Tak Usah Letak Gambar Yang Bukan-Bukan. Buat Tambah Dosa Saja

March 16, 2010



Assalamualaikum w.b.t

Entri yang bakal aku tulis kali ni sebenarnya sudah lama terfikir. Cuma belum diberi kesempatan dan kesediaan untuk dicoretkan di sini. Dengan ini aku bagi WARNING terlebih dahulu. Entri kali ini memang panjang. Aku tak memaksa anda untuk membaca. Tetapi bacalah demi mencari sebuah kebenaran. Sama-sama kita mencarinya. InsyaAllah. Juga ianya atas permintaan sesetengah pihak.

Kalau baca tajuk entri pun anda mungkin sudah dapat tangkap apa yang bakal aku paparkan di sini. Okey mari aku kupas satu persatu. Terlebih dahulu, ingin aku beritahu entri kali ini mungkin dari kesinambungan entri terdahulu yang bertajuk 'Menjadi Isukah?' .Kalau sesiapa yang masih belum bacanya, bolehlah klik di tajuk entri tersebut. Memang entri tersebut agak mendapat sambutan. Alhamdulillah. Aku pelajari sesuatu. Aku dapat ilmu baru.

Okey sebelum tu aku nak cerita sikitlah mengenai entri 'Menjadi Isukah?' aku tu. Sampai sekarang kalau aku baca memang kelakar. Famili aku pun ketawa terbahak-bahak. Juga sahabat handai yang telah membaca entri berkenaan. Sebab? Sebab aku langsung tak rasa bersalah pun. Dan yang paling penting aku tak buat sesuatu yang melanggar syariat pun. Malas aku nak terang lebih lanjut. Bagi sesiapa yang belum baca lagi, bolehlah klik di sini.

Sekarang, aku nak anda buka minda, tenangkan fikiran, dan baca dengan teliti apa yang bakal aku ketengahkan. Entri ini bersifat kertebukaan dan perbincangan. Perbincangan dalam mencari sebuah kepastian. Dan tunjang perbincangan hanya satu. Mencari keredhaanNya semata-mata. InsyaAllah. Aku akan cuba sedaya-upaya.

Perkara ini memang menyentuh perihal blogger. Aku blogwalking seperti biasa. Perkara biasa, menyusuri blog demi blog dan meninggalkan komen. Maka, terjumpalah bermacam ragam, gaya dan aksi para blogger. Isu, maklumat dan informasi yang diketengahkan oleh para blogger memang sangat bernas. Kreatif dan inovatif. Itu yang diperlukan oleh kita semua. Khususnya orang Melayu. Syabas untuk itu!

Dan aku ingin menyentuh perihal GAMBAR-GAMBAR yang diletakkan dalam blog masing-masing. Gambar memang satu elemen yang penting untuk sesebuah blog. Tujuan? Memperlihatkan serta memperindahkan sesebuah blog itu. Tetapi sayangnya, kekadang 'keindahan' itu 'dicemari' oleh gambar-gambar yang kurang menyenangkan dan sangat menyakitkan mata yang memandang. Aku dapat kenal pasti TIGA jenis gambar yang tidak sepatutnya diletakkan dalam sesebuah blog. Dan aku cuba senaraikan di bawah dan juga penjelasannya.

1. MELETAKKAN GAMBAR TIDAK MENUTUP AURAT

Oh baca tajuk saja dah mampu merungkai segala. Aku masih dan sangat tidak faham dengan segelintir blogger yang masih kurang 'arif' mengenai perihal ini. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi selalunya golongan hawa yang jelas kelihatan. Apa keseronokan dan manfaat yang cuba didapati pun aku masih samar bayangan.

Wahai kaum Adam dan Hawa (khususnya), tahu tak blog ialah satu medium untuk tatapan semua? Bukan sahaja Malaysia, malahan satu dunia. Kamu tahu setiap mata yang memandang aurat anda, anda akan 'dicas' sebagai DOSA. Tahu tak? Sila jangan kata tak tahu. Dan aku pun tak payah sebut pasal hukum hakam agama ni, semua orang tahu rasanya.
Yang paling best dan kelakar bila ada entri pasal menunjukkan aurat, ada pulak hamba Allah yang begitu bijak memberi pandangan.

"Wah, cantiknya rambut awak! Ini mesti pakai syampoo Rejoice. Guna jari pun boleh."
Kalau aku la, aku nak komen sebegini kot.

"Wah, cantiknya rambut awak! Guna tangan pun boleh. Guna tangan untuk penampar muka kamu yang gebu tu supaya kamu tahu mana haram mana halal."

Ops! Itu hanya contoh. Cuba memberi kefahaman kepada anda. Maksudnya? Anda sedang membuat sesuatu yang ditegah agama. Dah termaktub dengan tidak menutup aurat ialah satu dosa! No excuse, tiada talian hayat! Peraturan yang ditetapkan oleh manusia berani pulak kamu ikut. Ini peraturan dari Allah boleh pulak buat-buat lupa dan alpa. Oho ~ Kelakaran sedang berlaku di situ!

Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga menampakkan kulitnya. Termasuk pakaian yang dapat mempertajamkan bahagian-bahagian tubuh yang boleh membawa fitnah seperti buah dada, paha dan bahagian-bahagian yang lain.

"Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan)" (An-Nur: 31)

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat keduanya itu. (1) Kaum yang membawa cambuk sperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam). (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambut sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga, pada hal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Firman Allah di atas sangat jelas. Siapa berani bangkang? Sila tampilkan diri anda. Dan nyatakan hujah-hujah bernas anda yang membolehkan anda mempamerkan gambar-gambar seksis anda itu.

2. MELETAKKAN GAMBAR YANG KONONNYA KEKASIH AWAL DAN AKHIR

Ini satu lagi aku perasan pada sesetengah blogger. Sindrom apakah yang terkena pun aku tak tahulah. Punya la bangga, letak gambar boyfren dan girlfren kesayangan. Penuh kiri kanan pulak tu. Aduyai ~

"Eh hang tu jeles, tak dak boyfren/girlfren, sebab tu hang kata kat kami!"

Kalau ini jawapan hampa, mai sini aku nak gelak kuat-kuat. Cik mek molek dan cik abang oi, segelumit kuman pun langsung tidak terlintas dalam hati mahupun minda ini. Sebab aku langsung tak nampak apakah kebaikan atau manfaat dari anda letak gambar-gambar yang kononnya kekasih awal dan akhir itu.

"Eh tapi kenapa kami tak boleh letak?" Jawab jawab!

Sebelum aku jawab, aku nak tanya balik. "Motif kamu letak?"

"Aku nak perkenalkan boypren/girlpren tercintaku ini ke seantero dunia. Hang apa tau!"

"Oh boypren/girlpren. Kiranya belum ada apa-apa ikatan lagi la ye. Ingatkan dah kahwin. Bukan apa aksi kamu dalam gambar itu aku konpius la. Ingatkan kamu dah berjaya diijabkabulkan."
(Gambar berpelukan sambil mendedahkan aurat)

"So kamu yakin dia ni bakal suami/isteri anda yang dapat membimbing anda ke jalan yang diredhai?"

"Mestilah. Aku cinta dia sangat dalam dong! Mestilah dia bakal jadi raja/permaisuri hidupku!"

"Okey, semoga anda berjaya diijab kabul!"

Sebulan kemudian. Dapat kad jemputan kahwin. Oh kawin jugak dia ni. Sahih kahwin dengan kekasih awal dan akhirnya tu. Confirmlah!

"Aku kahwin dengan pilihan mak akulah"

"Lor yeke? Tahniah la ek!" (dalam hati ni dok tergelak-gelak dah)

"Mana si jantung pisang hang dulu?"

"Dia pun dah kahwin dah. Dengan sapa entah!"

Hoho ~ Kekasih awal dan akhirku dikebas orang. Bercinta bagai nak rak almari semua. Last-last kahwin dengan orang lain. Jodoh itu bukankah di tangan Tuhan? Itulah jawapan yang sering kita dengari.
Sekarang kembali pada tajuk perbincangan. Tak usahlah letak gambar-gambar kekasih awal dan akhir anda tu. Memang langsung tak beri manfaat. Sebab yang paling jelas dan nyata anda belum ada apa-apa ikatan yang dihalalkan oleh syarak dan itu bukanlah kekasih halal anda.

"Eh eh baik sikit ye, saya dah bertunang tau!"

Hoho ~ Ni satu lagi yang tak faham. Tunang tu apakah? Adakah anda diberi 'lesen' untuk membuat sesuatu itu dengan sesuka hati? Selagi tiada ungkapan 'ijab kabul' selagi itulah anda ditegah syarak. Matlamat Tidak Menghalalkan Cara. Anda kena ingat yang itu!

3. MELETAKKAN GAMBAR ARTIS PUJAAN

Ini pun satu hal. Aduyai ~ Peminat fanatik la katakan.

"Eh saya suka lah beliau. Suara dia mengancam gitu!"

"Dia ni kalau berlakon, perghh superb gua cakap lu!"

Kenapalah perlu mengagongkan mereka? Mereka juga seperti kita. Bezanya cuma mereka ialah 'Public Figure'. Selalu dapat dilihat di kaca telivisyen, majalah dan surat khabar atas bakat lakonan, nyanyian lawak dan sebagainya.

Tak salah untuk berhibur. Islam tak pernah larang pun. Tapi perlu kena caranya. Macam anda letak gambar mereka di blog anda, mereka tahu? Mereka kenal anda? Manfaat?
Anda jawab sendiri. Ini tak boleh kupas lebih-lebih. Takut menyentuh sensitif masyarakat negara ini walaupun perkara itu adalah betul.







***********************************************




Kalau anda nak letak juga, letaklah, terpulanglah pada anda! Mungkin anda mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat sedemikian. Mungkin anda nampak manfaat yang barangkali aku tak nampak. Mungkin juga dengan meletakkan gambar-gambar sedemikian, hidup anda lebih ceria dan bahagia. Siapa tahu kan? Siapa aku untuk menghalang anda.

"Ah, biarlah aku nak letak 40 keping gambar pun. Kamu peduli apa? Blog aku, aku punya pasallah!"

Ini bukan jawapan untuk sang pemikir yang mencari kebenaran. Dan bukan jawapan seorang yang matang dalam melaksanakan sesebuah agenda.

"Memang aku tak matang lagi pun!"

Dan ini bukan jawapan seorang yang akan mencuba mencari aras kematangan itu.

"Lantak la wey, mak ayah aku tak cakap apa pun. Yang kamu peduli apasal?"

Kalau ini jawapan anda, anda fikirlah sendiri!
Tetapi sebagai anggota masyarakat, marilah kita terus mengamalkan sikap suka menegur dan menasihati sesama kita. Bukankah ini yang perlu? Tak usah turut kata hati dan hawa nafsu yang boleh membunuh setiap jiwa tu. Ya faham, kita hanya manusia biasa. Tak terlepas dengan semua itu.

Tapi bukankah amalan yang disukai oleh Rasulullah SAW ialah amalan yang sedikit tetapi diamalkan secara berterusan? Buatlah sedikit demi sedikit. Cuba baiki diri dari yang tak baik ke yang baik. Yang baik ke yang lebih baik. InsyaAllah sama-samalah kita mengorak langkah ke arah itu.

Apa yang ditulis di atas hanyalah pendapat aku semata-mata. Melalui pemerhatian, pembacaan, dan pembelajaran. Apa yang dibincangkan bukanlah seratus peratus betul dan menasihati diriku terlebih dahulu. Bukanlah memberitahu anda ilmuku penuh di dada. Tidak sama sekali. Juga masih memperbaiki diri. Dan sekiranya apa yang dikupas langsung tak masuk dek akal ada, aku mohon tegur dan perbetulkanlah aku.

Apa yang dapat aku simpulkan di sini ialah, dengan letak gambar yang bukan-bukan semua tu hanya perkara LAGHA. Atau pun sia-sia. Maksudnya sia-sia itu yang langsung tak beri manfaat. Daripada anda letak gambar-gambar sedemikian apakata letaklah gambar mak ayah anda lagi bagus. Tak pun letaklah gambar para Ulama. Dengan melihat para Ulama insyaAllah perolehi pahala.

Itu sahaja untuk kali ini. Sekian. Wassalam ~
Post Script --> InsyaAllah akan diumumkan pemenang Contest dalam masa terdekat ini.



You Might Also Like

119 Comments

  1. opppss..mkn cili..pedas hihi
    papon, good entry..thanks :)

    ReplyDelete
  2. weyh...ramai gila follower..hehehe..bagus2..

    aku masuk dalam list di atas kah?
    harap-harap tak..
    =)

    ReplyDelete
  3. erm...entry yg bgus..mengingatkan sy...terima kasih ye...

    ReplyDelete
  4. yes, lagha lagha lagha...!! naseb baek eblog saya suci dari segala HADAS!!

    Nice one, awk :)

    ReplyDelete
  5. salam..

    entry yg sgt mnrik..
    boleh myedarkan byk pihak..

    kdg2 ssuatu perkara kte buat kte x trpikir ksan ye..sme ade baik atau buruk..

    jd nak wat ape2 pkir lah dosa dan pahala jgn hnya krn kseronokan yg smntara..smge ia mnjdi pringtan bg sy dan sume..insyallah..amen..

    ReplyDelete
  6. salam...erm...btl jgak la 2..no 1 n no 2 yg plg slalu blogger buat..hoho;)

    ReplyDelete
  7. terima kaseh atas ingatan tuh.

    kalo gamba kat bolg saye cam ne?

    boleh bagi any coomment??

    ReplyDelete
  8. bernas2..mampat hujah2...terkedu sekejap krn isi yg menarik..huuu

    ReplyDelete
  9. oyeahhhhh !!! syabas bro !
    hamek hamek. sila ambil iktibar sama2. ambil iktibar, lakukan perubahan pada diri. insya'allah dia si blogger dpt pahala dan sudah tentu kita juga dapat. ;D

    ReplyDelete
  10. baca sampai habis

    ada jugak yg terkena skit2..

    huhuu

    cuma kalau yg psl rambut tu

    saya akan tegur..

    "Eh..cantiknya rambut awak...tapi kalaun pakai tudung lagi cantik"...

    ermm...nak2 kalau kaum Adam yg

    tegur..

    amacam??

    ReplyDelete
  11. entri yg bernas dan baik utk pedoman...tahniah

    ReplyDelete
  12. gila kentang. mesti ada yang tak senang duduk nanti.

    ReplyDelete
  13. bgus....dpt sedarkan ramai org...
    alhamdulillah bukan sebahagian mahupun kesemua pe y di perkatakan...
    moga Allah memberi kesedaran kepada pihak2 y berkenaan..amin

    ReplyDelete
  14. salam..another great entry from hami asraff..bagus lah peringatan2 di blog kamu nie..i enjoyed reading it! Good work~

    ReplyDelete
  15. Tahniah bro!!!! pengisian yang bijak...Ia mengingatkan saya tentang kealpaan. semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah

    ReplyDelete
  16. alamaak ~ latest entri saya.. saya letak gambar artis.. korea.. haha ~ tapi saya tak puja dia pom.. cuma tak puas ati ~ huhu

    ReplyDelete
  17. Entry dr seorang lelaki yang berani menegur..bagusla,harap2 ramai la yg baca entry ini...about no 1,kadang-kadang pernah gak terfikir yang ramai perempuan yang tak tahu maksud aurat yang sebenar...diorg salu dok care pasal bertudung tapi tak care bout baju n everything..
    ~erk,saya budak baru belajar,
    kalau salah,sila la ajar..

    ReplyDelete
  18. alamak... kak rose pulak suka tampal lukisan hero2 hensem... macam terkena gak sebijik kat muka ni...hehehehee...

    ReplyDelete
  19. emmmm...suma dh bg komen nmpknya...he3..

    1st-gmbr xttup aurat:mmg byk...byk sgt2..n rmai yg bngga ngn dri sndri..npe nk bngga bt dosa ek??n npe mlu bla ttup aurat??rmai mmbr ckp xreti ikut trend,xreti b'gya..spe yg ckp???n 1 g,npe sestgh fsyen muslimah skng pn de yg buka aurt gk??konpius2.. ;p

    2nd-gmbr kkasih:myb depa bngga dpt tnjuk kkasih hensem @ cun..mmg anugerah Allah suma 2,tp pndai2 r jg...nk b'cinta bleh tp ikut la syarak...xsalh klu kte sygkn org,malah sygkn binatang pn dpt pahala..but,must rmember da law of Allah S.W.T..

    3rd-gmbr artis:yg ni sy pling xb'kenan...sy pn de gk minat2 artis ni..tp xde la fnatik sgt..stkat ska tgk cite,klu de hero ni maen mesti best punya la cite 2..bleh je kte nk minat tp jgn la t'lalu xcited..ni smpai cbb artis pn nk gduh mmbr2,pe kes???hak9999999....lwk pn de...nth pape nth??

    pape pn,en3 kli ni mmg mnarik ati wlupn krngn ni dh cm ms SPM dulu2 kn3???(^_^)

    ReplyDelete
  20. hmmm...100% agree! maceh for de teguran :)

    ReplyDelete
  21. terbaek lah pokcik hami! hehe. uh luckily i dah buang pic ariel and david archuleta kt blog i. hakhak. kalau tak mesti tgh panas baca entry neh. lalalala :p

    ReplyDelete
  22. salam ziarah..
    hmM..bergulung2 tahniah ak nak wish kat k0 nie..
    Tahniah atas pGisian entry yG bagus & sampai maksudnya..
    Tahniah atas sikap berani menegur akan kebenaran..
    nyway im agreed with u..
    tak perlu k0t paparkan pic2 sebegitu

    ReplyDelete
  23. Salam Hami.. Wah! semakin lantang nampaknya...

    Apapun pengisian ni ada dua cara iaitu kaedah kasih sayang dan kaedah menegur / ancaman. Apapun ia mesti dijalankan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Takut orang baca naik marah kerana nafsunya terusik.
    Kebenaran mesti ditegakkan dan maksiat mesti diperangi.
    Gambar benda hidup keseluruhannya makruh kot. Takut disanjung dan dipuja...
    Teruskan perjuangan abang sure sokong punya!

    ReplyDelete
  24. wah...baik punya n3...suka sgt bace wlu pon ada sikit kena..xkisah..menda yg betul kan? hami ni cam azrai lah...

    ReplyDelete
  25. hehe.
    berani kerana benar.
    cool.

    assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    ReplyDelete
  26. bagus3..hihi...
    actually kne print entri ni pastu tampal kat masjid ke..kat dewan keramaian ke...
    haha..bru rmi lg yg akan terasa dan sedar sikit...

    tp nak cakap sikit...pasal artis tu...erm..x paham..knp x blh..haha
    Saya ade letak gambar Mirwana and yang pastinyaa....

    Bro Hami juga ada letak gambar Maher Zain(artis juga kan)..
    tp yg pastinya kita bukan lah memuja pun...

    Opss Bro...
    Sory klu saya over kat sini..
    Teruskan Perjuangan..

    ReplyDelete
  27. yeaahh.. agreed with u. tak faham knp perlu nk tayang pic bf/gf..
    letak pic sexy2 utk attract org jd follower ke? pic artis plak, buat menyemak blog je. heheee :D

    btw, congrats berani buat entry camni. :)
    "sampaikanlah walau hanya satu ayat.."

    ReplyDelete
  28. bagus

    n3 n pendapat yg bernas dan baik!!


    terasa laks
    ekekkek...


    ingatan n teguran yang baik
    mesti diikut dan difikirkan bersama

    yg haram tetap haram

    tq dik atas ingatan dan teguran

    jaga diri
    xoxo

    ReplyDelete
  29. cari chatbox xjumpe.
    nk ckp time kasih singgah.
    tu je.huhu.

    ReplyDelete
  30. Salam Hami,
    Peringatan yang sangat baik untuk semua bloggers.

    ReplyDelete
  31. entry berani tegur neh..
    bagus gak mcm tu,boleh kasi org sedaw ckit..
    tp nak buat mcm mane, certain2 blogger tu kan suka bergambar, so dorang rasa pic tu cun, dorang taruk la kat blog dorang

    ReplyDelete
  32. hahaha yg gmbr x menutup aurat & kapel2 tu tak terase, tp gmbr artis terasa
    siap de pic FT kt blog saya
    hahahaha tp saje suke2 je. heeee

    ReplyDelete
  33. salam kunjung tuan rumah.

    ye,sangat2 setuju.pengajaran,peringatan untuk diri n kawan2 blogger lain.nice work!
    oh! btw,suka gaya penulisan.bila time kelakar,gelak sorang2 kat sini.hahah. :D keep on writing. :)

    Oh lagi! rasanya td bila nk pegi class baru 3 komen ,sekarang?almost 40.tahniah!hehe ;)

    ReplyDelete
  34. erk.. letak gambar anak kecil as a example xpekan.. hehe :)

    ReplyDelete
  35. kui3..
    mnde nie kdg2 klaka gak kalo yg ltak gamba2 seksi2 juz utk menarik org g profile die ke ape.. haha.
    cam lam myspace ak, ade la sorang 2 letak gmba yg seksi2 nk mampos juz utk org klik die pnye myspace money 2.
    ntah gamba sape ntah die rembat ak pown xtaw.

    ReplyDelete
  36. kalau gua letak gamba badan minah pakai baju kuning cmne plak?

    ekeke

    ReplyDelete
  37. salam ziarah petang...=)

    errr...pasal letak gambar BF tu...haha...terasa la gak...hak3

    ReplyDelete
  38. two thumbs up.. tnpa apa2 keraguan ! syabas sedara,, =)

    ReplyDelete
  39. alhamdulillah.
    thanks bro untuk teguran ni.
    kau telah menyelamatkan aku dan mungkin para gadis lain yang terkesan sedikit sebanyak dari entry kau.

    terima kasih lagi.

    ReplyDelete
  40. perghh kagum ngan komen mlambak~
    huhu~

    btul22 com stuju sngt!
    thumbs up!

    ReplyDelete
  41. Salam,pertama kali dtg ke blog nie...gua tertarik dgn stail penulisan anda...

    nice entry...

    ReplyDelete
  42. wah..satu tulisan yg berani..
    but alhamdulillah..masih ader blogger yg ambil berat isu nei..:)..
    good job..:)
    may GOD bless u..:)

    ReplyDelete
  43. suka entri macam2 ni..
    teguran direct dan bagus..
    keep updating ;)

    ReplyDelete
  44. Gunakan gambar yang baik, gambar perhiasan atau apa-apa lukisan yang berunsur maksiat, haram kerana malaikat tak mahu masuk ke rumah orang tersebut. Tak berkat orang yang mencari makan dengan gambar2 yang tak baik dan seksi.

    Bagus artikel awak ini, teruskan menyebarkan perkara yang baik kepada semua.

    ReplyDelete
  45. artikel yg menarik dan bermaklumat tuk kita sama2 ingat mengingati.. terima kasih byk2 kt saudara Hami sekurang2nya kami sebagai kaum hawa akan sedar akan perkara2 tersebut.. apa2 pun tahniah tuk saudara..

    ReplyDelete
  46. banyak gak tgk yg macam tu..
    mcm awak ckp..bila teg0r dy0rang jwb balik...

    ReplyDelete
  47. bisa panas menyengat... sambil mkn pengat...
    congrate... kupasan yg mantap =P
    sila menulis lg... nt sy tulun bc...

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum wbt

    lama dah x komen di sini.

    1st, pasal aurat bukan semua orang x thu. smua org thu pasal ni tapi buat2 x thu atau dalam kata "masih tidak dapat hidayah lagi"

    2. bf/gf. kadang2 saya menyampah jgk, sbb seolah2 xde dah org dalam hidup ni melainkan gf/bf dia. wahai remaja2 sekalian, gf/bf anda tu mungkin bukan pasangan hidup anda. jgn terlalu nak obses sgt dgn mereka. kelak nnt anda jgk yg akan merana dan menagis kesedihan!

    3. artis - pk2 lah sendiri, mampukah artis menjadi mentor anda sedangkan artis2 lah yg jual dadah, kena tangkap khalwat, bukak tempat maksiat dll. berapa ramaikah artis yg educated dan belajar sampai master/phd yg bagus utk dijadikan sbg cth atau mentor? fikir2kan lah..

    sekian :D

    ReplyDelete
  49. very3 good one..huhu

    ReplyDelete
  50. Salam...
    nice entry nie..
    bagus dan cukup membangun...
    manusia nie...cam2 peell nye..
    kalau boleh..semua nak di kasi tahu..kalau boleh satu dunia tahu apa yg best pada diri sendiri..n apa2 yg ada kat diri n sekitar diri tu..
    tapi dia x sedar dah mengundag perkara yng tidak baik dah berfaedah...

    ReplyDelete
  51. owh,hahaha
    gua no komen pasal hal nih
    semua pasal diri sendiri
    gua pun rasanya ada letak pic2 macam tu kut
    entah

    ReplyDelete
  52. thumbs ub *angkat tangan kiri kanan*
    (Terase nak angkat kaki sekali... oops kurang sopan.. kamu tu pompuan)

    bagus bagus setuju sangat...

    bagi bukak sikit mata mata orang kat lua tu yang macam tak tahu pasal tak pakai tudung ni..

    N gf/bf tak payah citer.. tu macam nak kate dorang je ade gf/bf..

    gmbar artis?? saya letak artis jepun pun bile cerita pasal drama baru diorang.. sebut nama je kang orang tak kenal...
    *Buat buat muke tak bersalah*

    peace no war..

    sila tulis post "mencabar" camni lagi..!

    ReplyDelete
  53. Salam Asraf H.
    Haha! padan muka yang letak gambar tak cukup baju. Pacik sonkong tag anda ni..iyalah tuk kebaikan umat Nabi Junjungan juga. Aman mata memandang di laman blogger. Tapi blog pcik tu banya gambar juga..tiadalah yang tak senonoh. Penuh widget juga haha! dah saya minat widget dan banner kawan blogger pcik psang jelah...ke blog pcik. Dapat juga promot blog kawan blogger, paling cantik banner MY ADHA bro..anak buah sering guna iklan jawatan kosong di my adha.

    Ok..tahniah nak asraf ya..jantanlah kO bagus2

    ReplyDelete
  54. haha.. baru la terasa pedas semua ni.. hehe.. thnx for the info. x nk letak dah gmba2 mcm ni. hehe

    ReplyDelete
  55. nasib baik blog aku bebas dari unsur2 gini...hehehe...apa2pon, teguran yg membina nih...blogger2 yg lain termasuk diriku nih, buang yg keruh amik la yg jernih..:D

    ReplyDelete
  56. salam..bagus entri ni, saya sangat setuju..mudah-mudahan ramailah blogger yg tersentuh hati untuk berubah menjadi pengamal ibadah berkualiti

    ReplyDelete
  57. hehe..
    entry yg menarik..
    sebaik2nya takyah letak gambr kite trutama wanita..nnt mcm2 hal leh jadi..

    ReplyDelete
  58. kadang2 gambar yang tak cantik ni kene tunjuk. Sebab baru kita tau betapa tak cantiknya gambar itu.

    ReplyDelete
  59. bagus entri ni..rasa pedas juga la..terima kasih kerana menegur ya..

    lepas ni, InsyaAllah nurul akan kurangkan pamparan gambar yang errr, yang tiada kena mengena la. ahhhhhhh..

    kalau berpuluh2 orang tengok blog nurul tu, banyak juga dosa nurul kan..hmph..

    haihs..

    apapun, thanks bro, have a good day.

    ReplyDelete
  60. salam saudara,.

    ntry nih,saya bagi 10 stars,.
    sgt menyengat dan mengena,.

    kalau yg xreti nk tutup aurat,.,dan pakai baju mcm xnak pakai,,arap2 mereka akn sedar,.dan bagi yg blom terjebak,arap2 dijauhi.,

    blogger melayu dan islam,,yg memuja dan memuji org lain yg mendedahkan aurat,,di khlayak ramai,memang akan dpt saham sedikit sebanyak,.sbb dgn komen dan pujiannya itu,org tersebut semakin hari semakin perasan cantik dan terdorong untuk berkelakuan lebih dan lebih lagi,.

    yg dgn kapel pon satu hal,sgt meluat,.kalo dah kawen tu,lain kira la,even dah kawen pon,bukan semua jenis gmba boleh dipertonton kpda umum,.apatah lagi yg belum kahwin dan tnpa ikatan yg sah,.,

    dunia memang sudah parah,.
    tolonglah kami ya Allah,.,

    ReplyDelete
  61. thumbs up bro!!!!!
    a very good entry..

    keep it up!!!
    (^_^)

    ReplyDelete
  62. salam ukhwah..
    aik,muka tuh termasuk dalam aurat ker?
    macam mane kalau kita berjalan2 nampak orang2 yg lalu lalang,dosa ke?menggoda ke?
    ada yg kurang jelas tentang aurat nie mungkin?
    maybe writer blog nie boleh post mengenai soal auurat plak lepas noe..hehe..
    nice post,keep it up..~!
    adiooss...~!

    ReplyDelete
  63. salam. pandangan yg menarik untuk dikongsi=)

    ReplyDelete
  64. 1st tym smpi cni..n trus rase nak komen..huhu..hurmm..btol jugak tu..kdg2 kte manusia cepat lupe..tahnx ingatkan!!!=)

    ReplyDelete
  65. setuju sangat bro, aku kekadang kalau entry ade mengena camtue , aku letak pic kartun jew, sebab kite tahu,blog ini semua tengok kan.

    sepatutnya blog ni tempat kite menambahkan pahala, bukan dosa...

    ReplyDelete
  66. Aku cuba menjawab alik persoalan-persoalan anda. Yang menimbulkan persoalan saja!

    reen_sofee :

    Tak perlu bertanyakan orang. Rasanya masing-masing sudah tahu batasan aurat bagi setiap wanita! :)

    ~~INTAN~~ :

    Islam telah meletakkan garis panduan yang berhikmah untuk menegur. Kadangkala teguran 'sinis' diperlukan jikalau ianya dapat membantu.

    cintahati :

    Hoho ~ Kamu mesti kurang mengerti apa yang saya kupaskan. Apa yang saya maksudkan ialah meletakkan gambar di blog. Di tepi-tepi sidebar. Yang orang selalu boleh nampak apabila bukanya. Kalau bertujuan untuk memperkenalkan siapakah gerangan penyanyi itu di entri tak mengapalah. Tetapi bukanlah yang tidak menutup aurat atau berpakaian tidak senonoh. Adakah kumpulan nasyid dikategori
    sebagai itu? Anda jawab sendiri.

    zamfadliez :

    Salam ukhwah kembali. Err, adakah itu persoalan? Aku kurang faham! Silalah baca sekali lagi apa yang aku tulis!

    ReplyDelete
  67. Hans :

    Tak boleh la kata no komen bro. Itu bukan jawapan kepada semua permasalahan. Tetapi lebih kepada ungkapan lepas tangan. Islam telah meletakan garis panduannya untuk kita. Cuma kita saja yang tak ikuti. Usah turut hawa nafsu. Hidup kita ni sat saja wey! Itu yang paling kita kena ingat!

    ReplyDelete
  68. nah! ambik buah fikiran naj!!!

    ok.. x de buah.. maybe belom berbuah..
    tp naj mmg 100% setuju!!

    jgn la letak gambar yg x de _____.. utk tatapan.. org x suka tgk pon..

    naj pon ade terpikir benda ni.. tp x reti nak ulas panjang lebar lebih dari 360 pth perkataan.. haks!

    salaam!

    ReplyDelete
  69. salam...

    1st terima kasih sebab kongsikan buah fikiran ni... satu coretan yg menarik... kekadang terfikir gak tentang aurat tu...

    apa2 pun sama2 la kita muhasabah diri ek...

    ReplyDelete
  70. i still lagi super junior dalam dunia blog.. baru 3weeks berblog2 ni..if anythin' dat u can guide me.. please welcome dear.. like ur n3.. lots of message dear..

    ReplyDelete
  71. salam~~terima kasih atas kunjungan~~belog hebat nih..:)
    p/s:anyway,org kedah ya..saya org perlis...;)

    ReplyDelete
  72. Salam.
    Sila ambli award dari laman pcik. blog anda saya pilih untuk award for blogger. Tq

    ReplyDelete
  73. =) diz entry makes me smile! hihi ..3 jenis gambar..wow..

    ReplyDelete
  74. panjangnye entri..neway..sume tu btul tp sy rasa x ramai nk amek cakna..btul x?

    ReplyDelete
  75. salam tompang skodeng n sambil klik2... hmm topik panas tp bg pandangan akak, blog tu hak peribadi so lantak dia la nak letak gambo pape.. tp kalo gambo tu yg leh wat dia dikecam, org tu harus trima sebab sape suh dia letak gambo bukan2 tp bab menunjuk2 tang bf/gf tu mmg kelako tp kita sbg umatNya hanya mendoakan ia berkekalan.. AMIN hehehe

    ReplyDelete
  76. terima kasih atas teguran di atas.. huhu.. antara 3 jenis gambar di atas, saya "terkena" yang ke3.. hehe.. adoi laa.. tapi entri yg sgt2 bagus.. thanx..^^

    ReplyDelete
  77. salam :)
    InsyaAllah, terima kasih atas nasihat :)

    ReplyDelete
  78. good entry,,
    pape pon hrp entry nih x berselindung hnya pd kata2 shj..
    malah perlu diapply juga..
    insyaALLAH,,hnaya ALLAH maha mengetahui
    yg terang n tersembunyi..

    ReplyDelete
  79. Anonymous :

    InsyaAllah tidak. Dan diharap Encik Anonymous tidak berselindung di sebalik rupamu.

    ReplyDelete
  80. BERANI KERANA BENAR.
    alhamdulillah,masih ada anak muda muslim seperti awak.

    saya bukan x mahu mengulas panjang cuma sedar kekurangan diri.awal2 lagi dah kena sedas tepat ke batang hidung.insyaAllah,perubahan itu kalaupun sedikit tetapi biarlah berterusan,bukan?

    ReplyDelete
  81. haha..lawak2 sy gelak bila baca diolog kat ats..harap2 spe mkn cili..dia terasa pedasnya..cpt2 brubah..:)

    ReplyDelete
  82. Hami Asraff:

    1. Cayalah bro!!!
    2. Kawan sebilik masa aku mrsm dulu selalu tegur aku dgn 'Matlamat tak menghalalkan cara'. Dan sebab itulah aku masih bujang sampai sekarang. Hahaha.
    3. Bro, gambar profile aku tu teruk ke? Huhuhu. Harap bagi pendapat dan pandangan.

    Peace!

    ReplyDelete
  83. opss..ok.paham dah..
    maaf atas kekhilafan...

    wlupape pun..entri ni bgs...
    Teruskan Perjuangan..

    ReplyDelete
  84. same2 lah kita memusabah diri..entri yg best bro..kalo sblm ni saya boleh gelak2 bc blog bro..yg ni tajuk yang mantap...boleh bt tajuk bahas nih... :)

    ReplyDelete
  85. mungkin sy terlambat baca entry yg best ni....tapi sgt2 superb.

    sy sokong. ^^

    =)

    ReplyDelete
  86. ku terima teguran n nasihat ini dengan ahti terbuka..tq for da advice...

    ReplyDelete
  87. assalamualaikum akhi....
    salam perjuangan dan semoga sentiasa dirahmati olehNya selalu.. insya-allah..^_^

    nice entry.. semoga akhi akan terus berkongsi ilmu dengan semua orang dan mendapat kelebihan di sana nanti.. insya-allah..^^,

    wallahua'lam...

    ReplyDelete
  88. Salam Dik,
    Baru 1st time akak msk blog ni dah tertarik psl isu ni..teruskan menulis yer dik!!

    Akak minta izin nak copy isu ni dan pastekan kat blog akak yg tak seberapa yer..

    TQ

    ReplyDelete
  89. salam.

    alhamdulilah berjaya jgk abiskan baca entry ini.

    penulisan ini sgt baik, suke cara dan keberanian anda menyuarakan pendapat..memberi kesan kpd sy,menjadi teladan dan ingatan pd diri sy jugak.

    semoga yg baik itu sentiasa dikongsi bersama..sy nak ckp terima kasih utk entry yg hebat ini!

    keep up a good job.:)

    ReplyDelete
  90. salam..panjang benor n3 nak nak menghabiskan baca...tapi x pe. 3 perkara kat atas tu..akak sgt2 setuju..cuma mungkin x berani nak menyuarakan kot...almaklumlah baru lg dlm dunia blog nie..tahniah kerana anda berani berkata yang benar..

    ReplyDelete
  91. nice posting.. like it

    ReplyDelete
  92. Nice entry :)
    teguran dan peringatan yang baik untuk semua ..

    ReplyDelete
  93. Alhamdulillah...baik sekali. Lantang dan mantap.

    Semoga dirahmati Tuhan... :-)

    ReplyDelete
  94. entry brani mati mmg la rmai folowers..
    huhuhu.....sume bnde y kite bt 2 ade resiko nye..
    emm nk tnye..bile dh ramai y jejak blog anda ni..adakah ade sedikit riak o bngga di hati anda sehinggakn anda ingin mgupas isu2 y "hot"..means y mcm mnarik phtian org nk bce...
    ni blog nk lepaskn kemarahan kt org lain ke...
    no heart feeling ke..just asking~~

    ReplyDelete
  95. Salam. Nice entry.
    Sedikit sebanyak ada gak yg terkena batang hidung sy nih esp pic bf tuh. Thanks utk peringatan. Teruskan menulis dan menulis. Akan ziarah blog ini selalu :)

    ReplyDelete
  96. Hasil penulisan sunguh & sanagat menarik (apa maknanya?) uhuhu~ penyampaian sangat santai..sesiapa je yg mmbacanya pasti terkesan wpun xbanyk... sedikit SYUKUR ALHAMDULILLAH... teruskan, iman kita selalu goyah dgn nkmat2 dunia ni.. tp bile kerap merajinkan diri menyinggah ke blog2 mcm ni... & ade nye teguran santai mcm ni... rase tenng sbentar..:) Truskan..

    ReplyDelete
  97. betul2.. kite pun selalu terfikir nak tulis pasal entry mcm nie.. tapi asyik xkesampaian je...

    ReplyDelete
  98. Assalamualaikum...

    Alhamdulillah...satu entry yg menarik dan menginsafkan...
    TAHNIAH! buat hami asraff..salah satu medah dakwah kita adalah melalui penulisan...entry ini adalah salah satu dakwah yg hami telah lakukan..
    semoga pembaca sekalian mengambil iktibar dari apa yg telah hami sampaikan demi agama Islam tercinta...:)

    ReplyDelete
  99. Sangat setuju! Congratss. May Allah bless you:)

    ReplyDelete
  100. assalamualaikum,,,,blog yg pling best,penuh dngn teguran...sya bru follow...pas nie sya rjin2 bca entry blog nie.

    ReplyDelete
  101. saya sokong... harap di masa hadapan banyak blogger memperjuangkan islam

    Al-Quran Interaktif / 30 Juzuk / 114 Surah

    ReplyDelete
  102. Follower no. 2493, salam perkenalan dan nak jadi mereka kenalan yang baik..layakkah blog saya nih? Apa2 pun this is very nice blog. Ada masa terjah blog saya...PEACE!

    ReplyDelete
  103. miza setuju dengan artikel ini.
    teima kasih atas teguran dan kata nasihat. ingat mengingati sesama kita. yang baik kita ikut dan praktikkan.

    ReplyDelete
  104. Salam alaika..
    sangat bagus entry nie...
    mengingatkan kpd mereka yg lalai dan alpa...
    "berpesan-pesan kpd kebenaran"

    ReplyDelete
  105. assalamualaikum,
    entri benar2 sangat bernas..
    sy suka dengan kupasan isu mcm ni,,,
    memang dalam dunia blogger ni penuh dengan mc2 ragam..
    bg pndapat sy..blog utk kita myampaikan dakwah atau mencurahkan idea serta ilmiah yang ade utk tatapan umum...bosan tgk org asyik je letak gmbar berkepit dgn bf ape semua,,,.lebih baik kita jadikan blog sebagai meduim untuk kita mendapat pahala dan sebagai tempat berkongsi pendapat...insyaallahh :)

    ReplyDelete
  106. salam..
    mantop la..
    this is the best bro..ish..maaf2..kasa plak bahase..
    this is the best akhi ^^,

    ReplyDelete
  107. Dosa b'rantai...kalu mati,tapi masih org lawat blog kita...t'seksa dlm kubur sket hari....nice akhi..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe