Ibubapa Borek, Anak-anak Rintik

August 12, 2012





Anak melihat apa yang dibuat ayahnya

Assalamualaikum w.b.t

"Didiklah anak-anakmu bersembahyang sejak berumur 7 tahun..." 

Sebuah lagu terngiang-ngiang di kepala. Tak ingat lagu siapa. Nasyid kot. Aku Google tak jumpa pulak. Tak apalah. Aku menambah pulak,

"...dan rotanlah anakmu jika tidak solat ketika berumur 10 tahun."

Kan?

Dalam Islam dah pun anjurkan perkara ni. Penerapan dan asuhan agama itu cantik sekali. Islam suruh umatnya alert tentang agama sejak dari kecil. Bimbing, asuh, didik, suap, ajar sejak dari kecil. Sebab itulah munculnya sebuah pepatah Melayu hebat yang tetap tumbuh segar di minda dan jiwa manusia,

"Lenturlah buluh biar dari rebungnya."

Rebung boleh dibuat makan. Menjadi sayur. Bila dah mula membesar jadi buluh, nescaya memang tak boleh dilentur. Tiada cara lain, perlu ditebang sahaja. Tapi buluh dah tak boleh makan. Hanya boleh dijadikan cover untuk dibuat lemang, sebagai juadah santapan Aidilfitri tidak lama lagi. Tak pun boleh dibuat meriam buluh. (Mula menghampiri zon merepek)

Lihatlah hari ini,

Ibubapa lebih seronok jika anak-anaknya cemerlang dalam peperiksaan, tetapi sedikit pun tidak peduli jika anak-anaknya tidak cemerlang dalam agama.

Lihatlah hari ini,

Ibubapa lebih berbangga jika anak-anaknya berjaya memasuki program realiti (menjadi penyanyi atau seumpama dengannya), tetapi sedikit pun tidak berasa bersalah jika anak-anaknya tidak tahu membaca Al-Quran.

Lihatlah hari ini,

Ibubapa lebih taksub memberi kemewahan duniawi pada anak-anaknya, tetapi langsung tidak berasa taksub untuk menyuruh anak-anaknya solat dan menutup aurat.

Hmmmm...

Tak semua. Mungkin segelintir daripada kita. Tapi itulah hakikat yang terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Agama ditolak mentah-mentah. Dunia diambilnya bulat-bulat. Seakan merasakan yang dunia segala-gala baginya. Nauzubillah.

Kita jangan menunding jari pada sesiapa. Tetapi pantulkanlah semua tundingan jari itu kepada kita sendiri. Ya kamu semua wahai ibubapa. Kamu adalah pendidik. Pendidik kepada anak-anakmu. Jangan tunggu cikgu di sekolah mendidik. Jangan tunggu ustaz/ustazah di sekolah mengajar tentang agama. Jangan! Didikan agama yang sempurna itu adalah bermula dari rumah. Aku tahu, masih ramai keluarga yang mengamalkan konsep dan cara hidup Islam yang sebenar. Alhamdulillah. Moga istiqamah. 

Akhir kata, "Ibubapa borek, anak-anak rintik"


"Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya...." *nyanyian bergema


Ini mungkin terjadi jika kita masih tidak bendung dari awal


Hami Asraff:


"Dunia makin tua. Lambat laun kita dimamah usia. Hidup manusia bukan di sini selama-lamanya. Tetapi pengabdian di akhirat sana."



You Might Also Like

18 Comments

  1. @FairuZainal Moga kebenaran ini akan beransur-ansur hilang.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Hami.

    entri yang ringkas tapi sangat membuka mata dan minda. Mak saya turut membaca. Bagus anak muda ni katanya.

    Terima kasih atas entri perkongsian ni. InsyaAllah, moga-moga kita masih berkesempatan untuk melahirkan generasi yang seimbang dunia akhirat kelak.

    Wassalam. :)

    ReplyDelete
  3. memang selalu mcm tu.. sebab tu kdg2 org salahkan ibu bapa dia sendiri bila dorang jadi teruk.. cuma sebenarnya berbalik pada kita jugak.. =)

    ReplyDelete
  4. @[ Yuyu Atiqa ] Waalaikumussalam. Kadang-kadang manusia suka entri yang ringkas sahaja. Saya tidak baik. Cuma mahu jadi baik.

    ReplyDelete
  5. @aku HaniAsyira Ibubapa membentuk, anak-anak mengikut. Tapi cabaran untuk anak-anak tinggi. Pengaruh luar itu banyak sekali.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum bro, part ni mcm ade salah taip kott
    "Ibubapa lebih berbangga jika anak-anaknya berjaya memasuki program realiti (menjadi penyanyi atau seumpama dengannya), TETAPI SEDIKIT PUN TIDAK BERASA BERBANGGA JIKA ANAK-ANAKNYA TIDAK TAHU MEMBACA AL-QURAN"

    sorry lah kalau aku yg tak phm :) nice entry btw

    ReplyDelete
  7. "... tetapi sedikit pun tidak berasa berbangga jika anak-anaknya tidak tahu membaca Al-Quran."

    Maaf, pemahaman sy y salah atau mmg ad kesilapan kat ayat ni?

    Manusia ramai y kejar dunia sbb dunia kejayaannya nampak jelas, tp kdg2 manusia lupa, hasil y kita dpt di dunia pun Allah y bg, bukan kerana usaha kita semata2. Nice entry btw. ;)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.
    Tidak dinafikan, peranan ibu bapa sangat penting dalam pembentukan peribadi anak-anak. Namun, terkadang atas asbab pengaruh luar yang sgt2 mencabar, para remaja kian tewas mengharungi dunia remaja yang terbentang. Moga kita terus terikat dengan bekalan panduan Al-quran dan sunnah.

    Teruskan bertinta. :)

    ReplyDelete
  9. @nOobieStesT Waalaikumussalam. Sedikit kesalahan. Telah dibetulkan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. @Ana Mujahidah Ansarullah Tak perasan ada kesalahan. Telah dibetulkan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. @Afiqah Rozalie.. Kita sering jatuh dengan hasutan rakan-rakan sebaya. Tidak dinafikan. Tiada lain, matlamat hidup perlu terus kuat.

    ReplyDelete
  12. pendidikan pertama lahirnya dari rumah, besar peranan ibu bapa ini, InsyaAllah...KY akan mencuba yan terbaik dalam hidup

    ReplyDelete
  13. @Hami Asraff

    Indeed. Mak kirim salam.
    InsyaAllah, ayuh kita sama-sama istiqamah untuk jadi insan yang baik di mata Allah juga di mata manusia.
    InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  14. Rebung tidak boleh dilentur tuan hami,nescaya patah lah ia..(klu tak percaya cuab p lentur rebung kat rumah).
    sebaliknya buluh yg memang boleh dilentur,kalau tidak xdelah kraf berasaskan buluh.peribahasa ni kena dimurnikan balik.

    berbalik kepada entri,memang anak2 adalah tggjwb ibubapanya kerana itu adalah amanah yg diberikan Allah.
    dugaan dan cabaran serta hasutan luar tu adalah sebahagian ujian dari Allah untuk menjalankan amanah Allah baik pada anak apatah lagi pada ibubapa.cuma kdg2 anak2 suka jadikan pengaruh ni sbg alasan paling kuat,sedangkan ibubapa di rumah plk yg mengikut telunjuk hasutan...tu yg x betul!

    selamat beramal

    ReplyDelete
  15. Betol la,,
    Ibu bapa asek sibuk jer dengan gadget masing2.. sampai anak2 pon terikot..
    habis zaman kanak2 terbuang begitu sahaja..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe