Rentetan Pemergian Ayahanda Tercinta Menghadap Ilahi [Part 1]

April 18, 2011


Assalamualaikum w.b.t

Keresahan. Kerunsingan. Hati tidak tenang. Jiwa tidak tenteram. Aku akui perasaan ini hadir seminggu yang lepas. Pada minggu-minggu terakhir semester. Terlalu banyak perkara perlu diselesaikan. Mengejar masa. Tekanan berada di puncak.

16 April 2011 : (8.15 malam)

Menerima panggilan telefon daripada kakakku di kampung.

"Ayah masuk hospital."

"Eh, sebab apa kak?"

"Tadi ayah merungut sakit dada, sakit perut. Jadi kak bawak pi klinik UUM. Tapi klinik bawak ayah naik ambulans pi Hospital Jitra. Serangan jantung."

"MasyaAllah. Lepas tu macam mana? Semua okey ka? Serius ka?"

"InsyaAllah okey. Tak serius sangat. Jangan risau."

Perbualan dengan kakakku berakhir di situ. Memang menambah kerisauan yang telah sedia ada. Sangat. Di samping berdoa di dalam hati yang semuanya baik sahaja. InsyaAllah sangat berharap begitu.

Meneruskan Final Year Project aku yang terbengkalai. Meneruskan tugasan yang bersisa tanpa memikirkan sebarang kemungkinan yang berlaku. Lagipun perbualan dengan kakakku tadi hanyalah perbualan biasa. Perbualan yang ada nada gurauan. Ah, kami terlalu faham ayah kami. Tidak pernah merungut. Tidak pernah mengeluh. Kalau sakit, "tak ada apa-apa ni." Begitulah yang selalu dipertuturkan. Maka, aku anggap ayah aku hanya sakit sakit biasa walaupun serangan jantung.

Harap semuanya baik-baik sahaja. InsyaAllah.

17 April 2011 : (3.05 pagi)

Badan terasa sangat letih. Tetapi keletihan otak tetap merajai. Mungkin perlu merebahkan badan setelah hampir 30 jam tidak tidur. Siapkan tugasan di fakulti semalaman. Berada di fakulti dari pukul 9.00 malam hingga 6.30 pagi. Alhamdulillah berjaya juga siapkan. Rebahkan diri. Rehatkan mata. Badan jugak perlu rehat yang cukup.


17 April 2011 : (4.00 pagi)

Memang aku tidak duga panggilan ini. Aku jawab antara sedar dan tidak. Suara emak aku dari corong telefon. Sebuah ayat yang buat aku menggeletar. Seluruh jiwa.

"Ayah dah tenat."

MasyaAllah. Aku terpana. Dalam hati tidak putus-putus berdoa. Semuanya akan seperti sediakala. Ayah akan sembuh. Ayah tak ada apa-apa. Ayah sakit sikit je tu. Ayah sihat. Nanti ayah keluar dari hospital la tu.

Harapan demi harapan positif terus dihamburkan. Hati makin resah. Aku bukak lampu bilik. Aku keluar bilik. Aku masuk kembali. Semuanya serba tidak kena. Tidak menentu. Sebu. Bagaikan orang kena sawan. Tidak tentu arah.


17 April 2011 : (4.27 pagi)

Mendapat panggilan telefon. Tertera nama kakakku di telefon bimbit. Sebuah ungkapan keramat yang aku akan ingat sampai bila-bila. Yang akan aku kenang hingga akhir hayat. Dan sebuah ungkapan ngeri yang aku langsung tidak mahu mendengar.

"Ayah dah tak ada..................."






*hilang kata-kata*




*****************************************





Suara menggeletar dan tangisan yang sangat esak. Masa seakan terhenti. Telefon bimbit jatuh dari genggaman. Degupan jantung juga semakin laju. Selaju air mata yang mengalir. Tumpah sederasnya. Masakan tidak percaya. Serius aku memang tak dapat terima hakikat yang perit ini. Ketika ini. Di saat ungkapan keramat itu meniti dan menusup di telinga. Sejurusnya sebuah panahan tertusuk ke dalam jantungku.

Aku terpaku dan dah tak mampu kata apa-apa lagi. Dalam kepala, aku kena pulang dengan kadar segera. Lantas, aku hubungi sahabat-sahabat yang terdekat denganku. Seorang sahabat datang mententeramkan aku dan seorang sahabat lagi dalam perjalanan. Tiada lain, aku perlu naik kapal terbang walaupun aku tahu kewangan sangat tidak stabil. Tapi aku harus cepat.


17 April 2011 : (8.30 pagi)

Di Lapangan Terbang Subang. Aku berlepas 8.30 pagi. Dijangka sampai Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar pukul 9.40 pagi. Melihat gumpalan awan merentasi dada langit, menyedarkan aku akan kekuasaan Allah SWT. Subhanallah. Betapa kerdilnya hambaMu ini. Betapa lemahnya hambamu ini. Kau berhak menentukan apa sahaja Ya Allah. Perancangan Engkau adalah terlalu sempurna walaupun hakikatnya sukar diterima. Antara tidak sedar, air mata merembes keluar lagi.


17 April 2011 : (10.00 pagi)

Adik aku datang menjemput. Dalam kepala mahu segera sampai rumah. Kali terakhir aku jumpa ayah 2 bulan yang lalu. Ya Allah, aku mahu tatap wajah manusia yang sangat berbakti pada diri. Tapi harus uruskan sijil kematian dahulu. Bergegas ke Jabatan Pendaftaran Negara. Sebagai jasa terakhir aku kepada arwah ayah.


17 April 2011 : (10.30 pagi)

Saat yang begitu sukar dalam hidup. Sampai rumah. Halaman rumah sudah dipenuhi manusia. Melangkah longlai menuju pintu utama rumah. Ramai mata memandang. Aku adalah adik-beradik terakhir yang tiba. Aku seperti tidak berpijak pada bumi yang nyata. Di awang-awangan. Disambut dengan wajah sebam kakakku. Abang aku sambut beg aku yang entah aku campakkan di mana. Dan di saat ini jugak emosi meruntun dengan terlalu drastik. Ya Allah, hiba dan pilu itu tertaut dengan sangat kuat. Sukar lagi mahu memperlihatkan ketabahan. Aku insan yang lemah. Ketabahan memang dicalar waktu itu jugak. Cuba ditenteramkan oleh abang dan kakak.

Masih belum melihat jenazah. Arwah ayah yang terbujur kaku di ruangan dalam. Kurang dari 10 langkah. MasyaAllah sesungguhnya aku tidak berdaya untuk ke sana. Sungguh. Rebah tidak terkata.





Terkilan.







*********************************


(Terpaksa berhenti menaip. Meraih kekuatan. InsyaAllah bakal disambungkan)



You Might Also Like

80 Comments

  1. kelu membaca.

    berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. semoga terus tabah.

    ReplyDelete
  2. kata orang...
    berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...
    kami hanya boleh menasihat dan mengingatkan...
    tetapi kami takkan boleh membayangkan apa yg anda lalui...

    akan tetapi masih kami ingin memberikan kata-kata...
    kata-kata semangat tanda anda dalam ingatan kami...
    kata-kata semangat supaya anda terus tabah...
    tabahkan hati dan teruskan hidup ini!!!

    ReplyDelete
  3. la tahzan,sabar byk dan berdoa kpdnya kerana sabar itu cantik...

    Nak tanya lagu sblm ni apa tajuk...lagu tu mcm beri semangat...

    ReplyDelete
  4. al-fatihah .
    m0ga r0h nya dicucuri rahmat .
    yang hid0p tetap mati . saba ye .
    takziah ~

    ReplyDelete
  5. takziah Hami Ashraff....
    banyakkan bacaan Yassin...
    moga ruang kosong dalam hati dipenuhi dengan ayat-ayat dariNya...

    ReplyDelete
  6. semoga saudara hami sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan dari ALLAH.... Insyaallah.

    ReplyDelete
  7. innalillah...sabar...dan trus bersabar...Allah syg hambanya yg terus bersabar...smoga trus dpt kekuatan...insyaAllah..

    ReplyDelete
  8. Innalillah...
    Takziah Kepada Keluarga..
    Bersabar, Allah syg hambanya yg terus bersabar...Al Fatihah..

    ReplyDelete
  9. semoga terus beroleh kekuatan hami.
    alfatihah untuk arwah ayahanda kamu.

    ReplyDelete
  10. takziah hami....air mata turut mengalir, sedih

    ReplyDelete
  11. Pergi tak kembali...hanya doa yang mengiringi roh ayahanda ke alam sana...yang tinggal hanya kenangan dan kasih-sayangnya yang kekal abadi dalam sanubari...Takziah untuk saudara Hami...Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  12. Semoga saudara Hami Asraff terus tabah. Moga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Salam takziah. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  13. anda kuat,insyaallah anda dpt harunginya

    al fatihah

    ReplyDelete
  14. takziah hami.sedihnya Ya Allah....

    ReplyDelete
  15. harap bersabar ya..
    semua ni lumrah hidup.
    tabah menghadapi segale dugaan okey(:

    ReplyDelete
  16. banyakkan bersabar...
    ini semua dugaan Allah kepada umatnya....

    ReplyDelete
  17. banyakkan sabar hami..
    kn kuat..
    redha dengan ketentuan Allah..

    ReplyDelete
  18. Takziah di ucapkan.moga sabar selalu

    ReplyDelete
  19. Takziah ye,moga tabah selalu

    ReplyDelete
  20. takziah hami..semoga hami terus kuat dan tabah.
    mengalir air mata tatkala bca entry ni mungkin tidak seteruk perasaan hami.
    tabah lh hami!

    ReplyDelete
  21. saye menangis bace cerita awak..
    teringat ayah kat kampung yg x sihat...
    erm..x sanggup rasanye nak menghadapi kehilangan...
    bersabar ye...
    takziah..

    ReplyDelete
  22. to bro hami :
    sabarlah bro, dugaan ini sangat hebat, kelak kau akan tahu hikmah yang kita tak ketahui..

    sabarlah....Allah sayang pada orang-orang yang sabar

    ReplyDelete
  23. akh asraff, banyak besabar..setiap yg hidup pasti ada yg akan pergi... amalan anak adam terhenti bila sampai ajalnya kecuali 3, salah satunya adalah doa anak yang soleh... doakan ayah abg mendapat rahmat Allah...isnyaAllah

    ReplyDelete
  24. Bergenang air mata baca entry ni.. moga hami kuat.. insyaAllah dipertemukan dengan ayah didalam syurga kelak.. dunia hanya sementara..yang kekal akhirat.. tabahkan hati.. semoga terus kuat atas pelbagai dugaan dari Allah..

    ReplyDelete
  25. Alfatihah...saya faham perasaan awak sebagai anak yang terakhir sampai, anak yang duduk berjauhan dari keluarga.kita serupa....semoga tabah..

    ReplyDelete
  26. takziah hami..be strong dan banyakkan bersabar. saya pernah di tempat kamu dan saya rasa apa yg kamu rasa. harus kental ya. ada hikmah tuhan ambil dia.we're always here to support you.harus kuat ya! =)

    ReplyDelete
  27. saya harap kamu akan sentiasa tabah. banyakkan berdoa.

    ReplyDelete
  28. salam...mengalir airmata ini membaca entry anda..sedih...entry ini berjaya meruntun jiwa..

    la tahzan...moga anda kuat dalam melalui hari yg mendatang, sedekahkan surah yassin...doa anak yg soleh mcm anda pasti mengembirakan dia disana...

    wassalam..
    mulakan harimu dengan senyuman terindah :)

    ReplyDelete
  29. salam takziah hami. semoga tabah ya.

    ReplyDelete
  30. -maaf..saya turut mengalirkan air mata..pengalamn ini saya pernah rasai ketika berumur 12 tahun dulu..hati sangat sakit..sukar mempercayai..tp untuk awak, saya tahu dalaman awk kuat..

    ReplyDelete
  31. Innalillah wa inna ilaihi rojiun~
    Hidup seorang pelajar memang tidak lari daripada cabaran dan dugaan dunia dan akhirat.. Ak sering memikirkan apa tindakan yang perlu ak buat sebagai persiapan apabila menerima panggilan kematian suatu hari kelak.. Persiapan jiwa dan mental amat penting lebih-lebih lagi apabila kedudukan ak yg berjarak 6 ribu KM dari bumi Malaysia..

    Moga Allah memanjangkan usia seluruh ahli keluarga ku.. Dan semoga Allah membantu keluarga bro dalam menghadapi dugaan-Nya..

    Teruskan perjuangan bro..
    Banyakkan berdoa kerana doa anak yang soleh insyaAllah dapat membantu meringankan beban arwah..

    ReplyDelete
  32. moga roh dicucuri rahmat.
    bersabarlah.
    setiap yg hidup akan 'pergi' juga.
    hanya masa nya bila sahaja kita tak tahu.

    tabah.

    ReplyDelete
  33. stiap manusia akan menghadapi pemergian insan tersyg... smoga diri kmu tabah kerana sy juga pernah mghadapi perkara yg sm... bykkn sedekah fatihah moga arwah tenang di'sana'... kmu mmg sudah bersedia utk itu kern ALLAH akan menguji hambaNya sesuai dgn kemampuan hambaNYA....

    ReplyDelete
  34. salam...
    takziah...
    Allah lebih sygkan arwah...
    la tahzan ya...

    ReplyDelete
  35. hami.. semoga hami kuat menghadapi dugaan besar.. sumi paham perasaan itu.. sumi juga pernah merasakan hal yg sama bila arwah adik pergi meninggalkan kami sekeluarga.. sama2 kita sedekahkan al-fatihah buat ayahnda hami..

    ReplyDelete
  36. terdiam. mata berkaca. boleh rasa macam turut kehilangan juga.

    takziah.
    dariNya kita datang, padaNya jua kita kembali.
    semoga doa terus menghubungkan kalian hingga bertemu lagi di alam sana.

    kuatkan semangat !
    dia & Allah pasti selalu bersamamu.

    ReplyDelete
  37. salam takziaz buat sdr hami sekeluarga. runtun jiwa, pilu hati baca post ni. teringat ayah kt kg.

    semoga tabah hadapi dugaan.

    ReplyDelete
  38. Allahuakbar..
    melalui tulisan sdara pon sy dpt rasakn kesedihan yg amat..x dpt nk dbygkn jka berlaku pd sy..
    semoga Allah menempatkn roh ayah sdare dlm kalangan org2 yg soleh..aminn

    ReplyDelete
  39. takziah. i cried. saya faham perasaan saudara kehilangan ayah sebab saya pun masih tidak dapat menerima hakikat kehilangan the best man dlm hidup saya hingga kini. kasih sayangnya masih segar dalam diri saya. semoga saudara tabah.

    ReplyDelete
  40. innalillah ,
    bersabar yea abg :)
    setiap insan pasti akan pergi .
    i know its hurt and its hard .
    and u need time .
    go on abg :)
    if u wanted to cry .
    just cry , if bende tu can make
    u relieve .
    even for a second of your life .
    walaupun i dnt knw you and
    even you dont knw me .
    but , im praying for yours :)
    semoga roh ayahanda mendapat tempat disisi allah .
    amin ya allah .

    ReplyDelete
  41. salam takziah hami...

    semoga Allah memberi 1000 kekuatan buat hami sekeluarga dan teruskan kehidupan hami..

    saya juga punya pengalaman yg sama,kehilangan ayah, ketika adik2 masih kecil, ketika saya masih perlukan sokongan ayah, tetapi saya sedar hidup ini perlu diteruskan...

    teruskan perjuangan hami untuk terus menjadi anak yang soleh buat arwah ayah..

    ReplyDelete
  42. Sangat memahami situasi kamu.
    Tiada kata yang dapat di ungkap melainkan SABAR dan REDHA.
    Sesungguhnya perancangan Allah adalah sangat hebat.
    Berdoalah. Itu sahajalah kekuatan bagi segala kelemahan.

    KAMU SANGAT KUAT, HAMI! PERCAYALAH.

    ReplyDelete
  43. takziah buat bro hami..;(
    hanya Allah yg tau kesedihan yg ditanggung..semoga dberi kekuatan kpd seluruh family utk hadapi hari2 mdtg..smoga rohnya dtempatkan dalam kalangan org biman..aminnn..

    ReplyDelete
  44. Cik rimau faham ape yg penulis rase.. cik rimau pernah lalui situasi same.. dah la 2 minggu lg nak puasa.. anak angkat arwah abah pulak saja je nak cepat2 kebumikan abah walaupun dah tau cik rimau dah dekat nak sampai.. dorg saje taknak tunggu cik rimau.. mujur sempat sampai.. tp yg pasti tarikh and peristiwa yg jd pd haritu, memang takkan pernah padam dr ingtan cik rimau.. cik rimau harap penulis dpt bersabar.. Allah sentiasa brsama hambaNya yg sabar.. jgn sedih2 ye..

    ReplyDelete
  45. sayu..bergenang air mata saya baca...saya yang maseh mempunyai abah selalu tanak pikir pasal ni.. saya terlalu sayangkan abah saya.

    Ya Allah, berilah ketabahan kepada awak..

    ReplyDelete
  46. takziah eh hami. green terkilan sebab green tak sempat jumpa arwah abah green. green dah mohon cuti mase tu, nak jumpe arwah. tapi tak sempat. mase green sampai, abah dah dikebumikan.
    same2 kite doakan supaya Allah swt memberikan tempat terbaik pada abah green, ayah hami. aminnnn..

    ReplyDelete
  47. saya pun x tahu samaada saya boleh kuat kalau ini yang menimpa saya. tak mahu berkata lebih memberi ayat2 yang saya tahu tak akan seberapa membantu. cuma saya pesankan pada hami {2:286}

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum..

    akak baru follow blog awak..dan baru tau ttg kehilangan org yg tersayang..akak dpt rasakan apa yg awk rasa..ujian kehilangan org tersayang adalah ujian yg paling hebat dlm hidup..tp ingatlah,Allah tidak akan mnguji hambaNya,melainkan hamba itu mampu menghadapinya kerana Allah tidak pernah zalim,Allah Maha Adil..i.allah,awak kuat utk menghadapinya..ada masa lawat blog akak yg x seberapa..
    -salam ukhuwwah-

    ReplyDelete
  49. tabahkan hati awak... sedeyh baca entri ni....

    ReplyDelete
  50. Be Strong!! kamu boleh menghadapinya dengan tabah....

    ReplyDelete
  51. tabahkan hati..

    mungkin itu yg terbaik utk ayah saudara, Allah maha mengetahui

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  52. al fatihah utk arwah.

    hami, be str0ng.. banyakkan bace ayat2 suci utk beliau.

    ReplyDelete
  53. salam takziah.

    ujian yang datang kerana Allah sayang. Allah tahu anda telah bersedia mengahadapi saat2 begini. Ingat janji Allah. doa anak yang soleh mampu membawanya ke syurga.
    kehidupan arwah di sana adalah lebih baik.

    saya pernah lalui saat2 ini 21 tahun dahulu. moga saudara kuat untuk teruskan kehidupan yang mendatang

    ReplyDelete
  54. Hai Hami Asraff..

    Redha dgn ketentuanNya yer.

    Nice entry. u mmg ckup tabah. sy jg sm mcm u. pnh lalui ujian ni. sy sndri xdpt lg nk entry post situasi nih walapun dah setahun dan ade request dari readers.

    -Kuatkan iman. U bule jadi giler kalau tak kuat iman.-
    :)

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum..
    terkedu membaca...
    al-fatihah buat arwah ayah,moga roh ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Insyaalah..

    ReplyDelete
  56. salam...takziah untuk HA sekeluarga.Allah lebih menyayangi arwah.dariNYA kita datang,kepadaNYA jua kita kembali..semoga tabah menghadapi dugaan ini.al-fatihah

    ReplyDelete
  57. salam..

    sayu hati membaca..

    redhalah n semoga Allah berikan kesabaran..Sabar itu sgt2 INDAH.

    semoga arwah ayah saudara ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amin..al fatihah

    ReplyDelete
  58. salam..saya pcaye hami asraf anak yg soleh..anak yg taat...anak yg selalu mendoakan utk org tuanya...saya pcaye..hami asraf anak yg tabah...seorg abg dan adik yg mampu memberi semangat kepada ahli keluarga yg lain..akhlak yg baik..ilmu yg ade..adalah dari didikan yg sempurna dari mak abah hami asraf...truskan truskan nilai2 akhlak yg baik..pcayer la Allah sentiasa bsama2 kamu..kami kawan2 doakan kebahagiaan dunia akhirat... semoga ditingkatkan keimanan dan ketaqwaan...

    ReplyDelete
  59. Salam alaika...
    Sebak terasa ketika membaca entry nie...semoga saudara tabah menghadapi ujian hidup...Yang pergi biarkan pergi...ape yang penting doa anak yg soleh sentiasa mengiringi pemergian ayahanda saudara...
    Allah tidak akan menguji melainkan kemampuan hambaNya sendiri...

    ReplyDelete
  60. salam..

    sangat sayu dan sedih membaca entry nie..sy hrp hami bykkn berdoa dan bersabar..insyaAllah doa anak yang soleh itulah selalu diimpikan oleh kedua ibubapa..semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman..amen..

    ReplyDelete
  61. ya Allah, menitis air mata ini.
    x dpt bayangkan tika tiba saat ini.
    saat pemergian insan tersayang.

    saya yakin, saudara Hami seorang yang tabah.

    semoga arwah ayah saudara dipayungi rahmat Allah. ~

    ReplyDelete
  62. salam....takziah hami asyraff..semoga roh Ayah kamu ditempatkan bersama-sama orang beriman ameen...

    ReplyDelete
  63. ni entry kedua pasal kehilangan ayah tercinta yang aku pernah baca. kesedihan dikongsi walau kau dan aku saling tak kenal realitinya.

    entry pertama di blog penaberkala.blogspot.com

    ReplyDelete
  64. salam takziah...
    sangat sedih mbaca kisah ni...
    semoga tabah menhadapi hari2 mendatang...

    ReplyDelete
  65. salam takziah utk hami sekeluarga...
    semoga roh arwah ditempatkan dalam golongan org2 beriman dan beramal soleh... Al-Fatihah...
    semoga saudara hami terus kuat menghadapi hari2 mendatang...

    ReplyDelete
  66. Takziah..
    Alfatihah..muga arwah ayahanda kamu ditempatkan dikalangan insan yg beriman

    ReplyDelete
  67. assalamualaikum

    salam takziah buat akhi Hami sekeluarga.

    AL-FATIHAH.

    ReplyDelete
  68. salam Hami.dugaan itu menguatkan hati kita..same situation with me, now my father is at hospital and me cannot go back because of the final and projects..

    sama2 doakan ayah saya, utk Hami, semoga tabah :)

    ReplyDelete
  69. mata bergenang membaca penulisan saudara kali ini. semoga bersabar. insyaAllah akan berdoa supaya roh ayahanda saudara berada dikalangan orang orang yang beriman. Al-fatihah..

    ReplyDelete
  70. Assalamualaikum..mungkin saudara Hami ade bace komen saya sebelum ni, ayah saya dimasukkan ke hospital..
    Isnin lepas bersamaan 2 Mei, ayah sy telah mengadap ilahi..sama kes mcm saudara Hami, xsempat berjumpa kali terakhir dgn org yg membesarkan kita amatlah berat utk ditanggung.

    Al-Fatihah untuk arwah ayah

    ReplyDelete
  71. Sabarlah bro... sy sndr sedih membaca catatan awak. sy dan adik beradik yg lain masih tidak mahu memikrkan yg kami juga akan kehilangan ayah dan mak kami. hanya masa menentukan sama ada cepat dan lambat. Tetapi sy selalu berdoa 'Ya Allah janganlah amik nyawa ibu bapaku sebelum smpt aku membalas jasa2 mereka. Berikanlah aku kesempatan utk berbakti kepada mrk.'

    ReplyDelete
  72. salam..air mata bergenang ketika membaca penulisan abg hami itu..bersabarlah..semoga roh ayahanda abg hami berada dikalangan orang orang yang beriman. Al-fatihah

    ReplyDelete
  73. Saat ini aku begitu lelah, dan sekarang saat ini saya sudah mendapat beberapa bersantai melihat ini video YouTube lucu , terima kasih, keep it up.

    ReplyDelete
  74. Percaya lah saudara,saya juga mengalami rasa yg sama.Tp saya sgt yakin ayahanda saya aman dan bahagia di sana.Begitu juga lah buat ayahanda saudara Hami.Raut wajahnya sudah cukup menyatakan peribadi dan sikap ayahanda saudara.Sama2 lah kita berdoa agar roh2 para penyelamat nyawa kita ini akan bahagia dan baik2 saja di alam sana.InsyaAllah..

    ReplyDelete
  75. Sebenarnya tidak peduli jika seseorang tidak tahu setelah itu sampai kepada pengunjung lain bahwa mereka akan membantu , jadi di sini itu terjadi.

    ReplyDelete
  76. Tiba-tiba terasa ingin membaca post-post lama Hami.Terhenti pada post ini yang sangat menyentuhhati.Semoga En.Hami sentiasa tabah & moga roh ayahanda sentiasa dalam rahmat Illahi.Doa anak yang soleh sentiasa menjadi peneman untuk mereka yang tiada. :)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe