Thursday, September 10, 2009

Pencarian Malam Lailatul Qadar


Assalamualaikum W.B.T

ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia.

Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.

Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.

Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:

Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).

Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:

Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Demikianlah antara gambaran betapa istimewanya malam lailatul qadar, suatu malam paling mulia dan berkat yang berlaku hanya sekali dalam 365 hari, setiap tahun.



Diam tak diam, sedar tak sedar, hari ni dah hari ke 20 umat Islam berpuasa. Tinggal 10 hari untuk menyambut lebaran... Masing2 dah sibuk dengan persiapan raya. Yang tu nak tukar baru, yang ni tak beli lagi... Sibuk.. Sibuk.. Dan sibuk...

Tapi adakah kita sibuk mencari malam seribu bulan ini..? ( Mengingat diri ini terlebih dahulu ). Astaghfirullahalazim.. Insan ini khilaf lagi..

Inilah tanda-tanda akhir zaman.. Kita tak sedar pun.. Bangun dan bergeraklah saudara-saudari seagamaku.. Bukan dunia kita kejari.. Tapi akhirat kekal abadi.. Wallahu'alam...


*Note : Baca la pasal " WAKE UP PROJECT! DAJJAL HAS ARRIVED! ". Luangkan sedikit masamu untuk membaca info yang sangat-sangat berguna ini.. Please! Lepas tu kita akan tahu keadaan kita sekarang. Kita sekarang di ambang kejatuhan!


the url : http://umplife.bestdiscussion.net/islamic-section-f46/wake-up-project-dajjal-has-arrived-t1099.htm?sid=b8df2e795f3ca9d5fe6157d8bb39a3b6


( p/s : anda perlu register dulu untuk masuk ke website ni.. sangat mudah.. lebih mudah dari register facebook.. )


No comments: