Ketidakpuasan Hati
September 13, 2009assalamualaikum w.b.t
tujuan entri ini adalah untuk melahirkan dan menzahirkan ketidakpuasan hati aku berkenaan dgn fb yang aku post sebelum ni. banyak feedback yang aku dapat. ada positif dan tak kurangnya negatif. first thing first, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. apa yang kita buat, perbetulkan nawaitu. ikhlaskan niat kita ke arah itu. kat bawah ni antara feedback yang aku dapat dari sesetengah member:
"ala ko buang je la laptop ko tuh! sume tuh brand Yahudi.."
ada lagi...
"abis ko tak yah la erk pakai google.. kan produk diorang tuh.."
ada jugak...
"banyak la brand diorang, tu tak kira makanan lagi.. camne?"
antara komen-komen yang aku dapat. terima kasih sebab bagi pandangan. dan aku cuba menjawab mengikut kemampuan dek akal dan pengetahuan aku. kalau rasa salah, sila tegur or tambah ya..
::~:: mengenai brand, memang tak dinafikan di sini. kita memang tersempit dan terhimpit. memang apa yang kita guna dan pakai seharian mostly from them. kadang-kadang tak tahu pun. dengan kata lain, kita tergolong dalam golongan yang teraniaya.. tapi, kita kena berusaha. berusaha mencari jawapan. maksudnya kalau kita memang tak tahu itu barangan from US or whatever its okay. tapi for the certain people yang tahu & buat-buat tak tahu itulah yang paling bahaya. tapi tak pernah siapa peduli dan ambil berat pasal ni. dulu waktu Palestin diserang Israel kita lantas memboikot barangan diorang ( aku dah post pasal ni ). tapi kenapa kita tak teruskan? barangan yang diperbuat oleh orang Melayu sendiri ada kualitinya. tapi berapa ramai yang nak try? nak cuba? macam KFC, kita dah buat pun. RFC ( Radic Fried Chicken). memang kalau ikutkan pasaran memang la tak sepopular KFC. tapi kita patut bangga dengan produk kita. produk kita mampu bersaing. insyaAllah. masalah orang Melayu kita especially Islam is kita tak nak bersatu! kalau kita tak mulakan semua ini, siapa lagi?
::~:: mengenai produk seperti laptop pula, kita sedia maklum apa yang ada di pasaran Malaysia memang kebanyakan produk daripada mereka. ada juga brand from Asia. tapi kita lebih cenderung kepada barangan mereka. why? promosi secara besar-besaran yang dilakukan. dari dulu lagi brand mereka di yakini disebabkan promosi ini. kualiti memang terjamin. dan kita negara Islam tidak diberi peluang ke arah itu. begitu juga dengan search engine yang paling popular google. all these things from them. but like i say, we have limited option of that. but trying the best to prevent it.
::~:: mengenai fb pulak. rasa-rasanya banyak lagi laman sosial yang lain yang boleh kita join. rata-rata ditanya, kenapa join fb ialah nak cari kawan. kawan lama, baru, senang nak berhubung & so on.. tapi again, we have another option. banyak lagi laman sosial yang boleh kita join. so aku ada terjumpa laman sosial made 100% of malay. www.myrakan.com dan www.yoouth.com apa kata kita cuba beralih ke situ. apa alasan anda? memang la tak secanggih dan sebest fb barangkali. but it still can making a lot of friends. macam fb ni dah terang lagi bersuluh. sudah nyatakan terang-terangan dalam majalah AL-ISLAM September 2009. cuma yang lain maybe ada relatednya ( macam tagged, myspase, friendster ). tapi tiada bukti menjurus ke arah itu. insyaAllah i'll find it.
::~:: benda-benda macam ni terlalu subjektif untuk dibincangkan. tapi yang mana boleh buat, cubalah dan perbaiki ke arah yang lebih baik. mengikut kemampuan diri. kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. sebagai makhluk kita tak akan mampu menyukakan hati semua orang. orang yang ikhlas hanya ada 1 Tuhan untuk dijaga dalam hidupnya. orang yang tak ikhlas punya ramai 'Tuhan kecil' untuk dijaga. hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah. apa guna disuka orang dibenci Allah? sukanya tak memberi manfaat. bencinya tak memberi mudarat..
::~:: mencari kebenaran itu bukan sesuatu yang mudah untuk di laksanakan. manusia ingin mencari kebenaran, tapi usahanya tiada. terima kasih jugak yang bersetuju dan memberi komen yang positif. aku hargai.. tapi apa yang kita tahu, kita kongsi.. ini kerana ilmu itu bukan hak kita hakiki. semuanya datang dari Allah SWT.. Wallahu' alam..
*note : sekiranya ada salah, sila beri tunjuk ajar dan panduan!
ada jugak yang membantu supaya delete fb dengan mempromosikan web blog aku. terima kasih untuk wan nur aminudin atas usaha anda itu. aku hargai! :-)
5 Comments
mmg susah nak berubah..
ReplyDeletesebab dah kebiasaan..
pada aku sebelum kita duk sibuk..
boikot israel.
baik kita ajak saudara kita ikut jalan yang benar..
sebab rata2 sekarang nie ramai lagi yang buta agama..
jika mereka amalkan Islam yang sebenar..
baru mata hati boleh nampak kebenaran..
yup! benar.. like ur statement 'mmg susah nak berubah.. sebab dah kebiasaa..' itulah yg dnamakan perubahan.. keluar dr kepompong 'kebiasaan' tu.. bkn kata diri ini totally berubah.. NO! Tidak sama sekali! cuma ingat mengingat sesama ummat.. insyaAllah..
ReplyDeletemengenai ajak saudara ke jalan yg benar 1 perubahan juga. baguslah.. mmg kita kena senantiasa berpesan2 pd kebaikan.. tp yg plg penting ingt dri sendiri terlebih dhulu.. hidup ni suatu jihad! sama2 kita memperbaiki dri sendiri ya.. thanks ats pndangan..:)
Salam...
ReplyDeleteDemi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal salih serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Terjemahan surah Al-Ashr)
Sesungguhnya usaha yang sedikit itu lebih baik daripada tiada usaha langsung.
Wassalam
wsalam..
ReplyDeleteya betol! thanks.. itulah yg disukai oleh Rasulullah SAW.. buat sikit sesuatu pekerjaan tu tapi berterusan.. insyaAllah..~
pernah cuba..tp xberjaya..
ReplyDeletehuhu..
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)