Nukilan 365 Hari

December 31, 2010








Alunan azan sayup-sayup kedengaran. Sayup jugak hati ini. Jiwa meruntun. Satu persatu kenangan terterbit di layar minda. Imaginasi yang tidak kekal lama. Mengecil, makin kecil dan terus hilang dalam lipatan relung masa. Menyusuri sebuah perjalanan dalam mencari sinar. Sinar tu tampak kelam. Hanya sesekali cahaya halus menyinari. Tidak lama. Kembali suram dan kelam. Mengakhiri perjalanan dengan longlai. Tidak bersemangat.
Hidup ini kadang-kadang tidak seperti direncanakan. Terlalu banyak halangan dan ranjau berduri mendatang. Yang kita sendiri tidak pernah tahu. Tidak pernah terlintas di fikiran. Sebuah hakikat yang tidak akan berubah, hidup ini adalah rahmat dariNYA. Memberi kita mengecapi segala kenikmatan. Memberi kita merasai lelahnya perjuangan. Memberi kita menghargai sebuah kehidupan. Kehidupan yang kita sendiri tidak dapat pastikan.

Masa melewati hari-hari tanpa disedari. Singgahnya ibarat dedaun kering yang ditiup sang bayu dinihari. Kalau dapat diundurkan putaran pada paksinya, ramai yang berebut-rebut menggagahi barangkali.


2010.
Begitu banyak episod yang singgah untuk tahun masihi ini. Episod yang akan terus dikenang di layar memori. Tak kurang juga episod yang langsung ditinggali. Apa jua episod hidup ini, ianya telah berlalu pergi. Episod kegembiraan, kepedihan, kekecewaan, kesedihan yang semuanya diguling sekali.
Alam berubah kerana manusia. Manusia berubah kerana manusia. Alangkah baiknya kalau manusia berubah kerana penciptaNya. Aku jua insan yang telah mengalami perubahan diri. Insan yang masih mencari sinar. Insan ini masih belajar membaiki diri.

Orang di luar sana menilai diri ini dari sudut dan perspektif yang berbeda. Insan ini selalu menunjukkan kegembiraannya. Adakah insan ini tiada kesedihan menyelubungi diri? Insan ini selalu memperlihatkan ketabahan yang digagahi. Adakah insan ini tiada dugaan atau cabaran dalam hidupnya sehari-hari?
Telah tertulis suratan hidup ini. Walau cuba menempis ia datang tanpa berlapis-lapis. Tapi apakan daya untuk bertempis. Ia singgah jua walau secebis. Hanya iman dan takwa menjadi sandaran. Menjadi hamparan untuk segala persinggahan.




2011.
Mungkin azam diperbaharui. Jika ditanya, jawapan menjadi lebih baik menjadi majoriti. Sifat lahiriah manusia sendiri. Mengejar kesempurnaan yang tak berbelah-bagi. Hanya harapan dan doa mengiringi. Menjadi senjata untuk menempis segala dugaan yang bakal menghujani.
Sama-samalah kita mencari hakikat sebuah kehidupan. Jadikan yang lalu sejarah dan panduan. Iktibar dan pengajaran terus digenggami. Yang bakal mendatang sebagai persediaan untuk bertemu Ya Rabul Izzati.





Hami Asraff:

1. Berat kaki melangkah.
2. Perjuangan harus diteruskan.
3. Selamat Tahun Baru 2011 semua.

You Might Also Like

27 Comments

  1. sekejab saja rupanya dah setahun berlalu. pejam celik. cepat sangat. diri masih di takuk lama juga.

    ReplyDelete
  2. dalam carta kehidupan manusia yang berbeza setiap satunya. suka duka tangis tawa..semua dirasa. sabar tak sabar pemenuh acara.. kebijaksaan manusialah yang mengemudi layar hidupnya.

    hakikat krOnologi biasa bagi setiap yang manusia adalah lahir ke dunia, hidup lah dalam < 70/80tahun >, kemudian mati, tidur di dalam liang lahad, dibangkitkan semula selepas hari kiamat..berbOndong2 melewati laman mahsyar dan akhirnya masuk syurga atau neraka..lantas persediaan apakah dan bagaimanakah yang digarapi sang hamba..

    landasan hidup yang benar itulah pegangan kita..hadirkan hari2 tidak sia2..penuhi kitaran nafsi dan ruhi dengan sebaiknya.agar seimbang dunia dan akhirat kita..:) selamat tahun baru buat semua

    regards,
    faezah hannah

    http://faezahannahalbaj.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. entry menarik...selamat tahun baru...

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Nukilan yang baik, penuh semangat.. =)
    Moga terus mapan, dengan azam2 yang disusuli perlaksanaan dan konsistensi insyaAllah...

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru.

    moga lebih bermakna. :)

    ReplyDelete
  6. selamat tahun baru hami..
    semoga 2011 lebih baek dari sebelumnya
    amin :)
    teruskan menulis..
    teruskan berkongsi pendapat / idea dan nukilan kata..

    ReplyDelete
  7. @ain fathihah:

    Itulah dinamakan masa. Diri ini pun masih ditakuk lama :)

    ReplyDelete
  8. @Azam Husni:

    Waalaikumussalam. Terima kasih. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  9. @Hanisah Safian:

    InsyaAllah. Semoga memberi lebih makna untuk kita semua tahun baru kali ni.

    ReplyDelete
  10. @PuPeL:

    Selamat Tahun Baru jugak cik Pupel. Terima kasih sudi bertandang ke blog ini :)

    ReplyDelete
  11. selamat tahun baru dopoloh sebelas,,
    long time no see...ngeh2...

    ReplyDelete
  12. selamat tahun baru 2011.. moga saudara Hami terus suksess dalam apa jua bidang..

    ReplyDelete
  13. semoga kita bergerak ke hadapan w/pon sedikit. moga kita tabah w/pon sedikit. dugaan/cabaran jadikan kita insan yg lebih bijak dan matang.

    ReplyDelete
  14. selamat tahun baru...
    insyallah tahun baru nih semo nye lebih baik dr tahun2 sebelum nye...:)

    ReplyDelete
  15. selamat tahun baru...semoga 2011 akan datang dengan penuh kerahmatanNYA.. amin....

    ReplyDelete
  16. Selamat tahun baru juga..

    harapan thn baru: rencanakan tahun ini dengan perkara2 yang memberi manfaat untuk berada di SANA kelak...amin

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe