Nasihat Yang Sering Disalahertikan
August 08, 2012
Assalamualaikum w.b.t
Ini entri sepantas supersonik. Ya spontan. Jadi aku taip laju-laju. Diyakini apabila aku melembabkan penaipan aku, ditakuti idea-idea bersepah merata-rata.
Mukadimah tak boleh belah.
"Eleh time Ramadhan, semua nak tunjuk baik. Post-post yang Islamik kononnya. Piraahh. Padahal lepas Ramadhan entah pi ke mana."
Amboi lancangnya mulut anda. Nasib baik aku tak terasa. Okey kalau ye pun aku terasa dan ayat atas ditujukan kepada aku, jadi aku nak membalaslah begini:
"Ya saudara yang budiman, tidak pada bulan Ramadhan sahaja saya mengepost status-status berbentuk Islamik dan yang baik-baik. Dah lama dah saya berbuat begini. Apa tidak percaya? Oh ada caranya. Apa kata anda cuba khatam semua entri-entri ni blog saya check semua status di Twitter dan Facebook dan seterusnya anda bersuara. Boleh?"
Hehe. Sangat tragis dan sadis. Bagi sesetengah orang begitulah. Tak puas hati adalah makanan harian. Bila letak status-status nasihat mulalah pelbagai tohmahan dilemparkan. Nasib baik aku ni tak lut dek tohmahan. Haha bajet.
Agama itu nasihat. Nasihat bukan sebab nak tunjuk hebat, tetapi sebab nak ingatkan diri sendiri terlebih dahulu, seterusnya mengingatkan sesiapa sahaja yang sering leka dan alpa. Yes konsepnya sangat mudah. Tapi disusahkan oleh mereka yang tidak mahu memahami. Mereka lebih suka mencaci, memandang sinis, dan sakitkan hati sendiri. Terserahlah wahai manusia. Masing-masing dah besar panjang dah. Rasa dah boleh fikir mana baik mana jahat. Pilihan itu sentiasa ada di tangan anda.
Okey dah. Kan aku dah kata entri ni sangat pantas. Hanya memerlukan masa 3 minit aku taip ni.
Oh ya teringat pulak ENTRI INI. Klik dan bacalah pada mereka yang mahu memahami.
Wassalam.
Hami Asraff:
"Jangan mengkeji jika tidak mahu memuji. Pilihlah berdoa daripada menghina."
27 Comments
Betul. Selalu jugak kena mcm ni bila post status yg islamic terutamanya kat facebook. Tapi mcm mna pulak kalau ada yg post status islamic semata-mata inginkan perhatian kaum adam? Menjengkelkan. Hendak ditegur, takut terasa sampai ke tulang hitam :D
ReplyDeletesuka quote tuh.. lebih diam dari keji org tak tentu pasal ni kan
ReplyDeleteKalau nak buat baik, mesti ada macam2 dugaan. Salah satu is Allah uji kita dengan caci maki atau salah faham dr pihak lain. Innamal a'malubinniyat. Kalau niat kerana Allah, satu tangki kutukan pun xde efek kat hati. Semoga sama2 terus tsabat. ;D
ReplyDelete"Jangan mengkeji jika tidak mahu memuji. Pilihlah berdoa daripada menghina."
ReplyDeleteTerbaik :)
jika nak sihat, kita perlukan nasihat. :)
ReplyDeletebetul.saya setuju :)
ReplyDeleteat least kita saling mengingatkan
ReplyDeleteutk yg alpa alpa tuh
specially yg mengkritik lebih
@Shazwina Itulah manusia :)
ReplyDelete@aku HaniAsyira Diam boleh mengubat kemarahan.
ReplyDelete@Ana Mujahidah Ansarullah Pakai baju kalis maki untuk menahan segala hujahan makian.
ReplyDelete@Peyan Sanstaro :)
ReplyDelete@A single step Nasihat itulah yang membentuk manusia.
ReplyDelete@Alfi Kasran Terima kasih atas persetujuan.
ReplyDelete@bukankosong Orang yang selalu kritik sering lupa apa itu nasihat.
ReplyDeletesusah jugak kalau ada yg bersikap begitu, tak suka melihat, kebahagiaan orang lain, ada je cari pasalkan? tak semestinya entri yg terlihat beragama je kita berdakwah, entri biasa pun rasanya ada juga terselit, nilai2 murninya itu, orang yg membaca tu, kena fahami betul2 kan?
ReplyDeletesetuju.
ReplyDelete" Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya ".
Assalamualaikum.
ReplyDeleteInsan yang cantik dan kacak ialah insan yang suka memberi nasihat dan menerima nasihat.
Terbaik.... ( gaya Boboiboy nih )
Terima kasih. :)
@KY Manusia, punya perasaan, sikap dan tingkah laku yang sukar dijangka.
ReplyDelete@a.N.I.s Ya. Jangan buat jahat, jika tidak mahu buat baik.
ReplyDelete@[ Yuyu Atiqa ] Waalaikumussalam. Sama-sama.
ReplyDeletehello nice blog
ReplyDeletesatu hasil taipan cepat-cepat yang sempurna dan berguna :)
ReplyDelete@burçlarin özellikleri Thank you. Hopefully you are not a spammer.
ReplyDelete@ros Kadang-kadang itu yang terbaik :)
ReplyDeleteapa punya manusia la mcm tu..
ReplyDeletemesti tak pernah ikut perkembagn hami asyraf tu,
tu mcm tak berapa nak ok percakapannya..
macam ni punya orang pun ada ke?
nice entri :)
ReplyDeletebetul ap yg awk ckp tu. pengalaman sy, ap2 status islamik yg sy tulis kt fb lagi2 pasal tutup aurat, msti kwn sy terase.terase ok lagi, p boleyh plak dia cakap sy perli2 dy lagi. Allahu. sabar jewla. dia ingat dy sorg kawan sy kt dunia nie agaknye. hmm
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)