Ambik Kesempatan
November 11, 2009
Assalamualaikum w.b.t
Sebelum apa-apa, gelak dulu. Hahaha!~ Aku dapat juga update blog hampesku ini. Tapi aku rasa tak buleh lama & tak banyak akan distorykan di sini. Macam biasa la dok rumah ni. Tak banyak aktiviti dilakukan. Lepak! Hehe~
Balik-balik rumah terpandang kad jemputan perkahwinan seorang rakan. Beliau sebaya dengan haku. Tapi dah berkerjaya dah. Seorang jurutera kat sebuah syarikat kat Shah Alam. Pastu semalam dapat panggilan talipon dari membe aku masa kat Intel dulu. Tapi dia dah tak kerja kat Intel. Dapat kerja kat Celcom plak. Juga menjemput diriku untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau. Turut serta dalam acara ini seorang brader kerja kat Intel juga nak kawin bulan 12 depan. Memang musim mengawan pon. Eh aku sebut mengawan ke? Hoho~ Maksud aku musim orang mendirikan masjid. Standet la ujung-ujung taun kan?
Membe-membe kampung yang sebaya aku aku rasa dah 7 orang kot dah kawin. Lelaki. Kalau pompuan standet la kan? Eh mengapakah persoalan ini ditimbulkan? Adei takkan tak paham lagi? Huhu~ Yang aku ni bila ya agaknya? ( Gatai jugak aku, belajar pun tak habis lagi ). Standet la kan sapa tak mau kawin. Tapi the problem is sudah ada calonkah? :-(
Minggu depan pun nak pergi Pahang kenduri sepupu. Kawin lagi. Standet la kan.. Ishh banyak pulak standet aku ni. Adei~ Aku kat ofis kakakku kat UUM ni. Student UUM ramai tak abis exam lagi. Ramai gak gadis-gadis kat sini. Mungkinkah ada calon di sini? Hahaha~ ( Gatai! )
Sebenarnya memang banyak nak update, tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Rindu juga la tak update blog ni. Tapi apakan daya, seperti dimentionkan masa dan keadaan tidak mengizinkan. Pasrah! Tak pa la blog ni pun bukan ada apa-apa pun. Hanya medium untuk aku meluahkan segala yang terlintas di fikiran, apa yang tercetus di hati, apa yang dirasakan perlu.
So memang aku tidak menjanjikan apa-apa untuk update blogku ini. Macam la ada orang nak baca. Aduyai~ Untuk kawan-kawan yang tengah bercuti macam aku juz nak cakap Happy Holiday :-) ! Moga cuti ini dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang bermanfaat. Hehe~ Ada umur panjang, bersua lagi.. Wassalam~
2 Comments
tertnya pada diri sndri bila nk kwen..
ReplyDeletesaya pn nk taw bila kamu nk kawen...
jemput2 lah ;)
kikikiii....tol lah tu,gadis2 U ramai..tgal pilih je mana2 nak...hihihiii
selamat bercuti....
salam..
ReplyDeleteincik hami, calon ada, tp krna cari. hehe ;)
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)