­

Maaf, Takaful Bukan Untuk Orang Yang Sakit

January 24, 2015









Assalamualaikum w.b.t

Sihat semua? Semua kena sihat. Sebab entri ini berkaitan dengan orang yang sihat dan tidak sihat. Baiklah mari kita mulakan.

Since aku berkecimpung dalam dunia Takaful ni, aku dihujani dengan pelbagai soalan-soalan yang pelik-pelik. Sebenarnya soalan tak pelik pun berlambak. Oh biasalah, memang hang kena menghadap soalan-soalan dari prospek yang pelbagai. Kalau dah jadi klien pun masih banyak soalan yang bakal diutarakan. Itu standard.

Tapi benda yang aku nak cerita ni lain.

Tadi ada member lama whatsapp. Member seUniversiti dulu. Lama tak berwhatsapp dengan beliau. Mulakan perbualan seperti biasa. Bertanya khabar dan sebagainya. Tapi dalam benak hatiku, pasti beliau mahu tanya sesuatu.

"Hami, cer terangkan sikit pasal insurans kau tu? Aku blur."

Oh seperti yang dijangka.

"Boleh. Kau free tak? Aku nak call dan explain. Senang sikit kau faham."

Beliau tidak menjawab pertanyaan aku. Tetapi membalas dengan sebuah ayat.

"Aku sakit sekarang weh!" Aku terkejut. Lalu bertanya,

"Kau sakit apa?"

"Sakit berat."

"Yer la berat tu sakit apa"?

Aku masih terkejut. Yer la lama tak dengar khabar, sekali dapat tahu sakit. Sakit berat pulak tu. Makin nak tahu apa sakit yang berat yang dialami sahabat. Tak sabar.

"Diagnosed buah pinggang."

Jawapan yang sangat mengejutkan.

"Dah pergi jumpa doktor ke? Doktor dah sahkan? So kau kena masuk ward ke macam mana? Ke dah kena operate?"

Soalan bertalu-talu dilemparkan. Mana taknya. Kalau dah nama sakit bukan perkara yang boleh dibuat main. Risau pulak aku dengar.

"Since bulan 9. Masa tu kena masuk ward la. Tahap aku sekarang kena buat dialisis dah. Tau kan dialisis? Cuci darah tu."

Sahabat mula bercerita. Aku tekun membaca. Dalam hati dirundum sayu. Tak sampai hati aku ingin menutur kata seterusnya. Tapi aku terpaksa jua menceritakan hal sebenarnya.

"Macam ni, once dah sakit, insurans/takaful memang dah tak akan cover. Tapi penyakit lain still cover. Cuma penyakit yang dia dah alami sekarang memang tak akan cover. Semua company insurans pun sama saja prosudernya."

Aku cuba terangkan seberapa ringkas. Aku tahu mendengar khabar begini, memang memedihkan. Lebih memedihkan bila aku tak dapat membantu. Maafkan aku. Moga terus tabah sahabat.

Perbincangan seterusnya biarlah dirahsiakan. Ini salah sebuah kisah kehidupan yang ramai orang alami. Kita tidak boleh salahkan sesiapa. Tidak perlu tunding jari kepada sesiapa. Cuma perlu ingatkan diri sendiri sahaja.

Ingat, mana-mana Insurans/Takaful memang tak akan cover orang yang mengalami penyakit. Insurans/Takaful ini perlu diambil ketika sihat walafiat. Jangan bila dah sakit, baru mahu mencari agen insurans. Waktu tu memang dah tak mampu buat apa-apa.

Belum terlambat untuk membaiki keadaan. Belum terlambat untuk merancang kesihatan dan kewangan anda. Hubungi saya. InsyaAllah akan cuba membantu sebaiknya.





TEMUI SAYA DI SINI:

Hami Asraff Bin Ab. Halim 
Perunding Takaful
Prudential BSN Takaful
019-4522171 (WhatsApp/SMS/Call) 
Email: hamiasraff (at) gmail (dot) com 
WeChat: hami_asraff





You Might Also Like

6 Comments

  1. terima kasih atas info! baru tahu pasal ni.

    ReplyDelete
  2. saya dah amik insurans ni pun rasa mcm nak tambah insurans lagi tapi sebab dah masuk kategori sakit, maka terpaksa melupakan..sedih sangat

    ReplyDelete
  3. Apa kelebihan bsn prudential ni berbanding takaful yang lain? Boleh terangkan. Tqia

    ReplyDelete
  4. @Hannah Aziz: Boleh whatsapp saya di 0194522171 untuk tahu kelebihannya. Terima kasih :)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe