Manusia Terbaik Di Muka Bumi Pernah Dilahirkan. Tiada Tolok Bandingnya.

March 05, 2010


Assalamualaikum w.b.t

Dah beberapa hari aku tak update blogku ini. Oh aku mengalamai kebizian yang disengajakan oleh pihak Fakulti Kejuruteraan Elektrik yang secara sengajanya memaksa diriku untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Err, dengan kata aku ada Test. Test ialah ujian. Dan ujian ialah test. Dan apabila disatukan jadilah testiujian. (kesan daripada study)

Aku balik dari kampus tadi pun dah dekat pukul 2 pagi. Memang kalau musim test dan Final Exam sangat meriahlah acara study besar-besaran kat kampus tu. Fakulti aku la selalu amalkan. Fakulti lain tak tahu la pulak.

Hemm, aku nak cerita pasal apa ya. Oh sempena Maulidur Rasul lagi ni, aku nak share sesuatulah dengan para pembaca. Aku ini seorang yang suka menggooglekan diri. Aku suka cari 'The Most .... " Tak kisah la The Most apa. Janji ada The Most. Selalunya jenis-jenis yang macam ni boleh didapati dekat Forbes.

So dengan secara tak sengajanya aku taip la macam ni 'The Most Influential People In The World'. Memang senarai yang keluar tu seperti biasalah, sangat banyak. 9 Juta carian. Maka ada 100 yang tersenarai. Tapi aku senaraikan 10 sajalah.

  1. Nabi Muhammad SAW
  2. Isaac Newton
  3. Jesus Christ
  4. Buddha
  5. Confucius
  6. St. Paul
  7. Ts'ai Lun
  8. Johann Gutenberg
  9. Christopher Columbus
  10. Albert Einstein
Sumber di petik dari website ni : [link]

Nak tahu influence dari apa, kliklah link tu. Dulu aku pernah terbaca 1 artikel ni. Ada seorang pengkaji Barat yang beragama Kristian telah buat kajian dan analisis mengenai Manusia Terbaik Pernah Di Lahirkan Di Muka Bumi ini ialah tak lain dan tak bukan Nabi teragong kita iaitu Nabi Muhammad SAW. MasyaAllah.

So kena sangatlah dengan hari ni hari Jumaat, jom selawat banyak-banyak atas junjungan Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah ada manfaatnya pada Hari Pembalasan kelak.

Itu saja aku rasa untuk kali ni. Ambil sikit kesempatan nak update. Lepas ni kena continue study. Okey, selamat study kawan-kawan yang ada Test macam aku.

Wassalam ~

Post Script --> Kalau yang masih berminat nak join CONTEST di bawah dipersilakan.


You Might Also Like

15 Comments

  1. jgn ada kapel2 yg amek kesempatan k0n0n study sampai 2 3 pagi suda..
    besar-besaran la katakan...
    tapi bdk fke baik2 kan..insyaallah..
    all da best..

    ReplyDelete
  2. semua bdk u demam exm midterm hehe

    demam..demam..demam !!

    i LOVE Nabi Muhammad s.a.w :)

    ReplyDelete
  3. sharamli --> Itu sangat banyak okey! But not include me. Amboi FKE budak baek2. Promote nampak! Haha ~

    ReplyDelete
  4. ♥ suterakasih ♥ --> Tu la pasal. Demam tak kebah2 lagi. Jom sama-sama mencintai Nabi Teragong kita! :)

    ReplyDelete
  5. salam dari pak dogol..

    tersebut satu cerita ketika persembunyian Rasulullah saw yang ditemani oleh Abu Bakar ra di gua Hira'..

    dipendekkan cerita ketika Rasulullah saw terjaga dari tidurnya lalu dilihat Abu Bakar menangis dengan berlelehan airmata tanpa suara bimbang terganggu rehat Rasulullah saw..

    rupa-rupanya tangan beliau telah bengkak dipatuk oleh seekor ular bisa yang ditutup pintu lubangnya oleh Abu Bakar ra..

    lalu Rasulullah saw bertanya kepada ular tersebut..

    "mengapa kamu patuk tangan Abu Bakar wahai ular?"

    maka jawab ular..

    "sudah sekian lama aku menunggu kedatangan tuan ke sini..

    tetapi ketika aku mahu keluar untuk menjenguk wajah Kekasih Allah ini..

    lalu Abu Bakar menghalang ku..

    kerana itulah aku mematuk tapak tangannya kerana mungkin tiada lagi peluang bagi ku untuk menatap wajah tuan.."

    moral dari cerita ini..

    untuk menjadi terbaik maka kita mestilah memiliki para sahabat yang terbaik juga..

    muehehe!

    ReplyDelete
  6. a,aa ekin penah baca buku krgan org kristian
    nabi muhammad no 1

    lahirmu dijanjikan Allah
    membawa rahmat sekalian alam

    :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.

    semoga berjaya bro!
    hehehe.

    ReplyDelete
  8. hahahha...nice blog dude...
    btw,entry tue..ok la..
    cam biase la..
    kami dcnie stdy week still giler2x

    ReplyDelete
  9. sibuk exam ya... good luck dik

    nice n3

    ReplyDelete
  10. Rindu Baginda :(

    ReplyDelete
  11. pak dogol --> Wsalam Pak Dogol. Oh cerita yang best dari Pak Dogol. Thanks for sharing :)

    Norashikin Abdullah --> Oh yeke? Buku apa tu ya?

    Nurul Harun --> Thanks :)

    adikeica --> :)

    adzMie --> Student biasa la tuh.

    Riesna Zasly --> Thanks :)

    maCy --> Semua orang rindukan Banginda :)

    ReplyDelete
  12. lahirmu di janjikan Allah...
    bawa rahmat keseluruh alam...



    selawat dan salam ke atasmu baginda saw

    ReplyDelete
  13. saya suka ayat meng"google"kan diri. sebab saya juga suka bertanya dan memahami sesuatu (tapi kena berhati2)

    saya juga pernah baca buku 100 org paling berpengaruh di dunia sepanjang masa, no doubt memang Nabi Muhammad S.A.W


    ~ salam singgah

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe