Sesi Monolog Dalaman

Tuesday, November 30, 2010

Respek Majikan Yang Menjaga Solat Para Pekerjanya



Assalamualaikum w.b.t

Kepraktikalan adalah praktikal. Aku ni kalau bab-bab tambah imbuhan memang cukup cekap. Sapa yang dok baca entri aku tau la akan keimbuhan yang seringkali ditokoktambah dalam bait perkataan yang dicernakan. See ada kan imbuhan dalam ayat tadi? Spot the imbuhan!

Hari ke 12 berpraktikalan. Eh dah 12 hari? Sekejap saja masa tu berjalan. Kenapa orang selalu cakap masa itu berjalan bukan berlari? Itu yang kita tak tahu tu. Tapi yang pasti berjalan atau berlari dia tetap meninggalkan kita. Tinggal yang dah tak boleh patah balik. No turning back.

Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi sepanjang 12 hari aku berpraktikal di Syarikat Lotus West Sdn. Bhd. ni. Perkongsian yang aku rasa memang membawa manfaat bersama. InsyaAllah. Tetapi yang pastinya sangat sangat menarik perhatian aku. Serius.

Straight to the point terus.

Aku tersangat respek dengan majikan (big bos) sini yang menjaga solat para pekerjanya. Menjaga yang bagaimanakah? Memastikan para pekerjanya menunaikan solat. MasyaAllah bos yang begitu mementingkan amal ibadat. Bukankah itu yang diperlukan oleh semua majikan?



Tahu banyak lagi syarikat yang bosnya sangat pentingkan hal ini. Alhamdulillah la kan? Tapi ramai jugak majikan yang langsung tak ambil peduli. Ya kan? Kalau tunjang itu kuat, cabang-cabang dan ranting jugak turut utuh. Yang di atas perlu tahu peranannya supaya yang di bawah tidak pincang.

Tak faham? Ah, fahamkanlah!

Satu lagi setiap hari Jumaat, selepas Solat Jumaat this bos akan menjemput seorang ustaz untuk bertadarus Al-Quran beramai-ramai. Memperdengarkan bacaan Al-Quran daripada ustaz dan disambut dengan yang lain. Habis membaca Al-Quran, ustaz jugak akan menafsir bacaan yang dibacakan tadi. MasyaAllah sangat cantik begitu.

Ada syarikat lain masih seperti ini? Kalau ada alhamdulillah. Kalau tiada, maka mari adakan. Banyak sangat manfaat yang kita bakal dapat yang kita langsung tak pernah terfikir. Sebab? Sebabnya kita tidak pernah mencuba. Manusia kan tidak suka perubahan. Itulah sebabnya.

Itu sahaja yang nak dikongsi setakat ini. Moga ada manfaat bersama. Tak usah terpekik terlolong mengutuk mengumpat orang sana sini sebaliknya bacalah Al-Quran. (harap ada kena-mengena)



Wassalam.

Hami Asraff: Kalau pergi site baru best kerja ni. Sekarang ni dok ofis je. Kerileksan.

Thursday, November 25, 2010

Terharu Apabila Terjumpa Pembaca Blog Aku Yang Mahu Mengambil Gambar. Aku Bukan Artis.



Assalamualaikum w.b.t


Berlintas langsung dari tempat praktikal, Lotus West Sdn. Bhd. Masuk minggu kedua dan hari ke lapan aku berpraktikalan di sini. Setakat ni semua okey. Banyak yang belajar dan tak kurang hebatnya bersenang-senangan. Bersenang-senangan a.k.a berileksan. Begitulah.

Nak bercerita sebuah alkisah yang berkait rapat dengan tajuk entri di atas. Pernah menulis di status Facebook aku suatu masa dulu. Suatu masa dulu untuk menunjukkan yang kejadian aneh ini berlaku lama dah yang tak berapa lama. 12 hari yang lalu. Tak lama lagi kan? Masih segar-bugar dalam kotak fikiran.

Ceritanya begini.

12 hari yang lalu ialah hari Sabtu. Keluar berfoya-foya bersama rakan tak sebaya. Berfoya-foya bukan pi buat benda tak tahwan hala. (keluaq dah bahasa Kedah dia). Berjalan jalan mencari pasal. Cari pasal terhadap kewangan kendiri yang tak berapa nak stabil. Tak paham? Bagus!

Alkisahnya berlaku di One Utama (OU), Damansara.


Tempat kejadian yang lebih spesifik ialah dalam sebuah kedai souvenir, S & J. Kedai oren tu. Masuk kedai macam orang lain. Menengok, membelek dan menyentuh barang-barang di sekitar kedai adalah aktiviti biasa. Eleh macam korang tak pernah buat.

Tiba-tiba... (tak perlulah sound efek)

Ada segerombolan gadis memasuki kedai tersebut. Ada dalam 4 atau 5 orang macam tu. Tak pasti. Tapi yang pasti mereka bercakap-cakap dan mempaling wajah ke diri ini. Eh kejap, sebelum perasan, tengok belakang aku dulu. Okey clear. Tiada sesiapa di belakang.

Ah, perasan la aku ni. Depa tengok benda lain aku perasan. Hahaha. Getus hati. Yer la cubaan nak sedapkan diri. Macam tu je lah caranya. Maka, aku menjarakkan diri ke sudut hujung kedai. Masih meneruskan aktiviti menengok, membelek dan menyentuh barang.

Tiba-tiba lagi... (ikut korang la nak letak sound efek ke tak nak)

Seorang gadis berjalan menuju ke arahku. Okey cool cool!


"Ni abang Hami Asraff?", sapaan sang gadis.


"Ya saya", balasan daripadaku. Dalam hati siapa pulak this girl? Serius aku tak kenai. Mungkin kenalan lama kot. Takkan aku dah kelupaan.


"Saya pembaca blog abang. Macam tak percaya dapat jumpa", terus terang terus.


"Ooo...", *speechless*


"Boleh tak nak ambil gambar dengan abang?" Soalan sang gadis yang buat aku rasa cannot describe.


"Err... Hurmm... Boleh boleh", jawab dalam separa tak sedar. Tak percaya.


*gambar ditangkap*


"Kamu ni blogger jugak?", soalan aku untuk memecah kesunyian. Jangan percaya. Tak sunyi pun.


"Tak tak. Saya silent reader. Saya baru Tingkatan 4", menjawab sambil tersenyum.


"Ooo... Muda lagi", aku masih kelu lidah berbicara.


"Teruskan menulis ya abang" , katanya sambil mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.


"Sama-sama", hanya itu mampu aku katakan.


Eh eh eh eh. Aku tak sempat tanya nama pun -_____-"

Aku bermimpikah? Dia kata dia tak percaya jumpa aku. Habis yang aku ni dapat percaya? Adoi ~ Serius sampai hari ni tak percaya. Tak percaya ada orang kenal dan paling mengharukan nak tangkap gambar sebab pembaca blog picisan aku ni. Aku bukan ARTIS.

Habis nak cakap apa lagi?


TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK SUDI BACA. ITU SUDAH CUKUP BUAT SAYA GEMBIRA :)




Tak pernah langsung terlintas yang berblogging bakal dikenali. Taktau pun sebenarnya. Sampai hari ni. Hari Khamis. MasyaAllah.

Kepada blogger sekalian, marilah kita menulis sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan pembaca. Cubalah walaupun sedikit. Langsung tak rugi. Tetapi terlalu banyak jasa tu. Tak kisah yang bermanfaat bagaimana. Tetapi cuba beri sesuatu kepada semua. Bukankah itu lebih baik?

Tak salah menulis merapu meriban. Aku pun merepek-repek banyak jugak dalam blog aku ni. Cuma seperti yang aku cakap menulis boleh menjadi medan untuk kita menyumbang sesuatu. Cuba dulu baru tahu.

Kepada silent readers, terima kasih banyak-banyak yang tak jemu bertandang ke blog picisan ini. Anda silent readers yang aku hargai :)


Kalau silent readers ni pun aku hargai. Jadilah kan? :)


Okeylah mahu bersambung bersenang-lenang di tempat praktikal ni. Sila jangan tanamkan perasaan jeles di lubuk hati kalian ye.

Wassalam.

Hami Asraff:

1. Untuk gadis di atas, boleh tak emelkan gambar yang kamu tangkap tu? Nak jugak. Terima kasih :)

2. Teringat pulak aku kat ENTRI INI :)

Sunday, November 21, 2010

Sepanjang 25 Tahun Aku Hidup Di Muka Bumi Allah Ini





Assalamualaikum w.b.t

Sihat kalian semua? Kalau tak sihat, buatlah sesuatu supaya kembali sihat. Yang dah sihat, kekalkan. Bukan nak bercakap pasal kesihatan. Yang tu kena bercerita dengan para kedokteranlah. Macam sudah lama tidak merepek-repek kat sini.

*ejas tempat duduk*

Aku tidak ke mana. Ada je di sini. Menyepi bukan sepi. Menyendiri bukan menghantui. Mungkin mencari sesuatu yang hilang dalam hidup ini. Setiap orang pasti perlukan waktu itu. Aku jugak orang yang seperti itu. Sama saja.

Dulu aku akui. Memang aku seorang Blogger tegar. Blogger tegar yang bagaimanakah? Blogger yang selalu update blognya. Macam tu la kot kalau mahu diukur dengan aras ketegaran. Bukan tidak mahu menulis. Eh masakan aku tak mahu. Menulis adalah jiwa aku. Menulis adalah inspirasi aku. Dan menulis jugak adalah terapi diri. Tak percaya? Cuba percaya.

Banyak perkara mahu dikongsi. Berblogging itu sendiri adalah berkongsi. Berkongsi rasa, idea, fakta, pengalaman, kejayaan dan rencah kehidupan. Terlalu banyak untuk dikongsi. Tetapi bukan semua masa cukup diisi.


16 November 1985

Genap usiaku 25 tahun. MasyaAllah sudah 25 tahun aku bernafas di muka bumi Allah ini. Masa itu terlalu pantas dan terus memintas. Keadaan, rupa, perlakuan, dan segalanya juga mengalami perubahan mendadak. Yang langsung kita tak sedari.

Terfikir jugak akan diri ini. Sepanjang hidup suku abad, apakah jasa dan bakti telah ditaburi?


*diam*


Terfikir jugak akan diri ini. Sepanjang hidup suku abad, adakah cukup amalan yang telah di sempurnakan sebaiknya?


*senyap*


Terfikir jugak akan diri ini. Sepanjang hidup suku abad, berapa banyak dosa yang senantiasa mengejari?


*sepi*


MasyaAllah. Kelu lidah berbicara. Kenyataan tak mampu ditafsirkan dengan jelas. Tetapi itulah hakikat. Hakikat yang semua manusia perlu sedar. Manusia ini terlebih dahulu. Kekadang kita sedar. Tetapi alpa dan lupa. Tak kurang yang senantiasa buat-buat lupa dan alpa. Manusia manusia.

Tiada apa yang membahagiakan jika orang hargai anda. Sekeliling hargai anda. Terima kasih kerana menghargai diri ini. Belajarlah untuk menghargai manusia lain sekiranya kita mahu dihargai. Tidak lokek sedikit pun. Langsung tidak rugi.

Terima kasih kepada insan-insan hebat yang hadir dalam diri ini. Terima kasih atas pemberian hadiah-hadiah tidak ternilai dari kalian.






Apa lagi yang mampu aku katakan. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih yang sudi belanja makan. Terima kasih banyak-banyak yang wish, yang mendoakan kesejahteraan diri ini. Dan terima kasih untuk semualah. Senang cerita :)

Kita perlu bersiap sedia dengan segala macam rintangan. Pelbagai manusia lagi kita bakal temui. Pelbagai gaya dan ragam yang belum kita ketahui. Tiada lain, teruskanlah melangkah tanpa lelah.

Coretan ini akan diteruskan. Terima kasih kepada yang menyokong.

Wassalam.

Hami Asraff:

1. Para pembagi hadiah tidak mahu mereka direvealkan :)
2. Kalian manusia yang aku hargai terutamanya kamu :)

Saturday, November 13, 2010

Entri Yang Tiada Tajuk Spesifik





Assalamualaikum w.b.t

Kita sering mencuba untuk menjadi yang terbaik. Walaupun hakikatnya kita tidaklah sebaik mana. Seringkali didengari "sebaik dan sebanyak mana jasa yang ditaburi, pasti ada yang tak puas hati, iri hati." Ah, lumrah manusia yang tidak pernah padam. Perilaku lahiriah yang susah untuk diubah. Turun temurun.

Janganlah kita mencuba sekiranya tidak berdaya. Risiko itu terlalu besar. Tampak tiada apa-apa, tetapi mampu memberi kesan yang mendalam. Kecewa dan dikecewa. Oh tiada siapa mahu. Perkataan itu sudah cukup menggetar jiwa.

Harapan disandar demi keegoan. Seringkali culas dalam mentafsir kenyataan. Hakikat menyedihkan. Kesedihan tidak tertanggung. Keupayaan tidak mampu diharung. Kekhilafan menggunung. Pencarian terkurung.

Indahnya kehidupan. Hamparan telah terbentang luas. Jalan sudah diberi. Cuma harus teruskan berjalan, berlari untuk ke destinasi. Carilah destinasi itu.

Wassalam.

Hami Asraff: Minta maaf belum sempat nak update yang sesungguhnya update. InsyaAllah i will.


Thursday, November 4, 2010

14 Hari Mencari Cinta Illahi





Assalamualaikum w.b.t


Manusia terlalu sibuk mengejar duniawi. Manusia terlalu sibuk memberi peluang iblis merajai hati. Manusia terlalu leka mencari sesuatu yang tidak pasti matlamatnya. Juga manusia terlalu meletakkan harapan kepada insan melebihi sang penciptaNya. MasyaAllah.

Bukan hanya 14 hari untuk mencari cinta yang Agung, Cinta Illahi. Sepanjang hayat. Selagi ianya dikandung badan. Itupun acapkali terbatas. Terbabas. Kembali mengumpul kudrat. Mengharap pada jalan yang diredhai.


Nafsu beronline agak ditinggalkan. Walaupun itu adalah perkara paling banyak yang aku lakukan. Medium paling aku berkomited, Twitter jugak aku tinggalkan. Sehingga ada yang bertanya.



Terima kasih bertanya. Mungkin sudah ada penjelasan di atas. Bukan semua yang dibuat mampu meraih kegembiraan dan kepuasan. Adakalanya berhenti seketika itu yang terbaik. Mungkin.
Dan berbanyak terima kasih lagi kepada yang bertanya dan memberi sokongan.


Aku tak pernah terfikir yang kalian membaca nukilan picisan aku. Ah, tidak mengharap langsung untuk ada yang merindui. Sekira ada yang merindui, sekali lagi, terima kasih banyak-banyak.



Juga kepada silent reader. Percayalah anda sangat dihargai.


Tiada apa untuk diadmirekan. Bermadah? Hemm, mungkin ianya sebuah cetusan spontan. Luahan spontan yang langsung tidak dirancang. Dan kepada yang lain jugak.

Terima kasih. Paling mengharukan. Komen dari seorang anonymous. Bacalah di bawah.




MasyaAllah. Saya bukan penyebab kamu berubah. Itu semua hidayah dari Allah S.W.T. Sekiranya penulisan saya membawa kebaikan kepada anda, ketahuilah itu jua dari Allah S.W.T. Gembira membaca komen anda. Sekiranya tidak keberatan, silalah e-mel saya atau private message di Facebook. Ingin mengetahui jugak siapa anda. Terima kasih banyak-banyak.


Semua yang datang itu adalah ujian. Buruk, baik, kaya, miskin, hampa, kecewa, gembira, riak dan semua. Itu adalah ujian untuk kamu. Untuk saya. Untuk kita. Kita melangkah. Kita tersadung, Kita bangun. Kita berjaya. Itu yang perlu dilakukan. Putaran itu akan berlanjutan.

Pencarian ini akan diteruskan. Semoga Nur Illahi itu akan ditemui walaupun sedikit. Keredhaan Illahi itu yang kita harus kecapi. Mungkin perlu memperbaiki cara kendali. Mari kita hampiri.
Jumpa lagi di lain entri.

Wassalam.




Hami Asraff: Boneka adalah boneka. Manusia bukan boneka.