Sesi Monolog Dalaman

Monday, September 28, 2009

Hari Raya Yang Biasa

Assalamualaikum w.b.t

28 September 2009. Eh dah balik shah alam pun. Adus begitu pantasnya masa meninggalku yang terpinga-pinga. Tak banyak sangat nak di cerita pasal raya tahun ni. Semua biasa ja. Sederhana. Persiapan pun ala-kadar. Ingat raya tahun ni dah tak mau beli baju raya. Tetapi memandangkan adik dan abangku mempunyai baju baru, lantas nafsu serakah dan kejelasan memhantui diriku walaupun hantu tiada pada bulan ramadan ketika itu. 2 hari sebelum raya aku pun cuba mengshopingkan diri walaupun ku sedari aku tiada kemampuan ke arah itu. Maka, aku terpaksa membuat loan terhadap abangku sendiri. Ala, kira duit raya la noh. Hehe~ Dan di bawah inilah hasilnya..



Gambar ditangkap di pagi hari raya. Sebelum pergi solat aidilfitri. Kenapa warna coklat? Hemm, i like brown! :-) Banyak baju aku yang kaler coklat. So balik dari sembahyang hari raya, bermaaf-maafan dengan mak ayah dan adik beradik semua.


Bersama siblings. Ada yang tak ada dalam gambar ni. Aku pergi beraya 2 buah rumah je tahun ni. Tu pun pergi rumah member yang terdekat. Selebihnya aku duduk rumah. Bagi duit raya kat budak2. Macam tu la hari raya aku. Kemeriahan kurang terasa bagiku. Ye la raya ni kalau budak2 memang best sangat la kan. Ni dah tua bangka dah. Hehe~ Duit raya pun mana dapat dah.

Raya keenam baru pergi beraya rumah sepupu sepapat. Kat bawah ni bersama sepupu aku.



Rasanya entri ni yang ni je la aku nak cerita. Ada lagi nak cerita for the next entry. Okey Selamat Hari Raya semua.. (boleh ucap lagi, raya kan sebulan)

No comments: