Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang

June 26, 2012


Assalamualaikum w.b.t



Golek ke kiri. Golek ke kanan. Bangun. Tidur. Baca doa tidur. Baca 3-Qul. Selawat. Semua dah cuba. Tetapi masih tidak berjaya memejam mata. Insomnia aku ni kadang-kadang tak sekata. Kadang-kadang datang tanpa dipinta. Entahlah. Dah pun terai beberapa petua untuk senang tidur. Berjaya juga. Tapi bertahannya tak lama. Dah pun meluahkan perasaan dalam entri Aku Seorang Insomnia ni.

Aku buka lampu tidur. On laptop dan menaiplah sesuatu. Masa nak menaip ni baru teringat sesuatu. Salah satu kaedah untuk mententeramkan jiwa dan minda. Ya lah kadang-kadang kita tak dapat tidur ni sebab minda tak tenang. Jiwa tak tenteram. Dok pikiaq banyak sangat. Mau la tak bikin jiwa ribut dan serabut.

Jadi ubatnya adalah Zikirullah.

Alaa, banyak sangat kat Youtube. Cuma perlukan kerajinan mencari ja. Dan aku memang sungguh tertawan dengan alunan Zikirullah Ustaz Dzulkarnain Hamzah. Syahdu, sedap, meruntun jiwa. Tak percaya? Sila dengar di bawah.




Amacam? Sedap gila kan? Maksud aku penghayatan memang dirasai. Dengan alunan suara beliau tu yang buat hati bergetar. Sungguh. Aku dah pun beli CDnya dengar dalam kereta. Dengarlah berulang kali. Tak rugi pun. Malah faedah dan manfaatnya banyak sekali.




Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar. Benar, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.

Lantas aku capai headset. Letak di telinga. Dengar sampai terlelap.

Tutup lampu.

Tutup mata.

Lena.


Hami Asraff:


"Allah sentiasa ada  menunjukkan jalan keluar. Jadi jangan tangguh berdoa."


You Might Also Like

22 Comments

  1. ala bizikrillah tatmainnal qulub..makaseh atas infonya...

    ReplyDelete
  2. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..

    Allah Maha Besar.. Dia lah yang sentiasa menenangkan hati yang gelisah..

    syukur. :')

    ReplyDelete
  3. 'kebahagiaan itu datang dari ketenangan hati. Hati yang tenang itu datangnya dengan mengingati Allah' - ustaz Pahrol Mohamad Juoi, setuju sgt dgn entry ni.. Kdg2 bile ssh sgt nk tido,br trigt nk brzikir. Mulut kumat kamit sambil pejam mata,tup tup dah bgn bg esok.. :D

    ReplyDelete
  4. tutup lampu dulu..bru tutup mata..pastu br lena..hehehe..btw,nice entry..bley sy cbe pasni..:)

    ReplyDelete
  5. Allah dah pun berjanji dalam al Quran,
    "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia."
    (13:28)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, Allah sayang pada hambanya yg selalu mengingatinya

    KY biasanya kalau tak boleh tidur, ambil tasbih dan berzikir, memang berkesan, cubalah..

    ReplyDelete
  7. @[ Yuyu Atiqa ] Ya ramai manusia yang sering terlepas pandang.

    ReplyDelete
  8. @jeritan batinku Eh ya tak ya jugak kan? Dah tukarin. Thank you :)

    ReplyDelete
  9. @KY Allah dah tunjuk kita jalan dan cara. Cuma kita perlu sedikit usaha.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. betul tu.. dengar ayat Allah hati hilang gelisah tu..

    tips senang tidur ialah minum susu sebelum tidur =p

    *btw best feature reply komen di blog ni.. ada tutorial x? kalau ada boleh bg link di blog saya x? ty*

    ReplyDelete
  12. @Hikaru Yui Ada. InsyaAllah nanti saya buat untuk next entri.

    ReplyDelete
  13. stuju sangat dalam mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang ;) lebih2 mendengar alunan ayat2 Al-Quran.. moga Allah sntiasa memberikan kte ketenangan dan sntiasa mendekati diri pada-Nya.. Insya-Allah

    ReplyDelete
  14. @Hami Asraff

    Yup.. sedangkan, Dia sentiasa ada di sisi kita. Ruginya kalau kita abaikan Dia..

    Thanks.. :')

    ReplyDelete
  15. mmg fitrah semulajadi manusia akan mencari sang Penciptanya...siapalah kita yang kerdil ini berbanding Dia Yang Maha Agung...

    ReplyDelete
  16. "Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2)

    :)

    ReplyDelete
  17. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar.

    Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Banyakkan istighfar kerana kita lalai dan bnyk membuat dosa... semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.

    ReplyDelete
  18. terima kasih...
    sungguh tenang daku mendengarnya

    ReplyDelete
  19. aku setuju..bergetar hati dgr alunan suaranya zikir drpd Ustaz Dzulkarnain Hamzah memang meruntun jiwa..dlm astro oasis pun ada..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe