"Ustaz, kalau saya tak pakai tudung saya masuk neraka ke?"

July 18, 2012



Gambar hiasan


Assalamualaikum w.b.t

Sihat? Alhamdulillah. Kalau tak sihat pi telan ubat. Tak pun pi tengok muka baby. Kalau tak ada baby, tatap dan lihatlah wajah ibumu. Pasti sihat hendaknya kelak. Okey bukan nak cerita pasal ni sebenarnya.

Dan ini ceritanya yang sebenar. Bermula dari sini.

Hari tu ada la lepak dengan member-member. Pekena teh tarik segelas boleh lajak pi sampai empat jam. The power of menyembang lagu tu la. Ralit. Tak sedaq pun dok cerita pasai apa. 

Biasalah bila dah sembang dengan member, semua isu keluaq. Dari gosip dan hiburan terkini dan segalanyalah. Boleh tahan jugak kan orang lelaki kalau boleh menyembang. Haha sehingga permasalahan dunia semua angkut sekali. Hebat sungguh.

Tiba-tiba member sorang ni ada satu kisah.

"Aku teringat ustaz aku cerita. Lucu dan menarik!" beliau memprovokasi.

"Cerita apa tu sampai lucu dan menarik? Cuba hang story tengok." ceh berjaya memprovokasi aku rupanya.

"Macam ni. Ada sorang ustaz ni. Dia cerita ada sorang anak murid dia tanya "Ustaz, kalau saya tak pakai tudung, saya masuk neraka ke?" Member memulakan cerita.

"Lepas tu? Apakah jawapan ustaz hang?" soalan.

"Ustaz aku tu jawab: "Saya bukannya Ayah Pin, yang mendakwa dirinya pemegang kunci syurga dan kawannya pemegang kunci neraka. Bab siapa masuk syurga dan neraka bukan kerja saya dan bukan manusia yang tentukan. Tapi yang pastinya perbuatan tidak memakai tudung (tidak menutup aurat) menjurus ke neraka Allah. Dan jika kamu menutup aurat dengan sempurna insyaAllah akan masuk syurga. Wallahu'alam."

Perghhh jawapan padat, hebat dan mantop dari ustaz hang! Kami tergelak kecil. Jauh di sudut hatiku, kebenaran yang sangat terserlah.





***************





Semua orang tahu kewajiban menutup aurat. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi biasalah manusia itu terkenal dengan sifat degilnya. Masih berdegil menentang agama, hukum Allah. Manusia memang mudah alpa dan leka. Selagi tidak berlaku apa-apa pada mereka, selagi itulah manusia akan berada di awang-awangan keseronokan berpaksikan nafsu dan hasutan syaitan.

Bersempena Ramadhan yang kian menjelang tinggal beberapa hari sahaja lagi ni, marilah kita berazam perbaiki diri. Yang tidak bertudung, apa kata mulalah bertudung. Jangan tunggu ready ke belum ready. Tapi paksalah diri untuk ready. Kerana menjalankan kewajipan itu kadangkala perlu dilakukan dalam keadaan terpaksa. Dan insyaAllah keikhlasan itu muncul kemudian.

Moga kita sentiasa perbaiki diri menjadi insan yang lebih baik. InsyaAllah.



Hami Asraff:


"Jangan sesekali pertikaikan hukum Allah. Hukum yang Allah telah tetapkan adalah yang terbaik untuk para hambaNya."





You Might Also Like

19 Comments

  1. salam alayk,

    sebab tu la salah satu dr 10 muwasafat tarbiyyah ada menyebut mujahadah melawan nafsu.

    walaupun tahu kalau tak menutup aurat tu dosa, tapi macam tu la,lebih memuliakan nafsu.

    Rasulullah Saw bersabda yang ertinya: Tidak beragama seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).

    ^^

    ReplyDelete
  2. nice :)
    perkongsian sbg ingatan diri dn terus yakinkan diri segalanya yg Allah tetapkan adalah yg terbaik buat kita.. dlm tafsiran Al-Quran juga ada brfirman bhawa tidak sesuatu perkara berlaku dgn sia2 sgalanya penuh hikmah.. moga Allah membri kekuatan dalam memperbaiki diri ke jalan benar.. Insya-Allah.. Salam Ramadhan yg bakal mnjelang.. bln kbrkatan dan penuh rahmat buat kte utk m'abdikan diri pd-Nya.. :)

    ReplyDelete
  3. subhanallah ..semoga Allah memberi hidayah & istiqomah kpd kita semua..amin

    ReplyDelete
  4. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” -Al Baqarah:16

    Yakinlah.. Allah Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah...

    siapalah kita untuk mempertikaikan hukum Allah..sebagai hambaNYA...kita wajib turuti

    SELAMAT BERPUASA HA

    ReplyDelete
  6. betul tuh..jgn sesekali pertikaikan hukum Allah ..

    ReplyDelete
  7. bagus sungguh jawapan ustaz tu. mantap!

    ReplyDelete
  8. mnusia slalu mempertikaikan stiap peraturan and hukum . insyaAllah mudah2an mereka semua dibukakn pintu hati menerima hidayah drpd Allah SWT dan thu membezakan mna betul dan mna salah :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.
    Nice sharing. thanks. :)

    ReplyDelete
  10. isu b'tudung memang sensitif...h0pe sume yg blum b'tdg dpt hidayah n then pakai tdg...n yg dah sedia b'tudung pakai dgn sempurne....kite same2x d0akan ALLAH bg hidayah kay....entry yg pnuh dgn nasihat...nice =)nh...

    ReplyDelete
  11. fuhh sgt menikam kalbu jawapan tu. +1 tu ustaz

    ReplyDelete
  12. sebab tulah kita kena sangka baik dengan orang kan..nak masuk syurga tu atas rahmat allah..allah yang tentukan dan pilih...kita pun tak tau sebab apa allah nak masukkan kita ke syurga,,kadang2 dengan amalan/perkara yang tak pernah kita ingat atau sangka2...

    tapi sebagai hamba kenalah ikut perkara2 yang allah suruh...jangan ingkar..

    semoga kita semua dapat masuk syurga dan allah tambah iman kita...amin..:)

    ReplyDelete
  13. Allah itu maha pengampun..segeralah bertaubat jika melakukan kesalahan.. :)

    ReplyDelete
  14. suka sangat2 dengan jawapan ustaz tu dan akak pun suka sangat2 berteh tarik dengan kawan2 ni :D

    ReplyDelete
  15. Terima kasih. Peringatan untuk diri :)

    ReplyDelete
  16. betul, tapi kan bila kita nak berubah, mesti ada saje yang menyindir kita. rasa sedih pun ada, bila kita bagi nasihat, orang pulak kata kita macam itu lah, inilah..cakap kita pun buat salah lah, apalah. memanglah tapi kan, kita pun bukan manusia yg sempurna pun. kita pun buat salah jugak. peace...;-)

    ReplyDelete
  17. bukan urusan kita sebagai manusia biasa untuk menentukan syurga atau neraka...tetapi sudah ada peraturan yang ditetapkan yang perlu kita ikuti untuk kita mengetuk pintu syurga...

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe