Perlu Kesungguhan Dalam Mengerjakan Solat

June 26, 2010


Assalamualaikum w.b.t

Entri ini sepatutnya dipublish semalam, Jumaat (25 Jun 2010). Tapi baru hari ini berkesempatan menaip. Kalau anda baca hari ni, Sabtu (26 Jun 2010), maka anggaplah semalam anda baca. Kalau anda baca esok, Ahad (27 Jun 2010), juga anggaplah seperti hari Jumaat juga anda membaca. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya. Okey cepat beranggapan!

Semuanya berkaitan Hari Jumaat. Jumaat penghulu segala hari. Semua orang tau kot. Nak cerita apakah? Hemm, hari Jumaat of courselah para Kaum Adam diWAJIB menunaikan Solat Jumaat. Diulang! WAJIB! Kalau WAJIB tu maknanya tak buat berdosalah. Okey nasib baik faham.

Begini. Cerita bermula. Bertempat di sebuah masjid. Semasa hendak menunaikan solat semestinya kena merapatkan saf. Ya ini sangat-sangat perlu. Apabila mengangkat takbir ratul ikram, tetiba seorang hamba Allah di kananku beranjak tempat ke hadapan sebab ada kekosongan. Maka, belah kananku kosonglah.

Tengah solat. Aku menanti makmum sebelah kananku untuk merapati saf denganku. Makmum selalunya kena merapati sebelah kanan. Mulakan di tengah-tengah dan seimbangkan. Almasalahnya, belah kananku ada 2 orang sahaja. Dengan kata lain, yang kanan tu kenalah merapati belah kiri. Tetapi sehinggalah tamatnya solat, hamba Allah itu tidak juga merapati.




*sigh* (mengeluh sat)

Nak berilah sedikit pendapat dariku. Aku tengok perkara ini macam dah biasa. Lebih tepat lagi jahil. Jahil yang aku maksudkan di sini bukannya bodoh. Tetapi tidak tahu. Tidak tahu, maka kena belajarlah. Bukan bermaksud aku ni dah banyak ilmu agama. Tidak. Masih belajar membaiki diri. Tapi perkara itu mudah sahaja.

Perkara yang sama juga berlaku kepada emakku semasa beliau buat kursus haji dulu. Jemaah merapati sebelah saf sahaja dan biarkan kosong di tengah-tengah. Tak betul caranya itu. Sebab itulah kita perlukan ILMU. Dari ilmu, timbullah AMALAN. Dari AMALAN membawa KEBERKATAN.

Masih situasi di masjid.

Menyaksikan seorang insan yang kurang upaya mendirikan solat dengan gigih hanya berpaksikan sebatang kaki. MasyaAllah hamba Allah itu sangat gigih dan berusaha meningkatkan amalannya. Terfikir juga aku dengan orang lain yang sihat walafiat. Cukup sifat. Tapi tidak cukup kekuatan untuk melangkah ke masjid menunaikan Fardu Jumaat. MasyaAllah.

Tak payah Solat Jumaat, solat lain pun begitu. Bila ditanya, amalan apakah yang pertama akan dihisab di akhirat kelak, semua dengan rakusnya menjawab, "MESTILAH SOLAT BEB!". Tetapi kerakusan hanya pada jawapan. Tidak pada tindakan. Itu bukan. Ya bukan elok untuk dijadikan panduan.

Selalu aku uar-uarkan. Aku menasihati diriku yang khilaf ini dahulu. Apa jua tindakan anda, dahululah agama. Apa jua matlamat anda, dahululah agama. Agama penyelamat kamu di sana kelak. Bukannya yang lain. Banyak sangat tanda-tanda akhir zaman dan semua orang tahu. Adakah kita hanya mampu berpeluk tubuh sahaja? Silalah jawab sendiri.

Mengejar cinta Illahi memang memenatkan. Kadangkala mengundang putus asa. Tetapi percayalah ganjaran yang bakal kamu terima nanti tak terbayang dek akal fikiran.

Wassalam.

Post Script : Dalam keseronokan Piala Dunia, tengok bola sampai lewat pagi, janganlah lupa untuk solat subuh.

You Might Also Like

23 Comments

  1. selalu gak jd cmni. ade skali tu, prasan ade makcik tu mcm cuba nak jauhkan diri; space utk dia bdiri la. hm, tktahu nak buatpe.

    p/s: bulatan dlm gambar 1st tu ble tgk lama2 mcm org tgh senyum plak :)

    ReplyDelete
  2. teringat cerita di blog kai2en.blogspot tentang kanak2 yg belum akil baligh dh tahu serba serbi tentang solat..jadi ilmu ni sepatutnya telah diajar dr peringkat itu, tapi sebaliknya yg kita lihat..so, wujudlah perkara2 kat atas tu..

    ReplyDelete
  3. Setuju. Peringatan jua kepada diri ini yang penuh dengan khilaf dan kelemahan.

    Ramai di kalangan kita tau hukum. Tapi tetap tidak buat. Tahu tapi buat tak tahu itu adalah zalim.

    Terima kasih di atas peringatan ini.

    ReplyDelete
  4. ase macam kena marah depan2 bile bace part smayang jumaat 2.. hihi

    hum, tp mmg biase org ta rapatkan saf.. maCy selalu la tarik org suruh anjak kasi rapat.. orag wat dek je.. sedeh ase.. hoho

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas peringatan ini.

    Peringatan juga kepada diri aku yang banyak kekhilafan dan kelemahan.

    Manusia yang tahu tapi buat tak tahu adalah manusia yang keji sebenarnya jika ia berkaitan tentang ilmu agama mahupun ilmu duniawi.

    Terima kasih sekali lagi di atas peringan ini. jangan serik untuk terus memberikan peringatan. tQ.

    ReplyDelete
  6. peringatan yg bagus utk semua umat islam..

    thanks =)

    ReplyDelete
  7. truskan menulis :)

    saya follow kamu

    ReplyDelete
  8. thanx 4 sharing.

    teringat pulak waktu kecik2 dulu.kalau tak rapat,rasa macam nak nangis.errr,sebab takut syaitan kat sebelah.

    thanx.thanx! :)

    ReplyDelete
  9. terima kasih sebab menyedarkan akan perkara ni saudara hami..mmg kalo tgk rasa geram je org2 ni tak alert tempat kosong..biar je saf tu kosong..bg mereka, takut utk bergerak semasa sedang solat..
    sbrnya masalah ni bermula sbb makmum lambat nak rapatkan saf..bila bacaan fatihah bermula baru nak berganjak btol2kan saf..akibatnya udah nampak lompang kat saf depan..
    kalo sbb makmum batal tu lain la citenye kan..ngehh..

    skali skala lawat la ke blog sy..

    http://nizamlimited.frenzyfm.my

    ReplyDelete
  10. salam ziarah. trima kasih atas perkongsian yg begitu berharga. Itulah lumrah di mana-mana masjid dan surau. Malah, ada yg snegaja merenggangkan saf bila kita cuba rapatkan. entah bilalah kejahilkan ini akan berkahir. lagi malang kat masjid saya bersoalt jumaat ni. waktu imam baca khutbah, waktu tu jugalah si tua nak bersembang ttg kerja, si muda pula nak bersms. memang teruk.

    ReplyDelete
  11. biasenye diorg yg tak mau rapat saf tu sebab rasa panas, nanti takut bepeluh masa solat..kdg2 bdk2 pun tau nak rapat saf..

    ReplyDelete
  12. salamm

    maaf baru berkesempatan nak bc blog kamu..(nak mgrib dah pon) hehe

    ok situasi begini biasa berlaku di kampung, kadang2 sy geram sangat terumat masa nak solat sunat hari raya, pergi ke surau atau masjid, makcik2 terus hampar sejadah duk barisan belakang then duduk di sejadah masing2. ok fine, ok lagi tuh.

    bila iqamat, sepatutnye terus rapatkan saf tp malang, ynag makcik2 nih stay jee kat situ, sejadah besar2, dah memang bahu tak rapat..nak marah dah tua, nak tegur kata kita nih memamdai adoyaiii...

    hemm byk lagi kalo nak membebel..tp setakat nih dulu ye hehe

    ReplyDelete
  13. kadang kadang bukan tak tahu tapi buat buat tak tahu!
    saket aty gak org cam ne!

    *suke ayat last tuh!
    mengejar cinta Ilahi memang memenatkan! tapi ganjaran tak terbayang dek akal!
    like!!

    ReplyDelete
  14. btl tu.kdg2 pmpn pon sama gak.nk ddk saf blakang2.xmo rapat2.heh,entahlah

    ReplyDelete
  15. haah. saye study uitm gak.
    uitm kedah!

    ReplyDelete
  16. situasi yg selalu berlaku semasa solat berjamaah di masjid atau surau hurmm...

    thanks for sharing

    ReplyDelete
  17. Good point there =]

    (http://ohmonstar.blogspot.com)

    ReplyDelete
  18. Good point there =]

    (http://ohmonstar.blogspot.com)

    ReplyDelete
  19. cayalah. Apa apa pun, agama dulu.

    ReplyDelete
  20. bagus entri ni..
    ramai yg ta na rapat2 mase solat
    huhu
    sedangkan mse zaman khalifah (tak ingat yg mana)
    beliau meletakkan pedang di belakang kaki jemaah, supaya saf2 rapat..
    begitu sekali mereka mementingkan saf solat..
    kerana ia melambangkan kekuatan umat Islam..

    ReplyDelete
  21. salam..ramai yg x tahu..utk penuhkan yg tgh dulu..then seimbangkan..tp yg byk org lakukan..mulakan dr kanan..sebar2kan ilmu ni..moga ditingkatkan keimanan dan ketaqwaan

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe