Tuesday, January 17, 2017

Hari Esok Belum Pasti


"Esoklah buat!"

"InsyaAllah esok pagilah gosok baju. Sempat punya."

"Esok masih ada. Hari ini enjoy dulu."

Sedar tak sedar kita sering ditipu dengan ayat sebegini. Dan lebih menyedihkan yang menipu dan tertipu itu adalah diri sendiri. Sadis bukan? 

Kenap selalu jadi macam ni? Sebab mudahnya ialah kita memang sering ambil mudah. Asalkan boleh. Kita sering merasakan yang esok itu masih punya masa. Walhal sebenarnya esok masih belum beri apa-apa jaminan. Yang ada cumalah angan-angan. Angan-angan yang belum kesampaian.

Kadang-kadang kita sudah terbiasa begitu. Kita sudah terbiasa mengasuh diri sendiri supaya rilekslah dulu. Walhal ianya memang membinasakan.

Makanya kalau rasa terdetik di hati nak buat sesuatu, teruslah lakukan. Jangan bertangguh. Tak apa kalau sedikit, asalkan kau dah bermula. Yang sedikit itu lebih baik dari tak buat langsung.

Hari ini telah ditemui. Hari esok belum pasti. Usah bertangguh lagi. Kerana ajal itu kian hampiri.


5 comments:

Manusia Berubah said...

sudah berkali diingatkan,
tapi masih buat..

sudah banyak kali juga terkena dengan sikap suka bertannguh ni,
tapi sekejap sahaja insaf.. esok2 buat lagi..

errmmm.. terima kasih kerana mengingatkan lagi.. :)


...

Cik Itah said...

muhasabah untuk diri sy

nadhie wueen said...

setuju. tak elok dok tangguh2 kerja ni kan en hami 😭😭

galaksi viral said...

Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

galaksi viral said...

Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)