Friday, April 13, 2012

Tak Susah Pun Nak Update Blog Sebenarnya






Assalamualaikum w.b.t

Memang tak susah pun. Cuma kadang-kadang malas. Malas menaip. Bila malas dan menaip bergabung, maka terhasillah malas mengupdate blog. Bila tak update blog, maka ianya akan menyebabkan blog bersawang. Tetapi setakat ni aku tak nampak lagi sawangnya. Okey cukup. Makin menghampiri zon merepek. 

Inilah yang terjadi jika dah lama tak update blog. Hilang sudah segala kosa kata untuk diuntaikan. Apatah lagi idea-idea terus terperangkap dalam peti minda. Sikit demi sedikit hilang dibawa arus relung masa.

"Kenapa tak rajin update blog?"

Terharu bangat bila dapat soalan begini. Rasa macam "Eh ada jugak yang sudi baca blog hampeh aku ni". Monolog dalaman. Hurmmm..., rasanya telah pun diutarakan dalam entri "Kenapa tak rajin update blog?". Kelik lekaih dan baca. Kat situ dah habaq pasaipa aku makin tak rajin update blog kini.

Sebenarnya tak susah pun nak update blog. Macam sekarang ni la. Cuma perlu kerajinan diri sikit dan boleh terhasil sebuah entri. Entri pulak ada macam-macam jenis. Entri copy paste paling senang if nak update blog kerap. Entri berkisar diari jugak antara entri yang memungkinkan kekerapan update untuk sesetengah blogger. Jadi terserlahlah pada setiap blogger macam mana nak hasilkan entri.

Hanya update entri berkualiti je ke?

Hehe. Depend. Bukan semua entri kat blog aku ni berkualiti. Eh ada ke berkualiti? Aku tak pasti. Hampa yang baca, hampa yang nilai sendiri. Aku cuma tulis apa yang aku rasa, dari hati. Itu sahaja. Ada jugak merepek-repek aku dalam blog ni. Cuba terai pi korek balik entri-entri aku yang tahun-tahun lepas. Dijamin memang banyak disajikan dengan entri yang merepek.

Motif entri ini? Tak ada la motif sangat. Cuma nak habaq nak update blog tak susah pun sebenarnya. Cuma kekangan masa itu yang menghalang kadangkala. Tapi insyaAllah akan update jua. Kerana apa? Tiada sebab lain. Kerana aku suka menulis :)

Sebelum aku caw let's ushar video kat bawah ni. Kalau yang pernah ushar tu ushar la sekali lagi. Tak salah pun. 




Mesej yang bagus disampaikan dalam video ni. Alangkah indahnya dunia jika manusia mengamalkan sifat tolong menolong tanpa mengira pangkat dan darjat.


Hami Asraff:

"Jangan berhenti dengan apa yang telah kita mulakan. Berhentilah apabila telah siap sempurnakan perjalanan."


18 comments:

mas saari said...

bagi saya tak kisah entri apa janji ada sesuatu yang boleh diambil sebagai kebaikan bersama..

[ Yuyu Atiqa ] said...

assalamualaikum..

memang " tak susah pun nak update blog sebenarnya ".. :)

yang menanti anda update blog tentulah sebab di antara entri anda ataupun mana-mana bahagian dalam blog anda ni mempunyai daya penarik yang sangat baik dan hebat..

Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian serta mesej yang bermanfaat untuk tatapan bersama..

Wassalam.
[ Yuyu atiqa ]

Cik Nur said...

mmg setuju sgt2..kalau dah malas..mmg buat apa pun malas..

taip malas, fikir malas, nak keluarkan segala idea pun malas...

dasyat sungguh kuasa malas.

Wan Ahmad Izudean said...

gunalah windows live writer.
boleh save as draft dan sambung sikit2 :)

Umar Faruq said...

Betul tu.. Aku pun bukannya selalu update entri yang berkualiti.. Tapi aku update je.. Sebab setiap entri tu aku anggap sebagai latihan untuk jadi blogger yang lebih baik..

syafiqah nabilah said...

terharu dengan video yang sangat best tu =)

Syazwan Che Deraman said...

internet tak okey bro.
sempat tengok suku je video tuh.

takleh nak huraikan sepenuhnya,
apa apa pun, bestkan kalau dunia ni aman.

didahulukan yang mana penting sebab tu jarang update kan.

have a good day bro.

junny said...

Saya baru je subscribe blog saudara. Tahu pun bila tengok tweet IM Asyraf. Entry yg ringkas tapi ada mesej. The video is very interesting. Keep on writing brother! :)

Cik Nurul said...

:)

etuza said...

yup! hanya rajin, tu ja, kena cari n3 yg bagus2 lah juga kan. Tahniah dah update

Aliff Haikal said...

malas menaip di tambah dengan tiada idea maka jadinya malas menaip kerana tiadanya idea . okay paham . hehehehe

noor said...

terima kasih...saya suka...=)

Putry said...

bagi putry la kan... putry kadang2 pun malas gak nak menaip ni.. tp dalam sehari mesti putry akan update... tak kesah kalau publish sekeping gambar sekalipun hihih :).. nice entry...



dtg dr
www.putryain.com
putry folow sini... :) selamat berkenalan

jhariso said...

Kan namanya pun blogger, walau malas macamnana sekalipun, tetap juga menulis.
Nice entri bro..

Si Matatajam said...

Antara video yg paling best dlm seumur hidup M. Tq for sharing..

mila said...

salam..

nape dah lame x update blog..

hanif said...

malas la punca blog terbengkalai...kadang2 idea nak menulis secara kreatif pun menjadi punca..hu3

Nur Insani said...

salam.yup,tak susah mana pun nak update blog ni..tp 'penyakit' ni slalu datang.rasa malas nak update.huhu