Kelegaan Seketika
October 15, 2009assalamualaikum w.b.t
sudah lama aku tidak menulih untuk cerita yang agak panjang kerna dek kekangan masa ( ceh ayat ni macam tiru seseorang ja ) dan kebizian yang melanda diri aku. baru hari ini aku baru boleh sedikit bernafas ( memang tiap2 hari aku masih bernafas, alhamdulillah )
jam sekarang pukul 3.33 pagi. nak cerita sket pasal the whole day hari ni. pagi tadi ( rabu ) aku ada lab dari pukul 8.30 pagi sampai 1 petang. rumit juga lab tu. balik prepare untuk presentation malam. alhamdulillah okey ja present tadi. balik pada present aku ingat nak pergi forum perdana hal ehwal Islam anjuran fakulti aku ( electrical engineering ). macam best ja forumnis dia. ustazah bahiyah dan 2 orang lagi yang tak ingat namanya. tajuk ceramah pun agak menarik, 'janji-janji cinta'. tapi perubahan tempat di saat2 akhir menyebabkan niat murni aku terbantut. suppose buat kat foyer fakulti aku. tetiba ja bertukar tempat ke dataran mawar ( kat kolej mawar, kolej perempuan ). so tak jadi pi la.
hemm, balik rumah macam ada agenda, tadi budak rumah ajak tengok papadom. bukan papadom kat mamak hakim tu. tapi cerita papadom by afdlin shauki. waa aku terbaca banyak komentar2 positif about his new movie ni. ni yang menyebabkan keterujaan aku mengelegak untuk menengoknya ( apa perkataan daa ). tapi balik tadi housemate aku sorang ja kat rumah. yang laen dengan aktiviti project depa. so dengan kata laen tak jadi. tak pa la. memang tak dak aktiviti la aku malam ni. malam ni aku nak merelease tension sket kerna saban malam diriku hanya bertemankan buku dan kalkulator ( ya ka? )
maka, aku memesej seorang rakan utaraku yang bernama syah ( nama sebenar ) ajak lepak. dia menghampakan aku dengan balasan " aku sok ada presentation & test la weh~ ". owh tak pa2, study comes first okey. dan aku cuba mencari mangsa seterusnya. ya dah dapat! aku mengforward mesej tadi kepada seorang rakan dan beliau hanya mahu dikenali sebagai FM ( ceh aku tak tanya dia pun. hehe~ ). lantas FM kata pukul 11 buleh? aku cakap on ja kerna pada waktu itu baru pukul 9 malam. maka pukul 11 FM ( bukan Frequency Modulation ) datang ambik aku coz dia on da way balik kerja.
FM tanya aku nak lepak mana. aku kata ikut suka. restoren dihati menjadi pilihan hati ( pandai owner kedai ni pilih nama ;-p ). maka sesi perbualan pun bermulalah. untuk pengetahuan hadirin suma FM ni bekerja di sebuah syarikat broadcasting kat malaysia ni. so dia selalu sangat la jumpa selebriti2 ni. maka persembangan kami berkisar pasal kerjaya beliau dan beralih pada isu2 terkini dan sensasi. begitu juga kisah pak man tempe jual nasi lemak di kedai mak bedah menjadi topik utama dan berlanjutan sampai afrika selatan di langgar todak. cuba memberitahu para audiens semua bahawa banyak sangat yang disembangkan. hehe~ sampai aku memesan roti canai yang pada mulanya aku tidak kelaparan.
persidangan kami berakhir pukul 3 pagi memandangkan FM nak kerja besok pagi. aku tak dak hal la. aku tak dak klas esok for the whole day. dan FM belanja aku makan. weh apa ni, kata gaji tak masuk lagi. tapi dia nak belanja gak, takkan nak tolak rezeki kan ( again ayat ini telah digunakan dalam entry sebelum ni ). ini bermakna dalam minggu ni 3 orang belanja aku makan. alhamdulillah rezeki dari Allah Ta'ala. nak komen sket pasal FM ( weh habih la hang, haha~ ). ala dun wory la. aku tak kutuk hang aihh. FM is such a gud fren dan gud listener. pendek kata ok la sembang dengan beliau. very open minded person. memang banyak benda dapat dikongsi at the same time dapat release tension aku sket. tak sabaq weh nak tengok FM beraksi di kaca tv. kalo hang baca blog aku ni, nanti bagitau la noh bila rancangan kamu di ke udarakan. musti kena tengok. hehe~
eh apa kena mengena dengan title 'kelegaan seketika'? owh, aku nak gitaw aku lega sekejap kerna aku dah habis suma test. tinggal 1 presentation dan lakonan saja lagi diikuti dengan final exam. aku akan start bizi balik minggu depan memandangkan jadual final exam pun dah keluaq dah. uwaa setiap sem bila tiba ja final exam rasa kejap ja untuk sem tersebut. masa camtuh la. terlalu pantas untuk dikejarin ( bahasa indon ).
in the conclusion, sumtime kita jangan memandang seseorang pada rupa parasnya, juga pada perwatakannya, dan hartanya. tapi pandanglah seseorang itu dari mata hati. ambillah masa untuk mengenali seseorang tu. ' don't judge the book by its cover '. sahabat itu wujud dari 1 pertemuan, dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan & 1000 kali pengorbanan serta berjuta2 kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhaan Allah. kalau tiada tempat mengadu, mengadulah pada Sang Pencipta kita. Dialah tempat pengadu terbaik.
rasanya sampai di sini saja lah ( teringat lagu cinta sampai di sini, d'masiv. hehe~ ) kerepekan aku ( kerepekan modify dari merepek ). lor dah pukul 4.23 pagi pon. kena tunggu sampai subuh ni. kalo tak alamat hanyut la. okeylah selamat malam semua. selamat menjalani ibadah. semoga hidup anda semua diberkati Allah SWT. insyaAllah. wassalam~
p/s:
1. tak sabaq nak pi kareoke dengan FM. suara beliau bagus bangat sih! tq weh~
2. buat pertama kalinya entry aku tak disertakan gambaq. hehe~
2 Comments
wah aku pun nk ikut hampaaa suma p karok.. tp suara aku tak baguih.. hantam sajalah labu... he2
ReplyDeletelor aku ingt wan mana la.. kamu ke dean.. jom2.. ceh mcm la suara aku baguih!! sm la kita wan.. eh silap, dean.. hahaha~
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)