Tragedi Dan Rahmat Syawal

September 07, 2011




Assalamualaikum w.b.t

Ramadhan berlalu pergi dengan membawa seribu satu cerita. Cerita suka, duka, kenangan manis, pengalaman menarik dan pelbagai lagi rentetan rona kehidupan. Dalam mengejar kehidupan yang penuh berliku di hadapan. Hunus jua satu persatu untuk meneroka jalan. Adakalanya jalan itu mudah saja tersedia. Adakalanya terlalu sukar. Masih samar bayangan. Mahu tak mahu harus tekad berjuang. Terus melangkah gagah.

Hari ni sudah pun 8 Syawal 4132 Hijrah. Masa terus berlalu. Berlalu meninggalkan kita yang masih terpinga-pinga dan ternganga. Ada orang kata masa itu emas. Tak kurang jugak masa itu berlian. Tapi bagi aku masa itu ibarat nyawa. Hilang nyawa tiada ganti. Hilang masa juga tiada ganti. Lagi-lagi mahu dibeli. Kalau boleh, silalah beli. Mahu jugak aku membeli. Mahu ganti masa-masa yang terbuang begitu sahaja.

Kedatangan Syawal kali ini agak berbeza. Telah di ceritakan di dalam entri Cerita 1 Syawal 1432 Hijrah. Dan itu permulaan untuk bulan Syawal. Ada lagi peristiwa yang berlaku dalam bulan ini. Peristiwa yang membawa kepada pedoman hidup.


1 September 2011 (3 Syawal 4132 Hijrah)

Tragedi Syawal



Tepat pukul 1:30 pagi abang aku dengan tiba-tiba mengajak aku keluar.

"Jom keluaq sat!", ajaknya.

"Pi mana malam-malam buta ni?", tanya aku kebingungan.

"Jom la...", beliau terus mengajak tanpa menjawab soalan aku.

Tanpa bercakap banyak, aku mencapai wallet dan menghidupkan enjin kereta. Dalam perjalanan, aku bertanya lagi. Kali ni baru abang aku bersuara.

"Adik accident.", jawapnya ringkas.

Jawapan padat yang buat aku rasa tersentap seketika.

"MasyaALLAH, accident dekat mana?", tanya aku dengan rasa ingin tahu.

"Jalan belakang UUM. Cepat sikit bawak.", jawapan dan arahan padaku.

Aku menambahkan pecutan kereta. Agar cepat sampai. Kawasan berkenaan gelap. Sampai-sampai ada sebilangan orang mengerumuni adik aku. Dialek percakapan mereka seperti warga Indonesia. Kepala adik berdarah. Tangan kirinya tidak mampu diangkat.

"Bangteh, bawak adik pi hospital cepat. Bangcik bawak balik moto.", arah abang padaku.

Tanpa perlu berfikir banyak, pecutan terus dilakukan. Menuju terus ke Hospital Jitra. Setengah jam jugak jarak perjalanan. Perjalanan dirasakan lambat sampai. Sambil itu aku telefon ibu di rumah. Ibu terkejut bukan kepalang. Bukan apa, tadi aku ada saja di rumah. Aku keluar dengan abang aku tanpa memberitahu sesiapa. Alasan abang aku adalah mahu siasat dulu. Mana tahu kot kot tak teruk accident tu. Aku cakap pada ibu pergi terus ke Hospital Jitra. 

Sampai di Hospital Jitra, aku terus ke wad kecemasan. Tergesa-gesa mengambil wheel chair. Bawak adik dan masuk ke dalam wad terus. Alhamdulillah tak ramai pesakit ketika ini. Sekurang-kurangnya tak tunggu lama untuk mengubati luka-luka adik aku. Pemeriksaan pertama. Adik terpaksa dijahit di kepala. Garisan luka yang agak panjang. Bahu kiri terpaksa di X-Ray terlebih dahulu. Dan keputusannya, bahu adik patah.

Di luar hospital. Ibu, abang-abang dan adik sudah sampai. Juga saudara mara turut serta. Kebetulan adik-adik ibu datang beraya di rumah. Maka ramai jugak yang bertandang ke hospital malam tu. Tunggu sampai ke pagi jugak. Sampai ke rumah dalam pukul 5:30 pagi. Rawatan susulan hanya perlu di rumah. Dua, tiga hari terbaring saja di rumah. Dan alhamdulillah kesihatannya makin baik. Cuma bahu kiri yang patah itu perlu mengambil sedikit masa untuk sembuh. Moga cepat sembuh.


Wajah motosikal adik selepas kejadian. Adik tak mahu gambarnya dimasukkan di sini. Menurut perintah.


3 September 2011 (5 Syawal 1432 Hijrah)

Rahmat Syawal




Malam tu aku online seperti biasa. Ibu aku baru hendak masuk tidur. Dalam pukul 11:30 malam macam tu. Sebelum ibu tidur, beliau sempat pesan padaku sesuatu.

"Bangteh, jangan tidoq sangat. Tidoq tidoq ayam sudah la. Takut-takut kakak Fatin kamu tu dah tiba masanya.", pesan ibu.

"Oh baik, no hal.", jawab aku ringkas.

Kakak ipar aku memang sudah cukup masa untuk bersalin. Memang menunggu masa dan ketika. Abang aku pun selalu ingat supaya berjaga-jaga. Yer la anak sulung abang aku. Mesti teruja yang amat sangat. Aku juga turut serta teruja. Yer la bakal dapat anak buah yang keempat :)

Dalam pukul 12:00 malam abang datang ke bilik ibu. Menurut abang, kakak Fatin dah menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin. Juga sempat memberitahu aku. Lantas, aku terus menghidupkan enjin kereta. Aku perlu menemani abang, kakak ipar dan ibu ke hospital. Adik yang terlantar sakit bersama adik aku sorang lagi di rumah.

Kami mengambil keputusan mahu ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis walaupun sebenarnya Hospital Jitra lagi dekat. Alasan abang Hospital Kangar lebih ramai orang. Lebih ramai doktor dan peralatan mengcukupi. Akur sahaja kehendak abang. Masih bertindak menjadi pemandu kereta. Sampai di hospital terus ke wad bersalin. Ramai jugak orang. Biasalah orang sakit memang tidak pernah surut. Waktu ni dalam pukul 1:30 pagi. Tunggu punya tunggu dan tunggu kakak ipar baru disahkan boleh masuk wad. Pukul 5:00 pagi kami pulang ke rumah. Esok pagi pulak datang semula.

Esok paginya aku, abang dan ibu sampai hospital dalam pukul 9:30 pagi. Abang nampak gelisah. Mestilah gelisah. Bakal jadi bapa. Abang cuba hubungi isterinya tak dapat. Difahamkan isterinya sudah dimasukkan ke dalam delivery room. Moga selamat semuanya. Berdoa dalam hati. Tepat pukul 10:00 pagi abang dapat panggilan daripada nurse. Alhamdulillah berita gembira. Selamat dilahirkan. Bayi lelaki.

(Anak kepada abang dan kakak iparku. Ada tulis di entri Majlis Perkahwinan Braderku Selamat Dijalankan & Diriku Sebagai Pengapit Pengantin)







Ahmad Harith Amsyar. Nama yang dicadangkan oleh abang. Tak tahu kemungkinan tukar lain atau tidak. Tapi bagi aku sudah sedap dah :)

Alhamdulillah. Begitulah kisah dan ragam kehidupan. Di sebalik setiap kejadian yang berlaku, ada rahmat yang terselindung. Kita tidak pernah nampak sehinggalah kita akan temuinya sendiri suatu hari nanti. Jadi mahu tak mahu kita teruskan hidup dan tempuh hidup ini dengan sebaiknya. Rancangan kehidupan dengan terbaik. Tidak mengapa jika perancangan selalu tersasar. Yakinlah perancangan ALLAH itu yang terbaik. Terlalu sempurna sehingga tidak mampu dibayang dek akal fikiran.

Itu sahaja perkongsian kali ni. Moga kita terus semangat dan tabah menjalani hari-hari yang mendatang.

Wassalam.

Hami Asraff:


"Di saat membuka mata, di saat itu sebuah amanah tercipta. Di saat itu juga harapan digalas bersama. Di sebalik semua kedukaan yang ditimpa, ALLAH akan hadiahkan sebutir sinar kebahagiaan."


You Might Also Like

20 Comments

  1. Salam Hami..
    moga adik hami baik2 dan cepat sembuh.. tahniah juga dapat anak sedara yg ke 4.. comel sgt.. nama pn sedap..

    rahmat ramadan & syawal: 29 Ramadan, dapat sepasang anak sedara kembar yg ke 26 dan 27.. :)

    ReplyDelete
  2. smoga adik HA sembuh sepenuhnya dgn cepat insyaallah... kesian moto LC tu hee

    tahniah utk abg HA! semoga anak beliau jd org yang baik2 (^___^)

    ReplyDelete
  3. @HaiDa HiDa:

    Waalaikumussalam. Terima kasih. Amin. Tahniah jugak untuk anda :)

    ReplyDelete
  4. @Mohd Khairi Khadzir:

    Tu la pasai kesian kat moto LC tu. Tapi nak buat lagu mana kan? Benda dah jadi. Oh amin. Terima kasih atas doa.

    ReplyDelete
  5. moga si adik sihat seperti biasa and tahniah atas kelahiran anak buah yang baru :)

    ReplyDelete
  6. semoga adik hami cepat sembuh...
    saye pn pernah accident patah tulang rusuk puasa tahun lepas..heheh...
    comel la harith..
    =D

    ReplyDelete
  7. moga adik cepat sembuh. and comel sangat baby boy tu. tahniah, dh dapat ank buah ke4. =)

    salam lebaran ^^

    ReplyDelete
  8. semoga adiknya cepat sihat.
    sama ler ngn anak kty , accident jugak pada 5 syawal, berjait kepala,calar balar muka ,kaki, alhamduillah tade yg patah..

    selamat hari raya

    ReplyDelete
  9. moga si adik tu cepat sembuh ya :)
    dan saya pun dapat cousin baru jugakkk raya nie , hihihihi.
    tahniah dapat anak buah baruu!

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..sedap nama tu..semoga semuanya dalam lindungan Allah..=)

    Tahniah utk ur brother & sister juga utk diri kamu..dapat anak buah baru..

    ReplyDelete
  11. moga cepat sembuh..ciannya !!

    slmt hari raya

    http://batulesung.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. semua dah ucap untk adik hang dan koponakkan kamu...aku nak ucap utk motor adik hang plak....semoga si LC cepat sembuhhh...he3

    ReplyDelete
  13. assalammualaikum

    moga adik akhi Hami cepat sembuh.

    Tahniah sbb dapat anak buah yg ke-4..comel secomel namanya.

    ReplyDelete
  14. Takziah & tahniah.. 2 perkara berlaku dalam bulan yang sama.. smg tabah..

    tuned music sgt meruntun jiwa ~ huhuhuu

    kalo bahu patah mas alame jgk nak sembuh.. elok wt rwtn tradisional "sangkal putong"... tak tau la org kedh panggil pa.. hehe

    ReplyDelete
  15. semoga adik yg excident tu cepat sembuh, and anak buah baru tu sangatlah comel..geram tgk!namenye pangkal HA jugak..nice...selamat hari raya..:)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah rezeki Allah..:) Ada hikmah juga disebalik musibah..smga adik anda cepat sembuh..amin..:)

    ReplyDelete
  17. tahniah dan takziah..semuanya dari Allah...ada hikmah disebalik setiap kejadian...:)

    salam aidilfitri hami..


    ~nurzunairah~

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe