Juadah Ramadhan
September 03, 2009Dah lama rasanya tak update blogku ini. Last saturday aku balik berbuka puasa bersama famili tercinta. Memang saat paling manis apa kesempatan itu terlaksana. Aku rasa berbuka puasa bersama famili lah yang paling baik dan tepat. Maksud aku di sini kadang-kadang kita jarang berkesempatan makan bersama famili pada hari-hari biasa. So bila time bulan puasa lah moment itu akan kembali menjelma. Alangkah ruginya kalau kita tak ambil kesempatan ini. Banyak rahmat dan hikmahnya kalau kita menghayatinya.
Alhamdulillah.. Aku dapat merasakan saat itu. Ini kerana kita masih belum tentu akan dipertemukan dengan ramadhan yang akan datang. Moga kita dipanjangkan umur. InsyaAllah..
Seperti biasa la bulan ramadhan yang mulia ini tak sah kalau tak diserikan dengan bazaar ramadhan. Keterujaan untuk pergi ke bazaar tu kadangkala mengatasi untuk membeli aneka juadah yang dijual. Orang kata bulan puasa lagi habis banyak duit. Dan aku akui memang betul pun. Kalau pergi beli makanan tu paling-paling murah pun mesti RM10 la melayang. Tak mengapa la kalau untuk membeli makanan kan? Tapi agak-agak la jangan sampai membazir.
Makanan yang paling diidam-idamkan apabila menjelang ramadhan. Makanan ni kalau tak ada tak sah. Kalau aku la. Tak lain dan tak bukan ialah...
Ni dia... popia basah... Mahupun popia goreng... Hantam serupa... Hehehe~
And also...
Ayam percik...
Dua makanan ni memang wajib la kena ada... So tiap-tiap hari memang tak melepaskan peluang la pergi bazaar ramadhan tu. Kadang-kadang bila pergi bazaar ni, terjumpa la kawan-kawan lama, cikgu-cekgi, aweks lama ( hehehe ) and so on.. Standet la tu.. Aku pun baru balik bazaar ramadhan seksyen 2 ni. Orang tak yah cakap la.. Memang lautan manusia. Ok la nak prepare berbuka. Selamat berbuka semua. Salam...
2 Comments
wah...sedapnya ayam percik tu...salam kenal
ReplyDeletesalam perkenalan..:)
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)