Rindu Ayah

December 16, 2015


Hujan sangat lebat.

Dua tiga hari ni memang akan hujan lebat bila menjelang petang.

Sambil memandu, memori melayang jauh. Ada perasaan rindu yang ditahan-tahan. Ya Allah, aku terlalu rindu padamu ayah.

Hari ini genap 66 tahun kalau ayah masih ada di dunia ini. Hari ini tarikh lahir ayah. 16 Disember 1949. Ya "kalau". Kalau itu terlalu indah. Semua boleh dilakukan, semua perkara boleh diubah, tapi sayangnya 'kalau' itu hanya manis di pinggiran bibir, hanya indah di bayangan minda.

Balik rumah, lantas aku buka youtube dan cari lagu Ayah by Peterpan. Mungkin lagu ini boleh menjadi sedikit pengubat rindu di hati.



Ayah - Peterpan

Dimana akan kucari 
Aku menangis seorang diri 
Hatiku selalu ingin bertemu 
Untukmu aku bernyanyi 

 Untuk Ayah tercinta 
Aku ingin bernyanyi 
Walau air mata dipipiku 
Ayah dengarkanlah 
Aku ingin berjumpa 
Walau hanya dalam mimpi 

 Lihatlah hari berganti 
Namun tiada seindah dulu 
Datanglah aku ingin bertemu 
Denganmu aku bernyanyi


"Aku ingin berjumpa walau hanya dalam mimpi". Itu doa aku. Jika dapat bertemu ayah dalam mimpi mungkin dapat mengubat segala kerinduan ini. Untuk kalian yang masih punya ayah, sayangi, kasihi dan berbaktilah pada mereka. Jangan sesekali menderhaka. Kerna kita tidak tahu esok lupa mungkin mereka bakal meninggalkan kita semua.


AB HALIM BIN MD. DIAH (16 DISEMBER 1949 - 17 APRIL 2011)

Moga ayah tenang di sana. Al-fatihah.


You Might Also Like

7 Comments

  1. Kalau arwah masih hidup, yuyu yakin dia sangat bangga lihat encik hami sekarang..

    moga Allah izinkan encik hami bertemu arwah dalam mimpi.
    moga dia sentiasa tenang di sana. amiin..

    ReplyDelete
  2. banyakkan berdoa. semoga dapat mengubat rindu pada arwah

    ReplyDelete
  3. Moga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah. tidak terputus doa anak yang soleh untuk ibu bapanya yang telah pergi.

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah.. moga roh arwah di tempatkan dalam kalangan beriman. Tatkala rindu, bacalah risalah Allah dan sedekahkan pada arwah. Kerinduan itu pasti terubat :)

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah..rindu kita sama bro..

    ReplyDelete
  6. Moga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah.

    ReplyDelete
  7. Be strong. Allah takkan uji hambanya . Allah tahu kemampuan setiap insan yg diuji

    Nota kaki = i miss 'him'(arwah bapak)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe