Kemaafan
September 05, 2009Assalamualaikum W.B.T
"Saya minta maaf". Ungkapan yang sering didengari. Tetapi sejauh mana kepekaan dan keprihatinan kita terhadap ungkapan tersebut? Kadang-kala ungkapan itu begitu tinggi nilainya apabila kita meletakkannya pada tempat yang betul. Tapi kadang-kala ia merupakan ungkapan terbesar untuk dilontarkan dari mulut setiap insan. Keegoan mengatasi keluhuran. Hak mendahului kesamaan. Kejahatan menenggelami kepercayaan.
Tertarik sedutan 'NUR KASIH' episod 14, babak di mana Aidil meminta maaf kepada adiknya Adam atas kesalahan yang sangat kecil. Sedangkan pada waktu itu berlaku sedikit salah faham di antara mereka. Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah bagaimana keluhuran hati seorang abang memohon maaf kepada adiknya begitu menakjub dan menusuk sanubari. Bagaimana keegoan terpaksa dilenturkan bagi menyelesaikan masalah. Adakah kita mampu mengadaptasikan lakonan tersebut ke dunia realiti?
Memohon maaf sinonim apabila lebaran tiba. Semua orang meminta dan menghulurkan kemaafan. Alangkah bagusnya tradisi ini berlanjutan pada hari-hari biasa dan bukan khususnya untuk 1 Syawal. Dalam Islam pun kita dituntut untuk memaafkan semua orang sebelum tidur. Ini kerana kita tak tahu sama ada kita masih melihat dunia pada keesokkan harinya. Tetapi andakah anda dan saya mempraktikkannya?
Kemaafan tanpa dipinta menjadi keutamaan. Pohon lah kemaafan kerana kita tak tahu sama ada kita pernah menyakiti sesiapa saja. Amalan murni ini sangat-sangat dituntut oleh agama. Sebesar mana pun kesalahan manusia sesama manusia, ingatlah kita hanya hamba Allah yang kerdil. Manusia dan kesilapan dua elemen yang bersangkut paut antara satu sama lain. Sedangkan Nabi ampunkan ummat. Apatah lagi kita yang bukan sesiapa. Astaghfirullahal'azim..
Apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya..
Berilah peluang kepada diri sendiri dan orang lain. Kita hanya seorang pelayar yang melayari bahtera dan mengutip amalan-amalan kehidupan di dunia ini sebelum kita menuju destinasi yang kekal abadi. Manusia boleh berubah kalau manusia itu berubah kerana Sang PenciptaNYA. Jangan sia-siakan pengorbanan serta keikhlasan diri sendiri atau pun orang sekeliling. Salam Kemaafan dari insan kerdil ini. Wassalam..
8 Comments
wah..penceritaan yg menarik..:) well..yup..kita harus selalu mempraktikkan 3 perkara dalam hidup ni agar kita always hidup dgn gembira iaitu selalulah say sorry, thankful and berdoa..insyaAllah..hidup kita akan lebih bermakna...aminn..;)
ReplyDeletesalam blog...cari2 gambar ramadhan nak post dlm blog, terserempak dengan blog bro. nice writing. smoga sntiasa jadi manusia yg slalu beringat. i'm following ur blog now. salam ramadhan~
ReplyDeletesalam.. for AmyAmelia : itu lah yg kite perlukan untuk muhasabah dan ketenangan diri..moga kite tergolongan d dlm kalangan yg dberkati Allah..InsyaAllah..
ReplyDeletecayalah mie..
ReplyDeleteadledash : salam.. tima kasih atas pndangan dan nasihat.. moga beri tujuk ajar..
ReplyDeletexainee : ala.. besa2 ja wey.. ngarut2 je tue..! hehe..~
ReplyDeletesama2 lah kita maaf memaafi. nk minta maaf bukan setakat hari raya je, but hari2. becoz kite xtaw bile kali terakhir kita akan sempat berjmpa dgn seseorg dan melakukan kesalahan pada die.. sentiasa ambik kesempatan utk memohon kemaafan sbb ana pon pernah tak sempat memohon maaf kpd sesorg sebab die pergi terlebih dahulu dari ana :(
ReplyDeletesokong faizal murad! jgn sia2kan peluang yg ada ya.. sama2 kita memperingati sesama kita.. insyaAllah..
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)