Sesi Monolog Dalaman

Sunday, October 4, 2009

Mandarin + Puasa Enam


Assalamualaikum w.b.t

Aku tengah study mandarin memandangkan esok ada test oral. Sesungguhnya aku tak dapat menguasai sepenohnya lagi bahasa ke3 ku ini. Dah la lakonan pon tak buat lagi ( berlakon dalam mandarin ialah 1 assingment yang wajib kami buat every sem). Aduyai~ Test bakal berderet minggu depan. Rilex2 cool beb!

Sedang aku mendownload Spontan Episod 17, terlintas sesuatu yang aku rasa berguna untuk nak berkongsi fa choi di sini. Puasa enam hari di bulan Syawal. Ya la Ramadan dah berlalu meninggalkan kita.

Hari ni dah 15 Syawal dah pon. So that's mean we have 15 days left in this month. Adakah anda dan saya telah melakukan ibadah sunat ini? Aku baru buleh 1 hari. InsyaAllah kalo tak ada apa2, akan aku sempurnakan.

Jom kita tengok apa kelebihan2 puasa enam hari ( *liu ) di bulan Syawal :


# puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan

# sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti nikmat kesihatan tubuh badan yang baik

# mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya

# memudahkan Malaikat Al-maut mencabut nyawa

Yang tu la serba sedikit yang ingin berkongsi. Aku nak sambung *nianshu balik ni. Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat2 yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan-NYA jua. InsyaAllah. *Wan'an.


p/s : Dalam Mandarin : *liu = nombor 6, *nianshu = belajar, *Wan'an = Selamat Malam

3 comments:

Faizal Murad said...

apsal wan'an tu mcm bunyi bahasa arab ja? haha sbb cam ada tanda (') cam bunyi ain. haha
gud luck!

Hami Asraff said...

lebey kurang cmtuh kot bro.. hehe~ wey ang amik arab ka dolu wey..?

Anonymous said...

waah... hami xiansheng, ni hen congming. :)

~nisrina adni~