Sesi Monolog Dalaman

Wednesday, October 21, 2009

NOD32 + Windows 7


Assalamualaikum w.b.t


Kegatalan jari jemariku untuk menaip blog dibatasi. Memang kalau diikutkan banyak benda nak coretkan di sini. Tapi seringkali aku memasuki blogku ini, ada saja halangan menghalangi. Ya la nak menulis pun kena ambil mood walaupun diriku bukan seorang penulis.


Untuk makluman kalian yang telah membaca blog aku ini, terima kasih diucapkan. Tetapi ketahuilah, apa yang dipamerkan di sini hanya sedikit pengkongsian, cetusan rasa, sharing my good moment dan yang paling penting tujuan blog ini dibina hanya untuk suka-suka dan mengisi masa lapang yang terluang. Sekiranya ada ilmu baru, insyaAllah akan dikongsi bersama dan segala kritikan dialu-alukan.


So dah keterlanjuran aku di sini, maka nak cerita la sikit. Aku happy! Why? Aku happy kerna aku tidak lagi menjadi seorang penternak virus yang berkaliber dalam laptop aku ini. Ya semuanya sudah dihapuskan! Hahaha rasakan kamu hencek virus! Aku telah mengformatkan laptopku untuk kali ke2 semester ini. Sekaligus laptopku ini telah dilengkapi dengan ESET Smart Security ( The next generation of NOD32 technology ). One of the most powerful antivirus. Memang okey bangat antivirus ini kalau hendak dibandingkan dengan yang aku pakai dulu-dulu.




Satu lagi yang bestnya aku telah memperkemaskinikan windows aku dengan gayanya iaitu dengan Windows 7. The latest version of windows by microsoft. Sebelum ni dengar pujian dan saranan terhadap Windows 7 ini. Tetapi diriku tidak merasai ianya satu kemestian sehingga semalam. Dalam tempoh 24 jam aku pakai Windows 7 ni, yang boleh aku katakan, BEST! Memang mesra pengguna. Windows 7 ni macam Windows Vista. Cantik tetapi berat. Itu Vista. Tapi 7 cantik dan ringan. Serius! Memang aku suka. Dan aku juga telah diinstallkan dengan Microsoft Office 2010. Yang latest juga. So aku sangat-sangat berpuas hati :-) Baru syok sikit mengadap laptop ni.





The last but not least, yang ni tak boleh lupa. Orang yang bertanggungjawab mengformatkan laptopku. Saudara Mohd Sobri Bin Kamilan. Siap nama penuh lagi aku letak. Juga turut tidak ketinggalan roomate beliau yang berkeras nak aku masukkan nama beliau dalam blogku ini. Iaitu saudara Airul Hafiz Bin Abu Hasan. Ni aku letak dah nama hang, nak sangat. Hehe~ Eh tapi kesorian la aku tak dapat lampirkan gambaq hampa berdua kerna ada masalah teknikal yang aku elakkan ( selalu orang cakap tak dapat dielakkan ). Baru aku tau senang gila nak format.


Dah la kot cerita pasal ini. Rasanya ada benda lagi nak aku tulis for the next entry. Just wait & see ya. Wassalam~


p/s : Airul, aku dah boh nama hang ni. Apa lagi, nasi ayam Mualim satu! Hahaha~


No comments: