Sultan Kelantan Yang Zuhud Dan Berjiwa Rakyat
August 14, 2012
Assalamualaikum w.b.t
Zuhud: Ar (bkn seseorang) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia; berzuhud mengamalkan sifat. zuhud: perbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang drpd melakukan dosa dan menjadikannya ~ dlm urusan dunia; menzuhudkan menjadikan seseorang zuhud: mereka hanya mahu ~ diri kpd Allah; kezuhudan sifat zuhud: cinta kpd IIahi terbit drpd ~ jiwanya.
Sumber: Di sini
Aku terjumpa satu post yang dikongsi di Facebook. Jadi aku cuba berkongsi di sini pulak. Perkara baik perlu dikongsi bersama. Moga manfaat itu kita sama-sama dapat.
Ma Sha Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:
Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.
Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.
Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.
Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.
Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.
Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.
Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.
Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.
Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.
Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.
Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia.
"Allahuakbar"
MasyaAllah sungguh rasa 'Sangat humblenya Sultan Kelantan ni'. Dia drive kereta sendiri ke surau/masjid. Tak ada pemandu pun seperti orang kenamaan lain. Moga Allah lanjutkan usia Sultan Kelantan ini, Sultan Muhammad Kelima. Amin.
*Semua gambar adalah ihsan Google.
Hami Asraff:
"Kita manusia sama sahaja. Bezanya cuma iman dan takwa. Dari tanah kita datang, dari tanah bakal kita kembali."
19 Comments
Assalamualaikum.
ReplyDeleteAmeen. Betul. sultan yang sangat dikasihi rakyat.
Proud to be kelantanese!
Thanks for this entry, Hami. :)
Wassalam.
proud to be kelantanese..ALLAHuakbar!!!
ReplyDeletesaya bangga menjadi rakyat kelantan :)
ReplyDelete*mohon share*
tak macam pemimpin besar yang lain.
ReplyDeletesemua nak layanan istimewa.
ambe baru terbca kisah tu dalam facebook.
sultan berjiwa rakyat.
kalo lah Hami jadi PM kan.
agak agaknya, bro nak berhidup mewah tak?.
ataupun kekal sederhana, dan segala kemewahan tu diberi pada rakyat.
ke pemimpin tertinggi di Malaysia ni ada protokol sendiri untuk kelihatan mewah?
ataupun, mereka biasa dibesarkan dalam keadaan mewah dan bagi mereka, hidup mewah mereka sekarang adalah norma " tak mewah ".
ReplyDeleteYup. Aku anak kelantan yang sekarang ni boleh berbangga dengan Al-Sultan dan Istana Air Mata. Alhamdulillah
ReplyDelete=)
ReplyDeleteMashaAllah :') sangat tersentuh dengan perwatakkan Sultan Kelantan ni.
ReplyDelete@[ Yuyu Atiqa ] Moga Allah panjangkan umurnya.
ReplyDelete@nor sabiha Sangat berbangga.
ReplyDelete@aisya SENSEI Silakan! :)
ReplyDelete@Syazwan Che Deraman Amboi soalan killer di situ. Susah nak jawab soalan yang ada 'kalau' ni. Hehe :D
ReplyDelete@khairul farhan Alhamdulillah.
ReplyDelete@Fizah Ibrahim Senyum tanda bahagia.
ReplyDelete@zafirahtajudin :D Moga semua Sultan mengikut tindak-tanduknya. InsyaAllah.
ReplyDeleteAlhamdulillah,doakan semoga Allah lanjutkan usia baginda dan Allah lanjutkan usia kita bersama.Mudah2an sempat kita melihat akan perubahan yg nyata mungkin berlaku.
ReplyDeletemudah-mudahan doa semua diterima Allah...amin...
ReplyDelete@Hami Asraff
ReplyDeleteameen ya rabb.
hami...akk letak link entry ni kat wall akak eh...syahdu jer baca..:)
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)