Hidup, Penuh Dengan Pro dan Kontra Yang Tidak Pernah Dijangka

September 09, 2012







Assalamualaikum w.b.t

Apa habaq hampa semua? Tudiaa buah mula. Lagu ni la bila blog dibiar terkapai-kapai kelemasan. Dibiar sunyi dan sepi tanpa sebarang madahan, nukilan, perkongsian, kemerepekan dan sewaktu dengannya yang lain. Ah! Macam ada yang peduli aku update ke tidak. Entah entah langsung orang tak kisah aku update ke tak ke lantak pi hang la. Okey fine!

Tapi kan ada jugak yang bertanya, "Kenapa dah lama tak update blog? Beraya sakan naa. Jenuh dok tunggu ni."

Soalan berbaur begini adalah sebuah keterharuan bagi setiap blogger. Mahu taknya, seolah-olah ada yang menanti titipan picisan kita. Itulah pernghargaan bagi seorang penulis blog bila mana karya tulisannya dibaca, dihargai. Terima kasih pada hampa yang bertanya. Sila beratur ambil choki-choki. Okey okey jangan berebut. Semua orang dapat.

Ehem ehem. *Perbetulkan tempat duduk dan muzik melankolik diputar sejurusnya





***********





Suasana makin sunyi. Sekejap lagi malam akan sampai dipertengahannya. Sepi. Mengundang kedinginan. Memaut ketenangan. Tetapi entah kenapa hati tidak tenang. Jiwa tidak tenteram. Fikiran berkeceramuk. Terlalu banyak perkara yang menyesak minda. Lantas, telefon bimbit dicapai.

"Hello. Assalamualaikum bro. Free tak?" Aku telefon seorang sahabat.

"Waalaikumussalam. Free. Awat?" Balas sahabat.

"Jom lepak. Ada benda yang merunsingkan gua! Aku pi ambil hang. 20 minit lagi aku sampai. Okey?" Berterus terang pada agenda.

"Okey!" Jawabnya pendek.

Kereta meluncur ke destinasi. Mengambil sang sahabat. Rumahnya tidak jauh. Setelah jemputnya di rumah, kami berkira-kira memilih tempat untuk membasah tekak. Dengan sedikit perbincangan kami memutuskan untuk ke Tanjung Harapan, Perlabuhan Klang. Nice tempatnya. Gerai-gerai di situ berlatar belakangkan pantai. Sejuk. Tenang, nyaman.

Hirupan nescafe ais membasahi tekak. Terasa nikmat dunia.

"Ni dah kenapa bro?" Tanya sahabat.

"Eh nak ajak lepak pun tak boleh ke?" Berkalih.

"Bukan tak boleh. Tapi macam ada problem je aku tengok. Cuba setori mori dekat aku. Mana tau kot kot aku boleh meredakan keresahan jiwamu." Bermain kata-kata pulak dia.

"Ececeh dok buat ayat cliche pulak dekat aku. Biasalah beb, manusia mana tak ditimpa masalah kan? Belum setel masalah yang lama, tiba pulak masalah baru. Pening kepala dibuatnya. Tapi apa kan daya. Kita manusia kerdil. Lemah. Bila ada masalah kita memang tak mampu buat apa-apa. Kena terima walaupun berat hati. Hidup...." Keluhan berat. Dihamburkan satu persatu.

Desiran angin pantai menampar lembut pipi. Sejuk. Mata memandang jauh ke pantai. MasyaAllah sungguh hebat kejadian yang Engkau aturkan. Sejurus mata dipejam. Merasa ketenangan yang sedalam-dalamnya. Bersyukur. Alhamdulillah. Subhanallah.





***********




Merebahkan kepala ke bantal. Kegusaran hati kian hilang. Kata-kata semangat sahabat masih terngiang-ngiang di kotak fikiran. Terima kasih sahabat. Di saat kita perlukan bantuan, Allah akan membantu. Kita tidak pernah menjangkakan apa bentuk bantuan yang Allah akan salurkan. Bila kita bersedia untuk menerima, dengan sekelip mata kita akan dibantuNya. Janji jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.

Apakah yang aku cuba sampaikan di sini? Apa kesudahan cerita di atas? Apa ni? Tak faham!

Hehe.

Rileks.

Cool.

Hurmmm...

Begini ceritanya...

Tak semua perkara perlu dikongsi bersama. Adakalanya perlu simpan untuk diri sendiri jua. Ingat, tak semua orang mahu tahu kisah hidup kita. Dan ingatlah jua ada yang masih peduli tentang hidup kita. Itulah pro dan kontra yang Allah telah aturkan untuk kita. Bila fikir satu persatu cabaran hidup di dunia ni buat kita makin kenal apa itu "kehidupan". Oh begitu rupanya hidup seorang manusia. Penuh warna warni. Penuh dengan elemen yang tak disangka dan dijangka. Penuh dengan misteri yang belum diungkapkan. Penuh tanda tanya. 

Malam itu berlalu. Membawa masalah bersama. Mendakap ke alam mimpi. Moga esok lebih baik dari hari ini.




Hami Asraff:

"Tidak mengapa andai kita tidak faham hari ini. Percayalah suatu hari nanti kita akan faham semuanya."


You Might Also Like

31 Comments

  1. Well said. Tapi org2 will always speculate stuff. As if they know things.

    Good piece. :)

    ReplyDelete
  2. Well said. Tapi org2 will always speculate stuff. As if they know things.

    Good piece. :)

    ReplyDelete
  3. Totally agree..ade yg mampu simpan,better simpan,tpi kalo xbole simpan,better to tell the story to the person that we can trust.just ade listener pun dah reda jiwa kacau....
    Erm...yg best bukak blog ni,sbb ada loghat kedah..syoq baca..haha...bnyk org kedah ckap kl ja..xbes..hihi..
    Gud luck with ur life

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. saya mulai mengerti kerana sedang melalui liku hidup begitu...semoga dipermudahkan :)
    Allah mengatur indah semua itu...kita yang lambat sedar atau faham...
    ~tabahlah hati~...nasihat diri sendiri :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, tatkala hati resah memikirkan masalah yang tiba2 je datang, terbaca twet yg hami baru update blog.rasa sebak bila baca nukilan ini.mungkin terkena pada masa dan ketika ini.syukran hami.teruskan berkarya kerana ALLAH.

    ReplyDelete
  10. Nice entry. Smoga segala kekusutan dpt diselesaikan... insyaallah :-)

    ReplyDelete
  11. Nice entry. Smoga segala kekusutan dpt diselesaikan... insyaallah :-)

    ReplyDelete
  12. @Cik SnR Walau hidup berliku macam mana sekalipun, pujuklah hati supaya terus tabah.

    ReplyDelete
  13. tak faham..heh3..

    boleh sy nk cerita dan nk tanya? heh xboleh nk tnya juga...

    hmm..ok just now sy dpt tahu mslh kwn sy. kwn sy ni ada mslh dgn roomate dia.. dia dipulaukan..xbercakap..melarikan diri.. kesian dia.. kwn sy ni kan dia minta maaf dkt roomate2 dia n sambil menangis lg.. bukan sekali minta maaf tp berkali2.. sy ada tanya kwn sy.. " u ada bt slh? klo u xde bt salah kenapa perlu minta maaf? tp kata kwn sy mungkin dia ada bt slh.. mknanya kwn sy ni msh normal permikiran dia..tp y menjd mslhnya kenapa roomate2 kwn sy ni menjrkkn dr dgn kwn sy ni? kesian kwn sy.. setiap kali dia minta maaf tu lah kwn sy menangis itulah y diceritakan pd sy.. kwn sy ni kristian. dia ada mslh dgn keluarga. kwn sy dgn roomate dia ni dah berkwn begitu lama since high school lg.. sayang bukan kalau mereka terputus hbgn? kwn sy ada bgtu y mereka tdk mahu berbincng.. jd mcmna mslh mereka mahu selesai? mereka boikot kwn sy tanpa memberitahu perkara sbnr permasalahan antara mereka. xnak bercakap. roomate mereka pun mengunci pintu bilik. tdk dpt sy bayangkan kalau sy ditmpt kwn sy. pasti pintu bilik itu hancur ditendang saya..kwn sy jga pernah ditengking di khalayak ramai.. pertanyaan saya.. wajarkah kawan sy itu keluar dr bilik itu? dan tidakkah ini hanya akan memburukkan lg keadaan antara mereka?

    ReplyDelete
  14. @Anonymous Huih, dah macam buat entri ye. Macam rumit jalan cerita kamu ni. Jadi saya menjawab soalan yang diutarakan je la. Wajar. Jika sehingga memudaratkan, bertindaklah keluar dari belenggunya.

    ReplyDelete
  15. sempoi baq hang...
    hahahahaha.

    proud to be kedahan!!

    ReplyDelete
  16. Masalah itu yang mematangkan. Ujian itu nikmat Allah tanpa kita sedar kan?

    ReplyDelete
  17. wah entry pure kedah ~
    terbaik sekali.. yakinlah Allah berikan apa2 pada kita tiada sia2.. pelbgai bentuk d uji tanda kita disayangi..terus mengadu dan memohon kekuatan dari-Nya tatkala susah mahupun senang :)

    ReplyDelete
  18. bersabar dengan ujian. ade hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum.
    2 hari lepas lagi sempat baca entri ni through mobile, tapi takleh komen. hari ni baru buka laptop. :)

    maaflah kalau saya yang silap.
    Berkeceramuk?? bukan berkecamuk ke?
    ehh. takpalah. asal sampai apa yang nak disampaikan. erkk.

    apa-apa pun, betul la tu.
    bukan semua perkara boleh dikongsi.
    thanks untuk entri ni !

    ReplyDelete
  20. Semoga segalanya dipermudahkan ..amin .

    ReplyDelete
  21. blog indah campuran hidangan telinga yang enak . Awesome :doublethumbsup:

    ReplyDelete
  22. Lama tak singgah sini =)
    sedap lagu ni.

    ReplyDelete
  23. ada bahagia dihari mendatang :)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe