Kenangan pasti datang dan terus datang menerjah. Tempislah sebanyak mana pun. Nescaya tidak mampu ditangkis. Ia terus menyinggah tanpa dipinta. Hati, diri dan minda terpaksa turut serta. Masakan mampu melawan apabila hati sudah dirajai. Akur dan pasrah menjadi sandaran. Pada hamparan sebuah kenyataan.Tiada sesiapa di dunia ini pinta untuk bersedih.Aku, kamu dan mereka juga.ALLAH itu Maha Mengetahui.Hami Asraff3.05 pagi28/4/2011Di kamar sepi ...
Assalamualaikum w.b.t(Sambungan dari entri Rentetan Pemergian Ayahanda Tercinta Menghadap Ilahi [Part 1])Seumur hidup ayah tak pernah sakit. Maksud aku sakit-sakit yang dianggap teruk. Alhamdulillah untuk itu. Sekadar demam, sakit kepala, selsema macam tu perkara biasalah. Apatah lagi sakit yang dimasukkan hospital, jauh sekali.Sehinggalah hari itu.16 April 2011 : (3.00 petang)Ayah melakukan kerja-kerja hariannya seperti biasa. Ayah aku berusaha menyiapkan syiling rumah yang sedang...
Assalamualaikum w.b.tMahu sambung Rentetan Pemergian Ayanda Tercinta untuk Part 2. Tapi mahu berkongsi sesuatu dengan pembaca semua dan diri sendiri terlebih dahulu.Tanda-Tanda Saat Kematian100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya....
Assalamualaikum w.b.tKeresahan. Kerunsingan. Hati tidak tenang. Jiwa tidak tenteram. Aku akui perasaan ini hadir seminggu yang lepas. Pada minggu-minggu terakhir semester. Terlalu banyak perkara perlu diselesaikan. Mengejar masa. Tekanan berada di puncak. 16 April 2011 : (8.15 malam)Menerima panggilan telefon daripada kakakku di kampung. "Ayah masuk hospital.""Eh, sebab apa kak?""Tadi ayah merungut sakit dada, sakit perut. Jadi kak bawak pi klinik UUM. Tapi...
Tepat pukul 4.27 pagi 17 April 2011 bersamaan 13 Rabiulawwal 1432H, insan yang paling dikasihi mengadap Illahi. Serangan mengejut sakit jantung. Tidak pernah di duga akan ujian hebat ini. Aku terdampar kelemasan. Aku jatuh dan jatuh lagi. Bertimpa-timpa ujian ini. Aku sedar, aku insan terpilih untuk diuji. Doakan aku mampu bangun kembali dengan harapan yang kian pudar. AB HALIM BIN MD. DIAH (16/12/1949...
Assalamualaikum w.b.tBerkali-kali aku bukak ruangan 'New Post' ini dan berkali-kali juga terhenti tiada noktah. Terbengkalai tiada sisa. Dibiarkan pudar dan malap dan sejurusnya hilang. Idea masih bertahan di minda. Cuma komited terhadap kerja lain terlebih dahulu perlu diisi. Maka, tiada madahan disisipkan. Redha.Utamakan yang mana perlu diutamakan.Itulah yang cuba dilakukan. Minggu-minggu sibuk di penghujung semester masih belum berlalu pergi. Banyak perkara kena selenggara....