Wednesday, September 26, 2012

Jangan Lumpuh Pada Kegagalan. Jadikanlah Kegagalan Sumber Kekuatan.








Assalamualaikum w.b.t

Minta maaf jika anda masuk saja blog ini, ada lagu autoplay. Rata-rata orang (especially Blogger) memang tak suka lagu autoplay di blog. Bertambah tak suka bila cari butang 'pause' tak jumpa. Bertambah hangin satu badan dibuatnya. Hehe. Rileks. Sabaq. Aku hiddenkannya. Letak sat saja lagu ni kat blog. (Eleh kalau letak lama pun macam ada je yang sudi bertandang ke blog usang hari hari ni?)

Jadi itulah mukadimah untuk entri kali ini. Mukadimah berbasa basi orang kata. Mahu teruskan coretan dan titipan dalam meneruskan secebis hidup yang sementara ini. Mana tahu esok lusa kita dipanggil menghadap Ilahi, tak sempat pulak kita berbakti. Menulis sesuatu perkara yang baik, mungkin itu suatu sumbang bakti pada masyarakat, pada pembaca. Biarlah sedikit, asalkan perkongsian yang baik itu diteruskan. InsyaAllah.

Menyingkap kisah jatuh bangun hidup. Rupa-rupanya banyak juga cabaran hidup yang aku dah lalui selama ini. Pejam celik pejam celik sat saja masa berlalu. Dah 27 tahun (even Birthday tak sampai lagi) dah pun aku menumpang hidup di bumi Allah yang luas ini. Bila diingatkan kembali, boleh tersenyum sendiri. Tersenyum mengenang kisah-kisah hidup. Di dalam kisah hidup itu terselit elemen kesedihan, kekecewaan, kehampaan yang sering bertelingkah dalam diri. Asam garam untuk manusia. Perkara biasa apabila menjadi manusia biasa.


Terngiang-ngiang kata-kata seseorang pada aku suatu ketika dahulu.

"Hami, hang ni tak pernah sedih ke? Tengok hang happy saja!"

"Happy? Tak pernah sedih? Hehe. Manusia mana yang tak pernah sedih bro? Kita manusia biasa la, dan sedih itu sebahagian dari jadi manusia. Tapi kadang-kadang kita perlu menutup kesedihan kita dengan berpura-pura happy. Macam tu la kot."

Menerangkan sambil meleretkan senyuman.

"Macam mana pulak dengan kegagalan? Hang pernah gagal?", tanyanya lagi. Ingin tahu barangkali.

Aku tersenyum lagi. Lantas membalas.

"Hehe! Banyak sangat kegagalan dalam hidup ini. Orang lain saja yang tak pernah tahu. Yang tahu mungkin tahu."

Antara persoalan-persoalan yang pernah ditanya. Begitulah. Kadang-kadang orang hanya nampak pada apa yang terzahir pada kita. Tetapi mereka tidak nampak apa yang terselindung di sebaliknya. Terselindung itu tersembunyi pelbagai kisah yang mampu meruntun jiwa. Kisah yang tidak pernah kita mahu peduli. Kisah yang mampu buat manusia jatuh dalam jurang kelemasan. Jurang yang dinamakan KEGAGALAN.

Kegagalan membuatkan manusia hilang pedoman. Merasai kegagalan, kita akan merasai kehampaan, kekecewaan. Kekecewaan yang sukar ditafsirkan. Terasa hancur luluh sanubari. Seperti tiada harapan untuk meneruskan hidup lagi. Kegagalan mampu membuatkan manusia hilang kepercayaan pada diri. Kegagalan juga kadang-kadang mampu membuatkan manusia tidak nampak akan pengertian dalam hidupnya. Pasrah. Serabut. Buntu. Semuanya digaul menjadi sebuah rasa negatif di sudut hati kecil.

Kembalilah istighfar.

Tenang.




Jangan terlalu ikutkan emosi. Jangan biarkan emosi membatasi warasnya akal fikiran. Ingat, tiada seorang pun manusia dilahirkan sempurna dalam dunia ini. Kegagalan itu adalah perkara biasa bagi seorang insan yang bergelar manusia. Biar pun sehebatnya seseorang manusia itu, pasti kegagalan pernah singgah dalam hidupnya. Gagal dalam peperiksaan, gagal meneruskan pengajian, gagal dalam perhubungan, gagal dalam percintaan, malah gagal dalam perkahwinan. Dan pelbagai lagi kegagalan yang sering terjadi dalam hidup masing-masing.

Bangunlah dari kegagalan. Jangan pernah tunduk pada kegagalan. Kegagalan adalah tiket untuk mencapai kejayaan. Jika kita tidak menempuh kegagalan, kejayaan itu dirasakan biasa. Kegagalan itulah yang mengajar kita untuk lebih kuat, lebih tabah, lebih kental menghadapi serangan ujian dunia. Selalu aku ingatkan pada diri. Bukan senang mahu senang. Itu sudah cukup menjawab segalanya. Jika kita peroleh sesuatu perkara itu dengan mudah, kita mungkin tidak belajar erti kepayahan. Kepayahan dan kegagalan yang membuatkan kita lebih kuat harungi hidup, malah tetap kental hadapinya.


Jadi, berhentilah bersedih dengan kegagalanmu. Bangun dan menyerlah semula. Andai rebah, bangun dan terus melangkah. Jangan berputus asa. Kejayaan bakal milikmu kelak.

Dua tahun lalu pernah menulis entri I Love Living Life. I am Happy. Salah satu entri yang berkaitan kegagalan dan semangat untuk teruskan hidup. Klik pada linknya untuk mengetahui lebih lanjut. Aku tinggalkan anda pada satu video yang awesome di bawah. Video yang memberi motivasi dan inspirasi pada diri ini. Mungkin pada kalian jua.


 


Wassalam.


Hami Asraff:

"Hidup tidak sentiasa menjanjikan kemanisan. Kepahitan itu lumrah hidup sebagai manusia. Penghujung pahit, pasti ada manisnya."


27 comments

September 26, 2012 at 10:09 PM

Pahit.Manis.Masam.Manis.Manis.Manis.Terima kasih.hehe.

September 26, 2012 at 10:24 PM

"Hidup tidak sentiasa menjanjikan kemanisan. Kepahitan itu lumrah hidup sebagai manusia. Penghujung pahit, pasti ada manisnya."

like this quote...thanks bro..=)

September 26, 2012 at 10:35 PM

kita tak boleh hanyut dalam kegagalankan?, banyak jalan terbentang luar dihadapan, kenapa perlu melayan perasaan kecewa, bangkit dan selagi ada usaha, InsyaAllah pasti ada kejayaan...terima kasih Ya Allah, masih memberi peluang hidup padaku...aamiin

September 27, 2012 at 12:45 AM

Thanks untuk entry ni hami! :')
btw, lagu ni tajuk apa eh?

September 27, 2012 at 6:49 AM

Baru mengalami suatu kegagalan dalam persahabatan ... apa pun entri ini membuka minda ...suka ayat 'yang tahu MUNGKIN tahu' ...

September 27, 2012 at 9:12 AM

kegagalan tu kadang2 perlu dalam hidup supaya kita sedar yang kita sebagai manusia takkan pernah sempurna. Jadikan kegagalan tu sebagai titik permulaan untuk terus bangkit mencapai dan mengapai bintang di langit hehe...

Pssttt... mohon izin pinjam ayat yang last tu. menarik !!!

September 27, 2012 at 9:41 AM

best sgt lagu ni,tajuk ape erk..penuh smgt..nice blog.:)

September 27, 2012 at 10:27 PM

Alhamdulillah.. saya pernah rebah suatu ketika dahulu. Untuk bangkit kembali sangatlah sudah. Tak terbayang air mata yang perlu dibayar utk kepedihan ini. But Alhamdulillah sekarang ni saya kembali 'bernyawa'. Benar, masa mengubah segalanya. Sedikit demi sedikit Allah memberi saya nikmat2Nya yang tak terhingga sebagai ganti kepedihan itu.

September 28, 2012 at 1:23 PM

takda manusia yang tak pernah temui kegagalan. Perjalanan itu mesti diteruskan. Pahit getir yang dilalui dengan penuh sabar, kelak akan menimbulkan kemanisan yang membahagiakan diri.
InsyaAllah.

terima kasih untuk perkongsian ni.

Salam hormat dari Kelantan. :')

September 30, 2012 at 8:51 PM

@Novelgurl Dan juga pahit :)

September 30, 2012 at 8:53 PM

@mieya ayana Welcome.

September 30, 2012 at 9:44 PM

Rasenye bro Hami penah post berkaitan ngn ujian yg dikaitkan ngn surah albaqarah ayat 286 kan? kalo sy mase diuji smpai mcm da down sngat, ade lagu yg sering didengarkan utk terus bg semangat: Inteam - Kehidupan ... Kalo diamati, meleleh air mate T_T

October 1, 2012 at 12:53 AM

@KY Apabila manusia terlalu bersedih, mereka terlupa akan nikmatnya yang lain.

October 1, 2012 at 12:58 AM

@zafirahtajudin :D 'Perjalanan Hidup' oleh Maesa Andika Setiawan.

October 1, 2012 at 1:03 AM

@Diemsisi Sabar. Ujian Allah.

October 1, 2012 at 1:03 AM

@Mila Ahmad Silalah!

October 1, 2012 at 1:04 AM

@H.D.Y.H Lagu bertajuk 'Perjalanan Hidup'

October 1, 2012 at 2:49 PM

@faie mohamad Allah tidak pernah kejam pada hambaNya yang terus berusaha.

October 1, 2012 at 2:50 PM

@[ Yuyu Atiqa ] Jangan lelah dengan takdir Allah :)

October 1, 2012 at 7:19 PM

nice...satu semangat untuk saya! tq...

October 2, 2012 at 9:29 AM

terpikat ngan blog nie... secara kebetulan... terima kasih.. byk memberi ku inpirasi menjalankan perjalanan hidup nie agar lebih kuat dan kuat lg.. pedulikan kata~kata orang... janji kite tak langgar perintah tuhan... semangat kembali sikit rasanye...

October 2, 2012 at 12:24 PM

salam :)
sy baru terjumpa blog ni,dan entry ni la yg mula-mula sy baca.. nice :)slps bce entry ni, buat sy nk bace lg entry sblmnye..
semuanya bermanfaat..Alhamdulillah :)

October 5, 2012 at 2:18 PM

nice...saya pernah gagal dan bangkit untuk terus menjdi somebody...

October 6, 2012 at 2:36 AM

thanks a lot utk entri yg indah ini.
apa yg kita rasa sebenarnya orang lain turut merasainya, jgn pernah berasa sendirian dlm menghadapi ranjau kehidupan krn jika 'mereka' tiada utk menemani, DIA sentiasa ada di sisi :') Allahu akbar! *p/s 1st time komen kt blog ni :)*

October 10, 2012 at 1:01 AM

mmg rs sgt ssh..n kdg sick with it..
selalu jatuh..ssh nak bangkit..:(

October 10, 2012 at 2:00 PM

No one live a perfect life not even our beloved rasul.

Saya selalu pesan pd diri, setiap kegagalan itu ada hikmahnya tho kdg2 sy always think apa hikmahnya??hurmm...

ya, bukan senang nak senang..but as a human kdg2 it is hard tho to understand failure.

Kita dah buat sehabis baik tapi kegagalan itu masih lg menimpa...sakitnya, tuhan saja yg tahu..

But anyway thanks for a good sharing on failure...bercakap itu mudah but yg merasa itu lebih-lebih feelingnya..

May Allah bless us always..amin~

Post a Comment

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman. Tetapi pastikan anda bukan seorang spammer ataupun cik anonymous yang tidak bertanggungjawab :)

Related Posts with Thumbnails