Thursday, June 21, 2012

Hami Asraff dan Hilal Asyraf ni adik-beradik ke?




Assalamualaikum w.b.t

Ramai yang bertanya. Jadi aku terpaksa jawablah. Bukan apanya, bila jawab sorang, esoknya tanya lagi. Lotih den nak jawab. Bajet se-famous Hilal Asyraf orang nak bertanya bertali-arus. Makanya aku jawab bagi pihak Hilal Asyraf sekali la ni.

Hilal Asyraf

Nama yang tidak asing lagi di dunia maya mahu pun dunia nyata yang terang tang tang. Sapa tak kenai mamat ni? Rasanya ramai yang kenal dan makin dikenali. Bahkan Tun Mahathir pun pernah tulis pasal Hilal Asyraf di blognya tentang Hukum Hudud yang dulu tu. Pandai-pandai hampa pi belek tengok.

Dia ni penulis yang berbakat besar. Dah ada banyak buku dia dekat pasaran. Aku ada juga la beli buku dia. Seorang pendakwah yang banyak guna medium Facebook untuk menyampaikan dakwahnya. Twitter ada juga. Tapi tak sekerap Facebook. Tu yang aku pasti.

Lagi? Ah, semua orang dah tau la salasilah mamat yang bernama Hilal Asyraf ni. Selebihnya korang boleh elobrate dekat aku :)


Hami Asraff

Okey siapa pulak mamat ni? Sapa ni? Sapa ni? Tak kenai pun. Tak kenai pun. Hahaha aku dah agak dah. Memang tak dak orang yang kenal aku. Rasakan! Aku ni cuma penulis blog bergenre carca-merba. Menulis blog masuk tahun ni dah empat tahun. Seorang penulis blog yang dah tak serajin dulu mengupdate/merepek/meroyan di blog. Tulis bila ada masa dan mood. Ikut dan. 

Antara soalan-soalan dan ayat yang glemer yang gua dapat adalah:

1. "Hami Asraff dan Hilal Asyraf ni adik-beradik ke?" (sama macam tajuk entri)

2. "Hami Asraff ni adik Hilal Asyraf ke?"

3. "Hami Asraff dengan Hilal Asyraf ada apa-apa kaitan tak?"

4. "Tulisan Hami Asraff dan Hilal Asyraf hampir sama. Depa ni orang yang sama ke?"

5. "Aku sering confused antara Hami Asraff dan Hilal Asyraf".


Mai sini cik abang dan cik adik nak habaq mai. Hami Asraff dan Hilal Asyraf BUKAN adik-beradik. Ya diulangi dengan tulisan dibold dan dihurufbesarkan, kami BUKAN adik-beradik. Aku Asraff, beliau Asyraf. So kat situ dah menandakan yang kami BUKAN adik-beradik. Eh? (Macam tu pun boleh? Layannn!)

Soalan yang kedua ni nampak sangat yang aku muda. Hahaha perasan itu adalah harus sama sekali. Bukan apanya, aku lahir tahun 1985. Jadi umur aku adalah 27 tahun. Dan Hilal Asyraf lahir tahun 1989. Umur beliau 23 tahun. Jadi sangatlah impossible sekiranya aku ni adik beliau. Mengerti kalian semua?

Jadi yang dok confused lagi tu tak payah nak cofused sangat la. Oh ya bab tulisan hampir nak sama. Dengan ini dimaklumkan, aku memang tak plagiat tulisan-tulisan Hilal Asyraf yang ternyata memang best. Diakui aku memang suka buat quote. Semua quote tu kebanyakan adalah quote spontan dari minda gua secara tiba-tiba. Itu ja. Baca ENTRI INI untuk lebih pemahaman.

Itu sajalah. Satgi ada la yang kata aku nak tumpang glemer si Hilal Asyraf la tu. Eh hahaha macam-macam la hampa ni dok pikiaq. Kalau hampa nak pikiaq macam tu pikiaq la. Aku tak untung pun. Malah kerugian pun tidak. Heh!

Okey cukup. Kalau tanya lagi soalan macam ni siap!

Wassalam.


Hami Asraff:

"Kita buat apa yang kita suka. Tanpa ganggu ketenteraman orang lain. Tu pun ada yang rasa terancam. Pelik."



37 comments

June 21, 2012 at 9:10 PM

Rasanya Hilal Asyraf orang Johor, Hami Asraff orang Kedah..hehe..-stalker mode on hahaha

June 21, 2012 at 9:16 PM

muka pon ade iras2 mcm hilal,anyway he's my senior n bakal kahwin ngan my friend :)

June 21, 2012 at 9:32 PM

Hami Asraff terkenal dengan ayat kesasteraan penuh kebunga-bungaannya :)

June 21, 2012 at 9:35 PM

aku kenal kamu je la kot

Hilal sape? serius!

June 21, 2012 at 10:07 PM

Dah 27 tahun. Tapi nampak muda. Fuhhh.

June 21, 2012 at 11:31 PM

dah terjawab pon. terima kasih. nak tanya dari dulu lagi tapi segan :)

June 22, 2012 at 12:12 AM

@man yusoef Pandai!

June 22, 2012 at 12:12 AM

@♥NuR SyAFiQah♥ Tahu. Beliau ada jemput ke majlis perkahwinannya.

June 22, 2012 at 12:13 AM

@Shareeza Masalahnya terkenal ke? Heh.

June 22, 2012 at 12:13 AM

@bukankosong Err, anda boleh google namanya.

June 22, 2012 at 12:13 AM

@Juwita Afifah Makan jamu mak dara :D

June 22, 2012 at 12:14 AM

@Wadi AR Malu bertanya, sesat jalan :)

June 22, 2012 at 8:38 AM

persamaan, dua2 femes dengan cara masing-masing. hehe

June 22, 2012 at 12:00 PM

penah terkeliru jgk dlu
tp sy taw hami dlu b4 hilal

June 22, 2012 at 2:19 PM

@Siti Safiyyah Salah. Saya tak femes. Hilal sorang je yang femes.

June 22, 2012 at 2:20 PM

@sArA So jangan keliru dah lepas ni.

Anonymous
June 22, 2012 at 5:30 PM

salam... before this memang dah kenal hami n hilal.. dok cerita dekat sorang kawan pasal update2 dekat blog... last2 kawan yang confuse haha... tp skrang dia dah tau kot =D

June 22, 2012 at 6:20 PM

@Hami Asraff

nanti kalau datang majlis dia, amek gamba sekali ye. teringin plak nak tengok haha

June 22, 2012 at 7:10 PM

@fairuz InsyaAllah kalau bawak kamera. Eh. Hahaha.

June 22, 2012 at 7:10 PM

@Anonymous Syukur! :)

June 23, 2012 at 8:37 PM

sekali pandang mungkin org cakap u Hilal.. but bila teliti tidak sama sekali.. huhuu.. mayb one day u will be famous like him.. insyaallah..

June 23, 2012 at 9:59 PM

@chinta Will be famous like him? Tak pernah impi pun nak jadi famous like him or anybody else. Saya cuma menulis blog atas dasar suka menulis. Bukan saya menulis blog atas dasar mahu jadi famous. Tidak sama sekali :)

June 24, 2012 at 12:44 AM

ape maksud hami??

June 24, 2012 at 5:06 PM

@nuna Soalan anda terlalu sukar untuk menjawab. Macam tergantung pun ada. Maksud apakah yang saudari maksudkan? (-_-")

June 24, 2012 at 5:13 PM

hilal dah nak kawin, hami pulak?

June 24, 2012 at 5:56 PM

pertama kali datang blog ni..jadi tak tahu nak komen macam mana...apa2 pun nama memang dah hampir hehehee

June 24, 2012 at 7:06 PM

Sama ataupun tidak..yg ptg isi blognya penuh isi..:)
Apparently i an one of ur quote's fan..trskan hami..:)

June 24, 2012 at 8:13 PM

@Najwa Shams Oh saya kahwin bila jodoh sudah tiba. *jawapan streotaip*

June 24, 2012 at 8:14 PM

@KY Oh thank you sudi bertandang.

June 24, 2012 at 8:14 PM

@namasayatihah Terima kasih :)

June 24, 2012 at 9:12 PM

Mr. Hami dh kahwin? if not, I would like to know u more..

June 25, 2012 at 3:05 PM

Hehe. Ye la.
Maksud nama hami? Sebab tak penah dgr org nama hami.

syaima
June 29, 2012 at 12:33 PM

tak confuse pun (dgan bangganya)...haha

July 1, 2012 at 1:24 AM

pelanduk dua serupa la tu...hu3

July 24, 2012 at 9:56 PM

owh...tp muka kamu agak sama...that's why ramai yg pikir mcm 2..:)

April 5, 2013 at 11:44 PM

ooooooooooooooo......br tau....haha

Anonymous
May 17, 2013 at 8:23 AM

umur 27 tp org ckp adik hilal .haha btw Good job .best baca entry ni :)

Post a Comment

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman. Tetapi pastikan anda bukan seorang spammer ataupun cik anonymous yang tidak bertanggungjawab :)

Related Posts with Thumbnails