Buku Sulung Hami Asraff: Telegraf Cinta USD

January 01, 2015


Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar pencinta dunia dan akhirat sekalian? Moga terus awesome hendaknya. 

Semalam kita tinggalkan kenangan, hari ini kita mula cipta impian. Biar episod-episod lalu berlalu. Kuburkan bersama harapan yang telah tenggelam. Hari ini, marilah kita mula cipta lembaran sejarah baru. Mari kita meneroka semula selok belok dunia. Mari kita mencipta pengalaman baru semula. Mari kita menjadi orang yang baru.

Alhamdulillah syukur pada Allah, hari Sabtu ini, 3 Januari 2015 akan terlunas sebuah hasrat yang telah berkubur lamanya. InsyaAllah hari Sabtu ini bakal direalisasikan. Terbitnya buku tulisan marhaen saya sendiri. 

Telegraf Cinta USD. Apa itu USD? Dah mula orang bertanya. USD sebenarnya Untuk Si Dia. Sengaja meletakkan USD tu. Cuba untuk kreatif mungkin. Kreatifkah? Haha tak tahu. Anda tentukan.

Cover buku 

Terima kasih pihak penerbit, NuBook (Adik kepada DuBook Press) sudi nak terbitkan buku ini.




Makanya, jom ramai-ramai kita pi hari Sabtu, 3 Januari 2015 ni untuk event Live Aid Pantai Timur dan seterusnya akan melancarkan Buku Telegraf USD pada hari tersebut. InsyaAllah boleh dapatkan terus dari situ. Dan hasil dari jualan buku akan disalurkan pada mangsa banjir di Pantai Timur. Sambil membeli sambil menderma. Ayuh! Jom kita meramaikan majlis!


Terima kasih kerana menyokong. Moga hati-hati kita terus tertaut pada Tuhan Yang Satu.



Hami Asraff:

"Hambatan hasrat akan tertunai suatu hari nanti. Usar gusar, teruskan berusaha, berdoa dan bersabar."


You Might Also Like

10 Comments

  1. Like seriously, finally Hami Asraff~
    will definitely go there..

    ReplyDelete
  2. Tahniah!! Boleh sy dapatkan buku berserta autograf penulis? :-) Smoga awak akan terus berkarya lg pd masa akan datang.

    ReplyDelete
  3. tAHNIAH BROOOOO!seriously , u look alike Dr Anwar Fazal....ada buku sdrik :D

    ReplyDelete
  4. Boleh kongsikan tema penulisan dalam buku ni? Berminat :)

    ReplyDelete
  5. tahniah bro! dah publish buku skrg. tahniah!

    in shaa Allah takde aral melintang aku dtg beli buku kau.

    ReplyDelete
  6. eh eh eh... update blog = terbit buku... pergh... hebatlah... moga terus berjaya di dunia hingga akhirat...

    ReplyDelete
  7. Tahniah sahabat.. Aku cuba dptkn buku hg.. Blk kedah roger2 la.. Hihi

    ReplyDelete
  8. Sudah dibeli...sdg dlm proses mmbca..thniah hami asraff

    ReplyDelete
  9. Assalam,klu sy nk order masih ade lg ke ?

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe