Posts

Showing posts from August, 2011

Cerita 1 Syawal 1432 Hijrah

Image
Assalamualaikum w.b.t

Pagi yang hening.
Pagi 1 Syawal yang baru.
Pagi yang membawa sebuah harapan.

Memang 1 Syawal yang paling berbeza. Seusai solat Aidilfitri berlaku sebuah peristiwa yang tidak pernah berlaku seumur hidup aku. Juga seumur hidup keluarga aku. Dan semuanya berlaku pagi tadi. Detik-detik yang akan senantiasa dikenang dalam layar memori.
Menziarahi pusara ayahanda tercinta.
Pusara datuk dan nenek jauh. Memang tidak pernah ziarah. Malah tidak pernah melihat datuk dan nenek pun. Keempat-empat tak pernah lihat dari kecil. Makanya, ini yang pertama menziarah pusara orang terdekat pada 1 Syawal. Seperti yang dijangka emosi dan perasaan memang tidak lagi mampu diseka. Bercucuran juga airmata segenap isi keluarga. Al-fatihah buat arwah ayah, Ab. Halim Bin Md. Diah. Moga ayah terus tenang di sana.
Perjalanan hari raya aku seperti biasa saja. Kawan-kawan terdekat saja yang bertandang ke rumah. 
Alhamdulillah.
Di kesempatan ini aku ambil kesempatan juga untuk mengucapkan Selamat…

Utamakan Pandangan ALLAH Daripada Penilaian Manusia

Image
Assalamualaikum w.b.t
Tajuk entri di atas telah pun aku tweet. Telah aku katakan Twitter terlalu pantas dalam melaksanakan perkara. Hanya perlu sedikit kerahan idea dan lepaskan segalanya di garismasa. Tu pun masih ramai yang tidak tahu menggunakan Twitter. Tidak mengapa. Ini cerita lain.
Mukadimah yang bersisa basi mungkin. Mungkin ramai yang sudah sediakan entri-entri Hari Raya masing-masing. Aku? Tiada persediaan apa pun. Mungkin jugak ramai yang dah berpusu-pusu keluar membeli belah. Ini diyakini ramai. Aku? Persiapan ala kadar sahaja. Benar kata orang, makin menginjak dewasa kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri kian hambar. Aku salah seorang yang tergolong dalam kalangan yang menginjak dewasa itu. Apa pun persiapan kita, sederhana atau mewah, perlulah lahirkan rasa penuh bersyukur kiranya punya kesempatan merasai Hari Raya. Ingat, ramai yang tidak pernah merasai Hari Raya pun. Hurmmm, ini jugak cerita lain.




Cerita dalam cerita. Dicampur-aduk supaya disedapkan bahasa. Harap-…

Never Give Up!

Image

Ujian Hidup Aku, Kamu Dan Mereka Tidak Pernah Sama

Image
Assalamualaikum w.b.t
Bila kamu diuji Ilahi, adakah kamu mampu berlari? Bila kamu ditimpa masalah, adakah kamu hanya mampu berserah? Bila kamu terjatuh, adakah kamu tidak mahu bangun lagi?
Persoalan-persoalan yang acapkali menjalar di minda apabila dirundum dugaan. Dugaan yang hebat sekali dirasakan diri. Hancur luluh hati. Emosi terbejat sekali. Langkahan kaki terhenti. Hanya mampu mendongak langit dan terus meratapi. Tetapi sampai bila?
ALLAH berikan ujian, dan ALLAH hantarkan bantuan. Pernah alaminya berkali-kali. Ternyata ALLAH sentiasa terus bersama kita. Waktu sukar mahupun senang. Waktu suka mahupun duka. Waktu miskin mahu pun kaya. Tetapi jarang sekali kita berlaku adil pada ALLAH. MasyaALLAH terasa kerdilnya diri. Terasa jahilnya hati.


Ada situasi yang pernah aku alami:
Hari tu baru sahaja habis kuliah pada waktu pagi. Dalam kelas tadi pun langsung tidak fokus. Terlalu banyak perkara yang menyesak minda. Habis saja kuliah, aku mengambil keputusan untuk singgah minum sebentar…

"Kenapa tak rajin update blog"?

Image
Assalamualaikum w.b.t
"Kenapa tak rajin update blog"?



Satu soalan terpancul. Ramai yang sinonim dengan perkataan 'update' dari kemaskini. Begitu jugak dengan perkataan 'study' dari belajar. Mengikut arus peredaran masa dan trend barangkali. Soalan itu memang berpatutan pun. Tetapi jawapan belum tentu berpatutan. Banyak jawapan sebenarnya. Kat bawah ni antara sebab-sebab yang aku dapat kenal pasti. 
1. Kewujudan Twitter



Aku tak mahu salahkan Twitter. Tapi dalam hal ini aku kena salahkan beliau jugak. Mahunya tak. Kat Twitter aku tak perlu fikir banyak-banyak nak update. Terlintas saja di fikiran, terus tweet. Pantas dan real time. Semua perkara terkini dan sensasi dengan pantasnya manusia memenuhi timeline. Aku yang mudah terpengaruh ni apa lagi, mulalah terjebak. Rasa janggal hidup kalau tak bukak Twitter dalam sehari. Boleh kata #TahiTwitter jugaklah. Kenapa tahi? Jangan tanya aku. Sila tanya Presiden Twitter Malaysia.
2. Idea Dibiarkan Hilang 



Sambungan... Idea …

Baru Dua Tahun Usia Blog Aku. Baru Dua Kali Tukar Header Blog.

Image
Assalamualaikum w.b.t

Kisahnya bermula begini.

Memang sudah lama aku kepingin mahu tukar template blog ni. Ye la seumur hidup aku, eh maksud aku selama aku berblogging ni baru 2 kali aku tukar. Tak percaya? Boleh rujuk di entri Baru Setahun Jagung. Kini Berwajah Baru. Dan Juga Trivia Blog Ini.
Maka berlakulah proses peneraian. Dan tak kurang hebat juga sesi hentaman. Aku ni tak la pandai sangat design. Setakat pakai photoscape dan edit gambar yang simple-simple tu terer la. Terer dengan penilaian aku sendiri. Kalau orang lain menilai ianya akan menjadi tidak terer berganda. Oh lagi satu sebenarnya aku ni macam rasa leceh selalu sangat kalau tukar template. Sebab tu aku tak tukar tukar. Alasan kena hebat. Padahal cemburu dengan orang lain yang seminggu 4 kali tukar template. Okey abaikan.
Apabila sesi menghabiskan masa dilakukan, maka semalam aku trylah template yang telah disediakan yang sangat carca merba di seluruh pelusok internet. Banyak juga yang cool. Tapi kadangkala tak cool p…

Awas Dengan Muslihat Syaitan!

Image
Assalamualaikum w.b.t

Bulan Ramadhan ini kalau tidak menjalankan aktiviti online, pasti membaca buku takpun menonton TV. Tapi peratusan menonton TV sangat rendah. Hanya program tertentu sahaja. Maka aku habiskan masa dengan menulis dan membaca. Sekarang sedang membaca sebuah buku yang bertajuk 'Like Father Like Son' yang dibeli di Kinokuniya 3 bulan lalu dengan harga RM19.00. 

So rupa paras wajah buku berkenaan seperti tertera di bawah:



Buku ini sangat bagus. Untaian Kisah Penuh Hikmah. Hasil karya Mohammad Zaka Ali Farisi. Banyak kisah-kisah yang menarik yang boleh dijadikan pedoman bersama. Aku ingat nak buat review pasal buku ni. Tapi rasanya aku mahu kutip beberapa part kisah dalam buku ini dan aku berkongsi. 
Tajuk mengenai syaitan, maka aku untaikan semua kisah-kisah syaitan di sini.
Syaitan Kurus dan Syaitan Gemuk
Diceritakan bahawa ada dua syaitan yang berselisih di tengah jalan. Mereka berhenti dan berbincang-bincang. Secara fizikal, dua syaitan ini mempunyai perbezaa…

Cinta Yang Satu. Hanya Cinta Ilahi.

Image
Assalamualaikum w.b.t

Ini entri segera. Kalau ada yang membaca entri aku yang lama-lama, aku ada post lagu-lagu yang aku minat kat blog ni. Dan lagu kat bawah ni aku dah dengar lama dah. Saja baru nak berkongsi di sini. Mungkin ada yang pernah dengar. Sedap dan lirik penuh bermakna.
Satu Cinta - Star Five
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri Ku percaya Engkau bisa meneguhkan Pendirianku… Keimananku…
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri Ku percaya Engkau bisa meneguhkan Pendirianku… Keimananku…
Engkau satu cinta Yang s’lamanya aku cari Tiada waktu ku tinggalkan Demi cintaku kepada-Mu Walau seribu rintangan Kan menghadang salam diri Ku teguhkan hati ini Hanya pada-Mu Ku pasrahkan…
Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini Dari segala fatamorgana dunia Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini Dari hidup yang sia-sia




Itu sahaja. Selamat berbuka puasa semua. Selamat menunaikan solat tarawikh. Selamat bersahur. Dan selamat mempertingkatkan amal ibadah di bulan yang pe…

Adakah Ramadhan Kali Ini Yang Terakhir Untuk Kita?

Image
Assalamualaikum w.b.t

Gelak tawa itu tidak pernah lekang di tubir minda. Ada sahaja gurau senda demi memecah kesunyian dan memeriahkan suasana. Lawak jenaka yang telah sebati pada kami sekeluarga. Ya Allah, sesungguhnya kami rindu padaMu ayah.
1 Ramadhan 1432 Hijrah.
Ramadhan yang baru bagi kami sekeluarga tanpa seorang ayah. 1 Ramadhan, genap 107 hari ayah dijemput Ilahi. Kenangan-kenangan Ramadhan lalu bersama arwah ayah berpusu-pusu menerjah kotak memori. Ayahlah yang paling sibuk apabila menjelang Ramadhan dan semasa Ramadhan. Rentetan pemergian ayahanda ada dinukil di sini : Part 1, Part 2, Part 3, Part 4.
Perlu semat di hati mungkin Ramadhan ini adalah yang terakhir bagi kita. Tujuannya adalah cuma mahu memotivasikan diri kita dalam mempertingkat dan memperbaiki amalan. Tiada siapa pernah tahu dan menduga yang Ramadhan lalu adalah yang terakhir baginya. Begitu juga arwah ayah. Kami sekeluarga tidak pernah menjangka langsung. Takdir Ilahi itu menjadi pegangan redha. Mana tahu Ra…