Kadangkala Tak Semua Perkara Perlu Diperbahaskan

by - March 07, 2012







Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar pencinta dunia dan akhirat sekalian?

Manusia makhluk yang bijak. Ye lah kita semua makhluk yang bijak-bijak belaka. Manusia akan terus mengkaji, menganalisa, mengupas, membongkar, menyelinap seribu satu persoalan dengan harapan membuahkan hasil yang membanggakan. Dengan harapan dapat menyingkap pelbagai tanda tanya di dalam diri.

Maka, perbincangan telah berlaku. Kadangkala perbincangan yang baik berlarutan sehingga membawa kepada perbalahan yang tidak sihat. Perbalahan kepada ingin menegakkan benang yang basah. Masing-masing tidak mahu kalah. Bersikap mempertahankan diri itu ada. Egois juga turut serta. Lantaklah! Janji aku rasa aku betul.

Jadi mari aku bawakan sebuah kisah ringkas yang aku rasa rata-rata orang pernah dengar ataupun bacanya.





***********




Dua orang pemuda berdebat sesama mereka di sebuah warung kecil di tepi jalan. Perbincangan mereka ialah tentang telur dan ayam; mana yang wujud dahulu.

"Tentulah telur ayam, barulah menetas jadi anak ayam dan seterusnya jadi ibu ayam."

"Dari mana datangnya telur kalau tiada ibu ayam? Jadi, tentulah ibu ayam yang wujud dahulu, barulah dia bertelur."

"Ish, tak logik! Habis tu dari mana datangnya ibu ayam itu? Mesti dari telur jugak kan?"

Pakcik tua pemilik warung mencelah perbincangan mereka. Niatnya hanya ingin meleraikan yang kusut.

"Apalah yang kamu bertekak ni. Cuba tanya pakcik yang terlebih dahulu makan garam ni."

"Haa... Yang mana wujud dahulu pakcik, telur atau ayam?"

Jawab pakcik itu: "Pakcik tidak pastilah telur atau ayam, tetapi yang pastinya, semuanya Allah yang wujudkan."




************



Amacam? Tersentap tak dengan jawapan pakcik tu?

Kadang-kadang dalam hidup ini kita tidak perlu terlalu fikirkan apa yang tidak sepatutnya kita fikir. Kadangkala dalam hidup ini kita kena belajar untuk menerima ianya memang telah sediakala begitu. Memang itu adalah aturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Sudah takdirnya begitu. Bukan apa, kita terus mengupas, berbalah, tiada kesudahan. Yang ada cuma emosi dan marah-marah. Untuk apa? Tiada manfaat bukan?

Pengajaran: Yang pasti Allah telah sedia wujud, tiada permulaan dan tiada pengakhiran. Kita hanya makhluk, merupakan ciptaanNya yang semestinya muncul kemudian, ada awal dan akhirnya.

Moga ada manfaat bersama. Wassalam.


Hami Asraff:

"Seriuslah dalam membuat ibadat. Seriuslah dalam membuat persediaan menuju ke akhirat."


You May Also Like

27 comments

  1. Ha'a kan. Masih terfikir jugak ni mana keluar dulu ni. Ehihihi:)
    Betul tu, yang pasti semuanya daripada Allah:)

    ReplyDelete
  2. kalau dah perangai tu asyik nak menang, perkara langsung tak berfaedah pun nak dibahaskan. :)

    ReplyDelete
  3. Kadang2 kita terlalu memikirkan suatu perkara sehingga mengabaikan perkara lain membuang masa dan tenaga.

    ReplyDelete
  4. sangat menarik perkongsian kali ini~~
    renungan bersama bahwa kte kena yakin Allah adalah awal dan akhir.. sgala2nya milik Allah.. dn juga ingtn kte terhadap erti syukur dalam apa yg kte miliki kini... =) syukran jazakaallah khairan atas perkongsian ^_^

    ReplyDelete
  5. @yana halim:

    Ye ada je orang jenis macam tu. Tetap mahu tegakkan benang yang basah. Kadang-kadang tak faham.

    ReplyDelete
  6. @Anonymous:

    Dan selepas itu diri sendiri yang naya :D

    ReplyDelete
  7. @sea_lavender:

    Itu yang sebaiknya perlu disematkan diminda. Sama-sama.

    ReplyDelete
  8. bila masalh wujud,akl mgkin xleh fikir..sbb tu amik mas..tngkan fikiran dlu dan lkukan terbaik..

    ReplyDelete
  9. Allah itu maha b'kuasa..klu dia boleh cipta Adam dan Hawa,dia juga boleh cipta ayam :)

    ReplyDelete
  10. Kadang pernah tertanya bagaimana Allah swt itu wujud. tapi lepas tersedar cepat2 beristighfar. MasyaAllah terlalu jauh mengelamun

    ReplyDelete
  11. betul!pernah jugak tertanya-tanya apa yang keluar dulu ayam atau telur, tapi bila last2 masih tak tahu jawapan, barulah tersedar yang semuanya dari Allah, tak perlu nak di persoalkan lagi..huhu

    ReplyDelete
  12. dlu masa sy kecik2 selalu sgt bg persoalan pelik2 kat mak...mak knp itu? knp ini? knp begitu? knp begini? smpai letih mak nk melayan...

    stiap kejadian tu ada sbb dan musababnya kan..dan semua tu rahsia Allah..

    ReplyDelete
  13. haa btol tu... jawapan pakcik laa yg paling tepat...

    ReplyDelete
  14. setuju...kadang ada persoalan yang tak perlu dibahaskan... semua ciptaan Allah s.w.t ada aturan tersendiri...


    sia-sia berbalah hanya kerana ayam dulu atau telur dulu sebagai contoh... ^_^"

    ReplyDelete
  15. betul tu.. sepatutnya kita terima segala kejadian Allah itu dengan rasa bersyukur!

    ReplyDelete
  16. ALLAH sentiasa bersama kita..:)

    ReplyDelete
  17. setiap kejadian itu Allah telah jadikan sebaik-baiknya...

    ReplyDelete
  18. erti kata lain Percaya n Yakit kepadaNya kan? Apa pun permasalahan nya pasti ada hikmah nya kan?

    ReplyDelete
  19. hanya Allah yang memahami segalanya..:)

    ReplyDelete
  20. saye tau...saye tau... citer nie da bace dlm solusi bulan nie :D
    -mengomen dengan senyuman-

    ReplyDelete
  21. Selalu bermuhasabah diri, tq share idea ..moga ada hikmah ya..

    ReplyDelete
  22. As Salam...

    Entri yang memberi inspirasi & menjadi peringatan. InsyaAllah;)

    ReplyDelete
  23. perkara mcm tu tak usah dibahskan. yg penting , Dia lahri dulu. Dia yg mencipta segalanya. (:

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)