ubah...

Aku... Melewati hari yang mendatang bagai satu penyeksaan. Ya penyeksaan dunia terhadap insan kerdil ini. Dalam erti kata lain ujian hidup. Ya kita hanya manusia biasa. Ujian, masalah, ragam kehidupan adalah adunan yang lengkap untuk para manusia di muka bumi Allah ini. Tiada manusia yang tak ditimpa masalah. Tidak terkecuali walaupun seorang akan menerima ujian daripadaNYA. Masalah akan datang dan terus datang. Menunggu tika dan masa yang sesuai untuk 'ditangkapnya'. Begitu juga ujian yang diaturkan Allah ini untuk kita.

Ya Allah kenapa Kau beri hambaMu ini ujian sebegini rupa? Ya Allah, apakah yang cuba Kau berikan kepadaku ini Ya Allah? Ya Allah, apakah hikmah di sebalik semua ujian yang Kau timpakan kepada kami ini Ya Allah? Antara persoalan yang sering berlegar di dalam otak saya dan juga kalian barangkali. Bila kita ditimpa musibah ataupun ujian, persoalan yang acapkali dilontarkan. Kenapakah, kenapakah dan kenapakah? Bukan diri anda dan saya tidak mengsyukuri apa yang diberikannya. NO tidak sama sekali. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku ini sekiranya aku tidak mengsyukuri nikmat-nikmat yang telah Engkau berikan. Tapi aku hanya manusia biasa yang sering dihambat noda dan dosa. Tidak terlepas oleh aku untuk untuk itu, kerna aku hanya insan biasa.



Tertarik satu kisah dimana kisah ini diceritakan oleh Dato' Fadzilah Kamsah. Bunyinya lebih kurang macam ni. " Kalau kita pakai kereta, tengoklah orang yang pakai motosikal, kalau kita pakai motosikal, tengoklah orang yang pakai basikal, orang yang pakai basikal, tengoklah orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki, tengoklah orang yang tidak memakai kasut, orang yang memakai kasut, tengoklah orang yang berkaki ayam, orang yang berkaki ayam, tengoklah orang yang tiada kaki ". Begitulah perumpamaannya. Mengerti dan fahamilah di sini. Janganlah engkau merasai yang engkau paling susah di atas muka bumi ini. Yakinlah ramai lagi lebih susah daripada kamu. Ya Allah, insan ini berdosa lagi. Ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah. Telah dijanjikan oleh Allah, bebanan seseorang itu adalah mengikut kesanggupannya. Pasti ada kemudahan. Lihatlah aturan yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T. Terlalu sempurna. MasyaAllah...



Dua elemen yang penting untuk kita hayati bersama. Bersukur dengan apa yang ada. Redha dengan apa yang tiada. Ketenangan pasti dirasakan dalam diri bila mana kita yakin segala yang datang itu hakikatnya dari Allah jua. Jika ada kelebihan, itu cuma nikmat sementara saja yang menguji kita. Kadang-kadang kita perlu penuhkan akal dengan ilmu, penuhkan semangat dengan keyakinan dan penuhkan hidup dengan kejayaan. Kejayaan inilah yang membawa pada impian. Penghalang kepada kejayaan ialah diri sendiri, bukanlah kecacatan atau kekurangan. Kelembutan yang ada itulah sebenarnya kekuatan kita.

Redha bukan bermakna pasrah atau menyerah bulat-bulat tanpa bertindak apa-apa pun. Pasrah dengan KEGAGALAN, kita menerima kenyataan yang ada tetapi fikiran dan tubuh perlu berikhtiar memperbaiki kenyataan. Pasti kejayaan di tempa. Yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. " Keyakinan pada Allah adalah ibarat air kedamaian yang tidak pernah kering. Menjadikan seseorang itu tetap segar di saat orang lain berguguran air mata dan tetap tenang di saat orang lain ketakutan. Memang telah dijanjikan, " Mereka itulah yang akan mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungannya. ( Al- Baqarah : 202 ) "

Banyak kegagalan dalam hidup yang berpunca daripada mereka yang tidak menyedari betapa dekatnya diri mereka dengan kejayaan semasa mereka mereka berputus asa dahulu - Thomas Edison -
" To succed, we must first believe that we can " - Michael Korda -
Antara kata-kata semangat untuk renungan bersama.
Semua orang ada peluang untuk berjaya. Terpulang pada diri sendiri dengan tekad, azam, usaha, doa dan tawakal. Sentiasa muhasabah diri, kita amanah ibubapa. Kegembiraan paling berharga buat ibubapa melihat anak-anak cemerlang. Hendaklah berjaya jangan sesekali putus asa atau kecewa. bangkitlah dari lena. KEGAGALAN kunci KEJAYAAN.



Itulah suntikan semangat yang aku cuba aku praktikan untuk diri sendiri dan untuk sesiapa yang membaca blog ini. Barangkali! Janganlah lepaskan peluang yang ada di depan mata. Kita tak tahu sama ada peluang itu akan datang buat kali ke 2. Be the challenger. Sifat negatif perlu diubah. Kenali diri, insafi diri, muhasabah diri ke arah kebaikan. Istiqamah dengan apa yang dilakukan pasti sentiasa dibantu ke arah jalan yang benar.

Rasanya cukuplah sampai di sini. Doakan kejayaan aku ya kalian. Kalian jua, insyaAllah aku juga akan berbuat demikian. Orang berjuang sering menangis lemah di sisi Allah, tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia. Berjuanglah kerana Allah, berbahagialah hati walaupun payah, kerana itu jalan menuju ke JANNAH. Minta maaf kalau ada salah dan silap. Yang buruk dan cela itu dari insan kerdil ini jua dan yang terbaik, sesempurna hanya dari Yang Maha Esa. Wallahu'alam..

Wassalam~


p/s : Good Luck for final exam sahabat-sahabat semua...




Wednesday, October 21, 2009

NOD32 + Windows 7


Assalamualaikum w.b.t


Kegatalan jari jemariku untuk menaip blog dibatasi. Memang kalau diikutkan banyak benda nak coretkan di sini. Tapi seringkali aku memasuki blogku ini, ada saja halangan menghalangi. Ya la nak menulis pun kena ambil mood walaupun diriku bukan seorang penulis.


Untuk makluman kalian yang telah membaca blog aku ini, terima kasih diucapkan. Tetapi ketahuilah, apa yang dipamerkan di sini hanya sedikit pengkongsian, cetusan rasa, sharing my good moment dan yang paling penting tujuan blog ini dibina hanya untuk suka-suka dan mengisi masa lapang yang terluang. Sekiranya ada ilmu baru, insyaAllah akan dikongsi bersama dan segala kritikan dialu-alukan.


So dah keterlanjuran aku di sini, maka nak cerita la sikit. Aku happy! Why? Aku happy kerna aku tidak lagi menjadi seorang penternak virus yang berkaliber dalam laptop aku ini. Ya semuanya sudah dihapuskan! Hahaha rasakan kamu hencek virus! Aku telah mengformatkan laptopku untuk kali ke2 semester ini. Sekaligus laptopku ini telah dilengkapi dengan ESET Smart Security ( The next generation of NOD32 technology ). One of the most powerful antivirus. Memang okey bangat antivirus ini kalau hendak dibandingkan dengan yang aku pakai dulu-dulu.




Satu lagi yang bestnya aku telah memperkemaskinikan windows aku dengan gayanya iaitu dengan Windows 7. The latest version of windows by microsoft. Sebelum ni dengar pujian dan saranan terhadap Windows 7 ini. Tetapi diriku tidak merasai ianya satu kemestian sehingga semalam. Dalam tempoh 24 jam aku pakai Windows 7 ni, yang boleh aku katakan, BEST! Memang mesra pengguna. Windows 7 ni macam Windows Vista. Cantik tetapi berat. Itu Vista. Tapi 7 cantik dan ringan. Serius! Memang aku suka. Dan aku juga telah diinstallkan dengan Microsoft Office 2010. Yang latest juga. So aku sangat-sangat berpuas hati :-) Baru syok sikit mengadap laptop ni.





The last but not least, yang ni tak boleh lupa. Orang yang bertanggungjawab mengformatkan laptopku. Saudara Mohd Sobri Bin Kamilan. Siap nama penuh lagi aku letak. Juga turut tidak ketinggalan roomate beliau yang berkeras nak aku masukkan nama beliau dalam blogku ini. Iaitu saudara Airul Hafiz Bin Abu Hasan. Ni aku letak dah nama hang, nak sangat. Hehe~ Eh tapi kesorian la aku tak dapat lampirkan gambaq hampa berdua kerna ada masalah teknikal yang aku elakkan ( selalu orang cakap tak dapat dielakkan ). Baru aku tau senang gila nak format.


Dah la kot cerita pasal ini. Rasanya ada benda lagi nak aku tulis for the next entry. Just wait & see ya. Wassalam~


p/s : Airul, aku dah boh nama hang ni. Apa lagi, nasi ayam Mualim satu! Hahaha~


Tuesday, October 20, 2009

Yang Aku Suka

Assalamualaikum w.b.t

Last Saturday aku diajak seorang rakan yang bakal aku gelar beliau sifoo. Bukan sifoo & tongga, tapi sifoo & tonyoh ( haha~ sifoo yang bagi title ni ). So sifoo mengajak aku buat sesuatu yang aku nak selama ni. Menangkap gambar. Ceh bunyi cam hampeh ja. Aku mana ada fundamental langsung pasal benda alah ni semua. So dengan kata laen, hanya suka-suka or suka-suki. Mengisi masa lapang terluang. So di bawah ni la hasilnya yang tak berapa best.


Ni la sifoo gua. Ceh tak mau aku gelar camtu. Low profile la kunun... Hehe~



Dan ini gua yang pegang kamera kunun pro.





Sifoo yang tangkap.






Masjid ni gua tangkap. Macam tak chantek pon. Eh masjid chantek. Gua tangkap la tak chantek. Huhu~





......





Permulaan dari gua...




Again, by sifoo...







Paling suka gambar nie.






(",)!






Pakai hentam amik ja nie. Huhu~





Ini pun...



Picture daun yang biasa dari gua.


Sebenarnya banyak lagi gambar berjaya kami ambil. Just letak several ja ni. Tak ada idea sangat nak tulis untuk entry kali ni. Wassalam~


Friday, October 16, 2009

Lately...




Assalamualaikum w.b.t


Lately...


Pintu hatiku diketuk kegembiraan. Eh ada pintu ke hati? Entah la. Sering kali aku dengar orang buat ayat camtu. Aku pun turut tidak ketinggalan mengguna pakai ayat tersebut.


Lately...


Kerunsingan silih berganti setelah mendapat kegembiraan. Runsing standard la hujung-hujung semester ni. Semua orang faham. Insan yang bergelar student macam aku ni lagi la.


Lately...


Terjumpa member-member baru dan lama. Tak kurang juga member yang mengecall tanya khabar and so on. terima kasih la noh.


Lately...


Ramai pulak sahabat-sahabat aku meluahkan hati dan perasaan mereka kepada aku. Ceh macam aku ni tempat sesi kaunseling plak. Hehe~ Buleh ja beb! Tapi gua bukan seorang solver. Mana yang buleh di tolong, akan di tolong. But gua pendengar yang baik. Chewahh.


Lately...


Minggu cerita sedonia. Minggu aku banyak bercerita. Tak kira sesiapa saja menjadi mangsa cerita aku yang ntah apa-apa lagi hampeh! Tq la kepada sesiapa tu. For sure borin' kan? Awat tak cakap borin'. Kalo cakap for sure aku akan meningkatkan keupayaan pernceritaan aku ke peringkat maksima. Hahaha~


Lately...


Aku tidak kelaluan untuk makan. Dengan kata laen, kurang selera makan. Sebab apakah? Ceq pon tatau la. Maybe sebab... Entah la.. Sapa-sapa yang tau sebab dia tolon gitau.


Lately...


Ketiduran aku mengalami ketidakseimbangan terma. Telah dimaklumkan bahawasanya diriku bukan tapak sulaiman, tapi aku seorang insomnia. Aduyai~ Please help me! Ada apa-apa tips sila mat lampirkan di sini. Tq!


Lately...


Kecuakan melanda diri. Maybe certain of u especially memba gua tahu sebab apa gua cuak. Apa tak tahu? Bagus2 tak tahu. Tapi percayalah diriku sangat cuak melewati hari-hari mendatang. The time will come.


Lately...


Banyak sangat angan-angan mat jening bergelar, eh silap, berlegar di saraf medula oblongata aku. Angan-angan mat jening dan impian. Ishh adakah 2 benda tersebut berbeda? Munkin! Tapi memang ianya tergambar dalam layar impian @ angan-angan mat jening aku.


Lately...


Aku terasa mendapat penghargaan. In other word, terasa dihargai oleh anyone. Thanks guys menyedari akan kehadiran gua dalam idop kalian~ Untuk anyone tu kontek la aku. Nanti aku belanja air suam kat restoren sani. Weh bukan kedekut la. Aku pun mengalami kesengkekkan macam kalian juga. Tunggu sem depan la kalo nak demand. Tapi jangan terlalu demand ya! Agak2 ar~


Lately...


Aku diberi pentunjuk dan jalan di saat aku memerlukan pertolongan. Alhamdulillah. Ya Allah, Kau sentiasa memberi jalan terbaik untuk hambaMu yang kerdil ini walaupun kadang kala hambaMu ini terkhilaf tafsir akan rahmat yang Kau berikan. Ampunkan aku, atas kejahilan aku Ya Allah.


Lately...


Aku merindui mereka.. Siapakah mereka? Jeng.. Jeng.. Jeng.. ( Biarlah rahsia walaupun idop ini tiada rahsia sebenarnya )


Lately...


Aku sangat lali.. Maka aku menutup entry 'Lately' ni dengan sekerat pantun yang direka sendiri. Goreng nasi dalam kuali, lately i have being lonely~ huhu! Sumpah tak best pantun aku!

Wassalam.

Thursday, October 15, 2009

Kelegaan Seketika

assalamualaikum w.b.t

sudah lama aku tidak menulih untuk cerita yang agak panjang kerna dek kekangan masa ( ceh ayat ni macam tiru seseorang ja ) dan kebizian yang melanda diri aku. baru hari ini aku baru boleh sedikit bernafas ( memang tiap2 hari aku masih bernafas, alhamdulillah )

jam sekarang pukul 3.33 pagi. nak cerita sket pasal the whole day hari ni. pagi tadi ( rabu ) aku ada lab dari pukul 8.30 pagi sampai 1 petang. rumit juga lab tu. balik prepare untuk presentation malam. alhamdulillah okey ja present tadi. balik pada present aku ingat nak pergi forum perdana hal ehwal Islam anjuran fakulti aku ( electrical engineering ). macam best ja forumnis dia. ustazah bahiyah dan 2 orang lagi yang tak ingat namanya. tajuk ceramah pun agak menarik, 'janji-janji cinta'. tapi perubahan tempat di saat2 akhir menyebabkan niat murni aku terbantut. suppose buat kat foyer fakulti aku. tetiba ja bertukar tempat ke dataran mawar ( kat kolej mawar, kolej perempuan ). so tak jadi pi la.

hemm, balik rumah macam ada agenda, tadi budak rumah ajak tengok papadom. bukan papadom kat mamak hakim tu. tapi cerita papadom by afdlin shauki. waa aku terbaca banyak komentar2 positif about his new movie ni. ni yang menyebabkan keterujaan aku mengelegak untuk menengoknya ( apa perkataan daa ). tapi balik tadi housemate aku sorang ja kat rumah. yang laen dengan aktiviti project depa. so dengan kata laen tak jadi. tak pa la. memang tak dak aktiviti la aku malam ni. malam ni aku nak merelease tension sket kerna saban malam diriku hanya bertemankan buku dan kalkulator ( ya ka? )

maka, aku memesej seorang rakan utaraku yang bernama syah ( nama sebenar ) ajak lepak. dia menghampakan aku dengan balasan " aku sok ada presentation & test la weh~ ". owh tak pa2, study comes first okey. dan aku cuba mencari mangsa seterusnya. ya dah dapat! aku mengforward mesej tadi kepada seorang rakan dan beliau hanya mahu dikenali sebagai FM ( ceh aku tak tanya dia pun. hehe~ ). lantas FM kata pukul 11 buleh? aku cakap on ja kerna pada waktu itu baru pukul 9 malam. maka pukul 11 FM ( bukan Frequency Modulation ) datang ambik aku coz dia on da way balik kerja.

FM tanya aku nak lepak mana. aku kata ikut suka. restoren dihati menjadi pilihan hati ( pandai owner kedai ni pilih nama ;-p ). maka sesi perbualan pun bermulalah. untuk pengetahuan hadirin suma FM ni bekerja di sebuah syarikat broadcasting kat malaysia ni. so dia selalu sangat la jumpa selebriti2 ni. maka persembangan kami berkisar pasal kerjaya beliau dan beralih pada isu2 terkini dan sensasi. begitu juga kisah pak man tempe jual nasi lemak di kedai mak bedah menjadi topik utama dan berlanjutan sampai afrika selatan di langgar todak. cuba memberitahu para audiens semua bahawa banyak sangat yang disembangkan. hehe~ sampai aku memesan roti canai yang pada mulanya aku tidak kelaparan.

persidangan kami berakhir pukul 3 pagi memandangkan FM nak kerja besok pagi. aku tak dak hal la. aku tak dak klas esok for the whole day. dan FM belanja aku makan. weh apa ni, kata gaji tak masuk lagi. tapi dia nak belanja gak, takkan nak tolak rezeki kan ( again ayat ini telah digunakan dalam entry sebelum ni ). ini bermakna dalam minggu ni 3 orang belanja aku makan. alhamdulillah rezeki dari Allah Ta'ala. nak komen sket pasal FM ( weh habih la hang, haha~ ). ala dun wory la. aku tak kutuk hang aihh. FM is such a gud fren dan gud listener. pendek kata ok la sembang dengan beliau. very open minded person. memang banyak benda dapat dikongsi at the same time dapat release tension aku sket. tak sabaq weh nak tengok FM beraksi di kaca tv. kalo hang baca blog aku ni, nanti bagitau la noh bila rancangan kamu di ke udarakan. musti kena tengok. hehe~

eh apa kena mengena dengan title 'kelegaan seketika'? owh, aku nak gitaw aku lega sekejap kerna aku dah habis suma test. tinggal 1 presentation dan lakonan saja lagi diikuti dengan final exam. aku akan start bizi balik minggu depan memandangkan jadual final exam pun dah keluaq dah. uwaa setiap sem bila tiba ja final exam rasa kejap ja untuk sem tersebut. masa camtuh la. terlalu pantas untuk dikejarin ( bahasa indon ).

in the conclusion, sumtime kita jangan memandang seseorang pada rupa parasnya, juga pada perwatakannya, dan hartanya. tapi pandanglah seseorang itu dari mata hati. ambillah masa untuk mengenali seseorang tu. ' don't judge the book by its cover '. sahabat itu wujud dari 1 pertemuan, dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan & 1000 kali pengorbanan serta berjuta2 kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhaan Allah. kalau tiada tempat mengadu, mengadulah pada Sang Pencipta kita. Dialah tempat pengadu terbaik.

rasanya sampai di sini saja lah ( teringat lagu cinta sampai di sini, d'masiv. hehe~ ) kerepekan aku ( kerepekan modify dari merepek ). lor dah pukul 4.23 pagi pon. kena tunggu sampai subuh ni. kalo tak alamat hanyut la. okeylah selamat malam semua. selamat menjalani ibadah. semoga hidup anda semua diberkati Allah SWT. insyaAllah. wassalam~

p/s:

1. tak sabaq nak pi kareoke dengan FM. suara beliau bagus bangat sih! tq weh~
2. buat pertama kalinya entry aku tak disertakan gambaq. hehe~

Monday, October 12, 2009

awesome sketches


assalamualaikum w.b.t

maybe some of you guys had seen it before. it's attract my attention and all i just can say is "wow!" i printed out this pictures and paste it to my desk. sometimes when i felt fibre, these 'awesome sketches' gave me such an inspiration. i really dont know how and why they do this. hopefully, i'll find the answers one day.
















p/s : continue my study

Sunday, October 11, 2009

what goes around comes around



assalamualaikum w.b.t

aku mencuri-curi my quality time to udpate my blog. balik dari test tadi singgah makan with two nice friends ( tak yah la mention ek :-p ). 1 of my friend buy me makan bcoz dia cakap aku ajar dia semalam. ceh aku tak ajar apa-apa kat kamu, kamu yang study pulun-pulun. dah dia berkeras nak belanja aku, takkan nak tolak rezeki lak kan? :-) so alhamdulillah memang buleh buat test tadi. tak sia2 tidoq pukoi 5 pagi.

eh tapi kenapa tajuk 'what goes around comes around'? pelik kan? aku pon pelik, tambah engkorang yang baca lagi la. hemm, nak setory sket about that word. i really believe on that word. why? i always getting involve in that word. even though somehow i just feel that the word without any meaning or proof until it happened to me. maybe u guys out there too.

dengan bahasa mudahnya, segala kebaikan yang kita buat akan dibalas dengan kebaikan. begitu juga dengan keburukan. percayalah. trust me! ketetapan Allah itu sangat Adil even kita rasa benda itu menyakitkan. really painful. but jangan pernah putus harap dengan rahmat Allah. Dia pasti akan keluarkan kita dari kebuntuan dan memberi jalan terbaik kepada kita. buatlah kebaikan kepada sesiapa sahaja selagi termampu. janganlah menganggap ianya satu bebanan sebaliknya sesuatu kemestiaan.

yang sebenarnya banyak aku nak huraikan di sini tapi memandangkan aku hanya tidur kurang dari 3 jam saja semalam, maka kepala aku pon dah fening. so i need to rest. esok & lusa ada test lagi. i'm the one who need to study hard & i can't to study smart. memang orang selalu cakap jangan study hard, but study smart. but it's me. from study hard, maybe i will find how to study smart :-) my journey will continue and continue. wassalam..~



p/s : amalkan ayat seribu dinar. sangat bagus. nanti aku post. insyaAllah..

Friday, October 9, 2009

aku yang.....(cannot describe)

assalamualaikum w.b.t

pembetulan! pembetulan!
aku ada 5 hari test berturut-turut.
iaitu malam ni (jumaat)
besok pagi (sabtu)
juga lusa pagi (ahad)
dan tulat pagi (isnin)
turut tidak ketinggalan *tungging pagi (selasa)
presentation (rabu)
presentation (khamis)
dan selepas itu...
maybe aku akan....

..........

.........

........

.......

......

.....

....

...



TERBALEK!!!


*tungging : the day after tulat
p/s : please pray for me!


Wednesday, October 7, 2009

aku dan kepeningan


assalamualaikum w.b.t

buat pertama kalinya aku menampilkan diri dengan cool! ( kununnya la... ). tapi pic di atas menerangkan segalanya.. apa? tak paham?! ala, ni pic pegang kepala je la. eh dahi. eh dahi dan kepala. owh watever la. tapi yang pastinya otakku sedang berinovasi dan mengalami renjatan yukospaladigmatosastera ( <---on da spot aku dapat perkataan ni ).

maunya tidak. aku ada belunggoks test iaitu pada 9, 10, 11 dan 13 hb. bersamaan hari jumaat, sabtu, ahad dan isenin. ya jumaat nih! dan paling beshnya aku tidak menyentuh apa2 lagi. eh tipu sket. aku hanya sentuh buku2 tersebut semasa mengeluarkan dari beg. minggu depan jugak ada 2 presentation. lakonan pon tak siap lagi. lani jadi pelakon pulak dah! adoi~ dah la nak jadi satu2 scene bukan maen susah. tapi aku ni pelakon merangkap pengarah! hahaha~ ( korang jangan jeles!<--- dituju khas untuk mereka yang melakonkan bersama2 aku). lepaih tu eseimen yang lecture bagi jugak tidak ku lihat lagi. tadi baru saja siap report lab. tomoro ada lab lagi. juga sambong belakon dengan mudin. mudin musti bangga nama beliau masok dalam nih!

rilex2.. cool beb! besa la tuh! nama pon student kan? ni tak tengok memba2 aku yang final year lagi. siap rumah ke2 kat lab la. sampai macam tuh skali! dasat! nanti aku macam tu jugak kot. kalo diikutkan aku pon akan mengikut langkah memba2 ku yang final year laen. in term of age la.. jelez hampa suma nak abih dah! huhu~ huih mana bleh jelez.. tu rezeki depa.. rezeki aku macam laen pulak. okey2.. tak jelez dah..~

akan ku stay up malam ni. hopepully.. jom wey stay up stadi ngan aku. housemet aku kat luar nun dok stadi tok test besok. naseb baek paper tu aku hamek dah time shot kos. okies la aku pon nak menstadikan diri nih! chaiyok2 untuk aku.. dan kepada mereka di luar yang mengalami naseb yang sama dengan aku.. gud laq gak! adios..~ wassalam..

Monday, October 5, 2009

Lewat Semesta

Assalamualaikum w.b.t

Termasuk 1 blog : http://irinenadia.blogspot.com/ Lagu dalam blognya sangat menyentuh hati dan sanubariku.. Ceh jiwengz..~ Tapi seriusly aku dengar skali ja lagu nih dah tertarik dan takap lentok. It such a nice & good song. Tak caya, try dengar.. Tapi kalo tak best jangan salahkan aku lak. Halwa telinga masing2 kan.. So my habit, akan pasang lagu tuh all da time sampai rasa *cemuih la. Tapi jarang aku *cemuih bila dengar lagu2 yang aku rasa best.. Memang aku rasa akan melentokkan diri sambil dengar lagu nih memandangkan memang aku leteh bangat arini!

*cemuih = jemu

Eh lupa nak gtau lagu nih bertajuk Lewat Semesta. Penyanyi dia Randy Pangalila. Aku pon first time dengaq nama penyanyi nih.. Indonesia kot.. Apa pon jom layannzz..!!


Satu kata bertulis cinta
Telah merasuki ku
Tak berwujud tak tersentuh hanya ku rasa

Dan jika wujud nya menjelma
Pada sebentuk hati
Bukankah itu amanah dari yang kuasa

Menjaganya.. menjaganya..

Wahai insan yang di sana
Mungkin saja ini kau dengar
Melewati semesta ini
Aku sampaikan

Begitu ingin berbagi batin
Mendengarkan hasrat di jiwa
Oh Tuhan pertemukan aku
Sebelum hatinya beku