Saturday, August 18, 2012

Iklan Raya Petronas Vs Iklan Raya Bernas




Assalamualaikum w.b.t

Vs? Perlawanan? Oh tidak. Sengaja letak vs tu. Tak ada perlumbaan atau perbandingan pun kat sini. Dah ramai yang sudah berkongsi iklan-iklan ni. Aku pun nak la tumpang sekaki.


Iklan Raya Petronas



Kalau iklan dari Petronas memang jarang mengecewakan. Meaningful. Tapi bagi iklan 'Strangers' ni agak panjang. Lebih kepada short film. Kalau tengok iklan kat TV depa suruh tengok full version dekat Youtube. Kalau tengok iklan tu je for sure memang tak faham. So macam biasalah pengajarannya adalah 'Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. Mengajar untuk memahami dan berasa bertuah hidup di negara sendiri yang serba lengkap berbanding negara-negara lain. Dengan erti kata lain, bersyukur :)


Iklan Raya Bernas




Iklan ini paling mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Semua terkesan dengan watak lakonan Ahmad dan Fizi tu. Thumbs up untuk Bernas. Kadang-kadang kita meraih senang-lenangnya dalam menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta. Tetapi masih ada insan lain yang berendam air mata. Iklan ini dapat menggambarkan bagaimana anak-anak yatim piatu saban tahun beraya bersama-sama sahabat saja. Jika beruntung, mungkin beraya bersama keluarga angkat mereka.

Dua-dua iklan ni membawa maksud tersendiri. Kita jangan lihat saja, tapi kutip dan ambil pengajaran yang dititipkan. Itu paling bermakna. Apa pun yang berlaku dalam hidup ni, kita kena terus belajar selami erti kehidupan. Selami penderitaan orang lain, membuatkan kita lebih bersyukur dan beruntung daripada mereka. Tadah tangan. Berdoa. Bersyukurlah.

Wassalam.

Hami Asraff: 

"Sebagai anak yatim, saya memahami kesedihan kehilangan insan tersayang selama-lamanya. Jadi, hargailah ibubapa anda selagi mereka masih ada."


15 comments:

mamawana said...

Mamawana udah lama yatim piatu kehilangan ayah 30 tahun lalu ibu 10 tahun lalu.. ada ketika merasa bagai kehilangan semuanya namun dlm tangis masih ada senyuman. Salam idilfitri.

siti atika said...

owh...skrg dh mcm tu..alhamdulillah..dh boleh senyum...iklan puasa maxis thun ni, best juga..ragam budak pose

Sharinginfoz said...

iklan bernas not bad juga

Hami Asraff said...

@mamawana Moga terus tersenyum. Salam Aidilfitri.

Hami Asraff said...

@siti atika Iklan Maxis tu comel :)

Hami Asraff said...

@Sharinginfoz Not bad hingga dapat perhatian masyrakat Malaysia.

www.QueAchmad.com said...

Salam Lebaran. Alhamdulillah Abe sempat singgah & akan

menjadi Sahabat Setia Blog ni, InsyaAllah... Abe singgah dari

Blog Abe: www.queachmad.com

Abe masih baru lagi dalam Dunia Maya ni, harap jasabaik untuk

support Abe, bantu Abe. Kalau tak keberatan, mohon pautkan

Blog Abe di sini dalam Bloglist sini supaya dapat Abe sama2

berjuang MENCARI KEBENARAN KE JALAN ALLAH & MEMERIAHKAN DUNIA

MAYA NI... Terima Kasih, Jasamu Dikenang... Jika ada rezeki

Abe dipautkan ke Bloglist, harap dapat maklumkan pada Abe

tentangnya, InsyaAllah..

sea_lavender said...

kedua2 iklan memberi pengajaran agar kita bersyukur dgn apa yg kita miliki :') indah sekali smpena bulan Syawal mulia dan bulan kemenangan byk perkara mngajar kte erti sebuah kehidupan.. iklan bernas berulang kali tgk benar2 sayu.. tntu m'nangis.. huhu.. Salam Aidilfitri Hami Asraff :)

www.QueAchmad.com said...

Salam Lebaran. Alhamdulillah Abe sempat singgah & akan menjadi Sahabat Setia Blog ni, InsyaAllah... Abe singgah dari Blog Abe: www.queachmad.com

Abe masih baru lagi dalam Dunia Maya ni, harap jasabaik untuk support Abe, bantu Abe. Kalau tak keberatan, mohon pautkan Blog Abe di sini dalam Bloglist sini supaya dapat Abe sama2 berjuang MEMERIAHKAN DUNIA MAYA NI... Terima Kasih, Jasamu Dikenang... Jika ada rezeki Abe dipautkan ke Bloglist, harap dapat maklumkan pada Abe tentangnya, InsyaAllah..

mhg said...

Kalau dulu-dulu, setiap kali raya aidilfitri, pasti akan keluar iklan tajaan petronas. Tapi tahun 2012 nih, sama ada saya terlepas, kalu pembaca semua perasan laa, tiada lagi dah iklan tajaan petronas.

miss shuga said...

suka tgk dua-dua iklan ni.. :)

Syazwan Che Deraman said...

internet slow nak tengok iklan petronas.
tapi iklan bernas tu memang menyentuh hati.
nak gugur air mata.
tapi tahan.
hehehe.

selamat hari raya Hami Asraff!

[ Yuyu Atiqa ] said...

Assalamualaikum.

sudah seminggu entri Hami ni.
tapi hari ni baru sempat saya luangkan masa untuk baca/tonton video.

tersentuh dengan video bernas tu.
Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk saya beraya bersama mak dan ayah. Syukur.

Moga mampu menjadi anak yang menghargai kedua ibu bapa dengan sebaiknya. InsyaAllah.

ameen.

terima kasih untuk entri ni.

Wassalam.

~ ( LayDee_N ) ~ said...

sy bkn anak yatim piatu, tp dah 20 thn tak beraya bsama org tua. sigh~~

p3perak said...

al-fatihah