Kita Melihat Yang Banyak Sehingga Kita Terlupa Yang Sedikit

August 02, 2012







Assalamualaikum w.b.t

Ramadhan. Bulan kepanasan. Bila tengahari, bantal dan tilam sentiasa berlegar di minda. Indahnya imaginasi itu. Apabila keinginan itu berjaya direalisasikan, memang itu adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Oh dunia! Akan aku sematkan semua moment-moment indah itu dilayar memori. Tidak akan ku biarkan semuanya berlalu begitu sahaja. Tidak akan...

*lagu Spongebob dimainkan

Okey sudah cukup cukup sudah. Cukuplah berfantasi di siang hari tu. Mari berdepan dengan realiti. Tapi memang best pun kan bila saat-saat di atas disemai dengan jayanya. Pernah tak kita bila penat yang amat sangat, balik rumah terus membuat terjunan tiruk ke atas tilam kita? Oh jangan kata tak pernah. Nescaya sesiapa yang kata tidak pernah itu adalah tergolong di kalangan mereka yang menipu sunat di Bulan Ramadhan.

Bila dah boleh landing tu mulalah berlaku monolog dalaman:

"Rileks la sat. Satgi la pi buat qheja tu. Nak kalut pi mana." (Kedah version)

"Rileks la kejap. Kejap lagi la aku buat keje tu. Tak lari gunung dikejar." (Kay-El version)

"Mahu berehat dulu dong. Usah bikin ribut. Kerjaan itu bisa dibuat kapan pun." (Indonesia version)

Okey part Indonesia serius aku hentam. Diyakini aku bukan peminat Sinetron. Eh wait? Kekerjaan apakah yang dimaksudkan di atas ni? 

Kerja yang aku maksudkan adalah apa-apa sahaja kerja atau rutin seharian yang kita lakukan. Start bangun tidur sampai nak tidur balik. Banyak sangat. Lagi busy orang tu lagi banyak kerja yang harus dibereskan. Sebenarnya kerja tu sikit je. Tapi disebabkan berlakunya penangguhan, maka ianya larut menjadi sesuatu yang banyak dan bila banyak makin malas nak buatnya. Sangat benar.

Aku suka beri contoh untuk mudah difahami. Contohnya aku sendiri la. 

Contoh pertama. Hari tu mesin basuh dekat rumah sewa aku rosak. Bila rosak, pakaian pun mulalah menimbun. Ditambah busy yang bukan kepalang, menimbunnya pun bukan kepalang juga. (Oh ya gua bukan pemalas ye. Cuma kekadang tak rajin. Heh). Kadang-kadang hantar dobi je. Settle. So bila menengok timbunan baju yang banyak yang tidak dibasuh itu, aku mendapat 1 idea. Di mana setiap kali aku mandi, aku basuh sepasang. Jadi tiap-tiap hari aku basuh time mandi and jadi rutin, tengok-tengok "Eh dah settle rupanya timbunan baju aku yang banyak sebelum ni". Biasalah, kadang-kadang kita melihat yang banyak, sehingga terlupa yang sedikit :)



Contoh kedua. Kita semua pernah jadi student kan? Bila lecturer bagi task/assignment/tutorial tu due date dia seminggu. Hari pertama dan kedua confirm tak buat lagi. Rileks dulu bai. Banyak masa lagi kot. Banyak masa lagi kot tu berlarutan sehingga esok hari nak submit task/assignment/tutorial tu. Terkangkang-kangkang bersengkang mata nak siapkan semua. Nah awat tak ambik! (Actually aku sering buat begini jugak. Rileks dulu tu aku yang selalu cakap. Haha!) See.. Kalau tiap-tiap hari kita buat sikit demi sikit tak la sampai kangkang dan bersengkang mata nak rushing semua. Biasalah, kadang-kadang kita melihat yang banyak sehingga terlupa yang sedikit :)





Contoh ketiga. Bab membaca. Aku fokus dekat sini membaca Al-Quranlah senang. Sometimes, bila semangat datang memang menjulang tinggi. Alhamdulillah untuk semangat yang hadir itu. Selalunya lepas solat maghrib baru nak mengadap Al-Quran ni. Perghh baca sampai 10 helai. Alhamdulillah. Syukur. Tapi bila esoknya. "Esok-esok la pulak baca, semalam dah baca banyak dah!" Esok hang tu sampai tahun depan. Dok esok esok. Selalu aku nasihat diri aku tentang ni. Baca Al-Quran biar sehari sehelai, and kalau malas nauzubillah sehari semuka pun dah cukup. Tapi pastikan esok baca lagi. Esok, lusa, tulat, tunggin, buyung dan hari-hari seterusnya. Istiqamah. Biasalah, kadang-kadang kita melihat yang banyak sehingga terlupa yang sedikit :)




Jadi Tuan-tuan, Puan-puan, Cik Abang, Cik Kak, Cik Adik sekalian, dapat apa yang aku cuba sampaikan? Begitulah manusia. Perasaan malas memang sering membelenggu diri. Tapi tiada cara lain. Kita kena lawan semuanya. Akui, aku pun malas jugak. Sebab itulah entri ini dihasilkan supaya mengingatkan diri aku yang sering leka dan lalai seterusnya nasihat sesiapa sahaja yang membaca. Apa pun perkara, mulalah dengan sikit demi sedikit, insyaAllah lama-lama akan menampakkan hasilnya.

Riwayat Al –Bukhari dan Muslim yang bermaksud…

“ Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit”.

Wassalam.

Hami Asraff:


"Allah tidak menghitung berapa banyak follower yang kau ada. Tetapi Allah menghitung berapa banyak amalan di dunia untuk dibawa ke sana."



You Might Also Like

14 Comments

  1. thnkz atas ingatan entry nie ;)
    benar kte tgk amalan yg sekecil2 namun apabila sebesar dn wajib pn blum diteliti..
    istiqamah dalam stiap perilaku tu pnting.. moga Allah redha dlm kita m'istiqamahkn diri ke jalan-Nya..

    ""Allah tidak menghitung berapa banyak kte d like mahupun d tweet dlm laman sosial yg kte terima namun bekalan yg kita bawa utk bertemu Allah itu yg dihitung" ~ :)

    ReplyDelete
  2. abg hami, kalau yang part time nak tido tu memang betul.haha

    kalau malas sangat time nak buat ibadah ni, saya cuba sematkan dalam hati "sorga itu mahal harganya'. Antara motivasi yang berkesan.

    ReplyDelete
  3. yupp..btul.sbgai mnusia kite slalu mlhat y bnyak N sering mlupakan y sdkit =(

    ReplyDelete
  4. saya setuju 100% entry anda
    terbaek !!!

    ReplyDelete
  5. Kita boleh lihat kemalasan kita sebenar apabila tiba bulan ramadan. Masa tuh syaitan2 semua dah kena ikat.. hik3..

    ReplyDelete
  6. Aduh terasa! Haha.

    "Oh ya gua bukan pemalas ye. Cuma kekadang tak rajin." Tangan dibahu mata keatas.

    ReplyDelete
  7. @sea_lavender Jangan memperkecilkan amalan yang kecil.

    ReplyDelete
  8. @Wan Ahmad Izudean Ya syurga itu mahal harganya. Tetapi masih ramai yang memandang enteng padanya.

    ReplyDelete
  9. @Nur Misnan Dan biarlah ianya berlanjutan hingga ke bulan-bulan lain jugak.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe