Tuesday, March 27, 2012

Lumrah Kehidupan: Manusia Datang Dan Pergi Dalam Hidup Ini







Assalamualaikum w.b.t

Mendongak ke langit. Memerhati alam sekeliling. Membuang pandangan kosong. Keadaan tampak berbeza. Semuanya bertukar serta-merta. Cepatnya keadaan berubah. Pantasnya masa berlalu. Lajunya manusia mengalami perubahan. Sedarlah, ini yang dinamakan kehidupan.

Apabila menyorot kembali rentetan hidup yang telah berlalu pergi, akan terbit rasa sayu di hati. Sekilas rasa gembira yang banyak sekali. Disilih gantikan dengan pelbagai rasa yang bercampur aduk menjadi satu. Sedih, kecewa, suka, duka, terharu, terkilan, rawan dan segalanya. Unik sungguh punya rasa-rasa ini semua. Semuanya berkumpul dalam membentuk rasa. Menyedarkan yang kita hanyalah manusia biasa yang kerdil dari pandanganNYA.

Dari bangku sekolah kita punya rakan-rakan seangkatan. Apabila memasuki sekolah menengah rakan-rakan lain pulak kita temui. Apabila tamat sekolah rasa seperti hilang rakan-rakan apabila memasuki alam Universiti. Di Universiti kembangan rakan-rakan itu lebih meluas. Pelbagai rakan segenap inci negeri ditemui. Tak kurang juga yang mencari buah hati di sini. Dan fasa kehidupan diteruskan apabila memasuki alam kerjaya. Sekali lagi kita dihadapkan dengan manusia-manusia yang baru. Dan pada klimaksnya alam perkahwinan.

Selama kita melalui seperti yang diutarakan di atas sudah berapa ramai manusia yang datang dan pergi dalam hidup kita? Mesti ramai bukan? Dalam ramai-ramai akan muncul seorang dua yang masih setia menemani hari-hari yang layak digelar sebagai sahabat sejati. Sahabat sejati itu akan ada walaupun tidak sentiasa hadir di mata. Mereka pasti ada di saat kita perlukan mereka. Jika tiada pun tidak mengapa. Terima sahaja.




Kadang-kadang ada yang bersedih memikirkan hal ini. Tak perlu bersedih. Terimalah aturan Allah ini dengan tenang sekali. Setiap orang punya kehidupan yang telah direncanakan Allah untuknya. Bergantung bagaimana pengendalian dalam usaha untuk teruskan hidup. 

Tidak perlu bersedih andai mereka hilang ataupun lari dari hidup anda. Belajarlah terima hakikat yang di mana inilah kehidupan. Belajar jangan mengongkong kehidupan orang lain. Manusia punya hak dan keputusan untuk lakukan apa sahaja yang terbaik dalam hidupnya. Begitu juga kita bukan? Makanya itulah keadilan yang Allah sudah berikan pada kita.

Manusia akan terus datang dan pergi dalam hidup kita. Kita juga akan terus datang dan pergi dalam hidup orang lain. Apa yang perlu kita sematkan di hati dan fikiran ialah, berbaik dan berbaktilah dengan semua orang. Berbaik dan berbaktilah kepada semua orang tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ada hikmah di setiap pemergiaan manusia yang pernah hadir dan pergi dalam hidup kita. InsyaAllah satu hari kita akan temui hikmahnya.

Ingat, andai semuanya pergi dalam hidup kita, sekurang-kurangnya kita masih punya keluarga yang tetap menyayangi dan kita akan temui jodoh untuk terus layari bahtera perkahwinan sehingga akhir hayat. Andai sudah mendirikan rumah tangga, jagalah ikatan itu sehingga hari muka. Moga kita semua terus berbahagia. Senyum dan terima segalanya :)



Wassalam.

Hami Asraff:

"Jangan menoleh pada kehidupan yang lalu. Fokus pada kehidupan yang mendatang. Hadapi dengan cekal."



28 comments

March 27, 2012 at 8:06 PM

Assalamualaikum...

Benar, ada hikmah di setiap pemergian manusia yang pernah hadir dan pergi dalam hidup..

Tanpa disedari, pengalaman tersebut jugalah yang telah mematangkan dan membuatkan kita lebih cekal untuk meneruskan kehidupan.

Sangat berterima kasih atas perkongsian..

Wassalam. :)

Anonymous
March 27, 2012 at 8:13 PM

kahwin?? bilekah

March 27, 2012 at 8:20 PM

tetapi kadangkala terfikir kenapa manusia mudah melupakan kisah lalu dgn sekelip mata dan dapat menerima kehadiran org lain begitu mudah...

March 27, 2012 at 9:23 PM

Asalam..
Sebab itu blog saya " Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan" berbagai rasa, asam garam kehidupan...

Anonymous
March 27, 2012 at 10:22 PM

rindu shah alam..bile la aku nak ke sana lagi ye..

Hami, panjang umur, jumpa lagi~

March 27, 2012 at 11:54 PM

salam...skrg sy sedang bersedih..sahabat baik sudah berubah...sehingga depan2 dia cakap kat saya "aku dah tak tahan dgn kau lg" .semua blaku ats slh fhm orglain..puas dijelaskn tp tdk dpt djernihkn..Subhanallah...kecewa tidak terkata hti ini. but life must go on kn????

March 28, 2012 at 1:27 AM

ya ALLAH...suka sangat dengan entri nie..sangat bermakna buat saya...:)

March 28, 2012 at 8:30 AM

itulah lumrah kehidupan, setiap yang datang itu pasti dia akan pergi bila tiba masanya..

nik
March 28, 2012 at 9:44 AM

assalam...yup..life must go on...yang bab kwn tu mmg stuju sgt..kalu dah abes sk tu,smua ilang tapi x semua,sbb still ada shabat yang sme2 dgn kita dlu..sbbkan shbt tu la,kita kdang2 jd smangat..and kadang2 kita jgk kna padang ke masa lampau untuk memperbaiki kehidupan di masa akan datang..sbab guru yang paling baik adalah kehidupan di masa lalu...
senyum selalu...:)

March 28, 2012 at 11:20 AM

@[ Yuyu Atiqa ]:

Waalaikumussalam. Pengalaman manusia itu mahal.

March 28, 2012 at 11:20 AM

@Anonymous:

Eh amboi!

March 28, 2012 at 11:21 AM

@mazelina punye bLog:

Kerana dia redha :)

March 28, 2012 at 11:21 AM

@etuza:

Ya itulah perencah di dalam kehidupan kita seharian :)

March 28, 2012 at 11:21 AM

@Anonymous:

Okey jumpa lagi. Eh tapi siapakah anda?

March 28, 2012 at 11:23 AM

@Gadis Merah Jambu:

Berdoa dan teruskan hidup!

March 28, 2012 at 11:23 AM

@hazanis:

Moga-moga ia bermakna untuk kita semua. InsyaAllah.

March 28, 2012 at 11:24 AM

@mas saari:

Dan kita perlu bersiap-sedia sentiasa.

March 28, 2012 at 11:25 AM

@nik:

Kutip sisa-sisa lampau untuk dijadikan pengajaran pada hari ini. InsyaAllah.

March 28, 2012 at 12:26 PM

Itulah manusia...Lumrah kehidupan.

March 28, 2012 at 11:44 PM

mendalam.. satu penulisan yang menarik.. :)

Anonymous
March 29, 2012 at 2:11 PM

ye.. bile hari bahagia nye??

April 1, 2012 at 11:58 AM

salam...entry ni betul2 memberi semangat. :)

April 1, 2012 at 5:26 PM

best bca nih :D setiap yg berlaku ada hikmahnya. yg pergi tu biarkan mereka pergi dgn tenang dan kit harus merelakan pemergiannya. hidup harus diteruskan dan harus byk bersabar walau apa jua yg berlaku.

April 3, 2012 at 3:38 PM

setiap orang akan melalui hal macam nih. tak sekarang akan datang. kadang di luar sedar kita.

April 5, 2012 at 9:06 PM

salam sahabat

pertama kali melawat ke sini...menarik sekali penulisan, byk membangkitkan hati kepada-NYA. Teruskan menulis insyaAllah bakat tu akan terus digilap lebih padu =)

Datang gembira, pergi duka. Kdg2 lupa Allah menguji manusia...moga yang alpa diampunkan-NYA

Anonymous
April 10, 2012 at 11:34 AM

Salam...;)
saya baru 1st time baca tinta blog nie..N entry nie membuat saya sayu mengenangkan shbt sejati saya.. what ever pun apa yang dicoretkan membuatkan saya bertambah yakin dengan apa yang telah direncanakan oleh Sang Pencipta untuk hamba-hamba Nya..

April 10, 2012 at 3:01 PM

Blogwalking here...

cik iena follow your blog..
follow my blog juga ye(^_~)
www.ienaeliena.com

Cik Nurul
April 13, 2012 at 12:04 AM

so true..

people comes and go..
but there are someone will comes and leave footprints in our heart.. :)

Post a Comment

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman. Tetapi pastikan anda bukan seorang spammer ataupun cik anonymous yang tidak bertanggungjawab :)

Related Posts with Thumbnails