Sesi Monolog Dalaman

Tuesday, April 24, 2012

Nombor Satu Bagi Saya



Assalamualaikum w.b.t

Kalau ada lagu-lagu yang best untuk dendangan halwa telinga, seperti biasa aku akan berkongsi di sini. Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku dengar lagu ni. Benar, jika lagu sedap dengar berulang kali pun tak jemu. Lagipun lirik lagu ni sungguh meaningful.


Number One For Me - Maher Zain


I was a foolish little child 
Crazy things I used to do 
And all the pain I put you through 
Mama now I'm here for you 
For all the times I made you cry 
The days I told you lies 
Now it's time for you to rise 
For all the things you sacrificed 

 Chorus: 
Oh, if I could turn back time rewind 
If I could make it undone 
I swear that I would 
I would make it up to you 
Mum I'm all grown up now 
It's a brand new day 
I'd like to put a smile on your face every day 
Mum I'm all grown up now 
And it's not too late 
I'd like to put a smile on your face every day 

 And now I finally understand 
Your famous line 
About the day I'd face in time 
'Cause now I've got a child of mine 
And even though I was so bad 
I've learned so much from you 
Now I'm trying to do it too Love my kid the way you do 

 CHORUS 
 You know you are the number one for me (x3) 
Oh, oh, number one for me 
 There's no one in this world that can take your place 
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh 
I will use every chance I get 
To make you smile, whenever I'm around you 
Now I will try to love you like you love me 
Only God knows how much you mean to me 

 CHORUS 
 You know you are the number one for me (x3) 
 Oh, oh, number one for me



Lirik lagu yang meaningful ditokoktambahkan dengan video yang beauiful and wonderful.



You are always number one for me, my mom :)


Selepas Allah Yang Maha Satu, ibu kita adalah nombor satu dalam hidup ini. Jadi, janganlah angkuh mengatakan kekasih tidak halal kamu itu adalah nombor satu bagi kamu. Siapa kamu tu? Kamu kamu yang buat tu la. 

Hami Asraff:

"Jangan tumpahkan air mata ibumu dengan kedukaan. Jika mahu tumpahkan juga, pastikan tumpahnya air mata itu dengan kegembiraan kejayaanmu."



Tuesday, April 17, 2012

365 Hari Tanpa Seorang Ayah



Assalamualaikum w.b.t

Mencuba untuk tidur. Tidak berjaya. Badan penat sangat. Otak terlalu letih. Esok harus kerja. 6:00 pagi perlu bangun. 7:00 pagi perlu bergerak ke tempat kerja. Dan sekarang (1:44 pagi) masih belum lelapkan mata. Ada perkara yang menyesak minda. Ada kenangan menerpa serta-merta. Kenangan 365 hari yang lalu. Masih dan terus segar di layar minda.

17 April 2011 : (11.00 pagi)

(sambungan dari ENTRI INI)

Melangkah lemah ke arah sesusuk tubuh yang terbujur kaku di pembaringan. Tidak sanggup membuka kain putih yang meliputi muka. Aku gagahi jua dengan hati yang tidak rela. Tangan menggeletar. Ditarik perlahan-lahan sehingga menampakkan wajah polos yang pucat lesi. MasyaAllah. Air mata ini memang tidak mampu diseka lagi. Aku hamburkan segalanya. Wajah itu aku tatap lama. Kalau boleh selama yang mungkin. Aku peluk dan kucup dahinya. Ya Allah!

17 April 2011 : (2.30 petang)

Selesai segala urusan pengebumian. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Aku bersyukur diberi peluang dan kesempatan memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan mengusung jenazah arwah ayah aku dengan tanganku sendiri. Beserta dengan kakak, abang-abang dan adik-adik aku. Bakti terakhir kami pada arwah ayah.


Ayah,
Kami tahu kami tidak banyak berbakti padamu. Ampunkan kami ayah.


Ayah,
Kami tahu terlalu banyak dosa-dosa kami terhadapmu. Maafkan kami ayah.


Ayah,
Kami tahu kami bukan anak yang soleh dan solehah. Tetapi kami sentiasa berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah.


Ayah,
Kami tahu kami banyak menyakiti hatimu. Tetapi ayah tetap bersabar dengan kerenah kami.


Ayah,
Kami tahu ayah seorang yang penyabar, penyayang dan kami tahu ayah adalah segalanya buat kami.


Ayah,
Maafkan kami. Hanya doa kudus kami ini yang mampu dititipkan untuk diiringi di sepanjang perjalananmu di sana.


Ya Allah, ampunkanlah dosa ayah kami, Ab. Halim Bin Md. Diah. Tempatkan arwah kami di tempat para solihin. Peliharalah dan berikanlah rahmatMu kepadanya.



17 April 2012

365 hari tanpa seorang ayah. Rasa kosong. Hilang sudah tunggak penggerak. Hilang sudah sumber nasihat. Hilang sudah sumber keceriaan kami sekeluarga selama ini. 

Sampai pejabat dengan lesu. Aku buka Facebook. Ada sesuatu yang membuatkan hati bertambah sayu.




Status kakak dan abang-abangku di Facebook. Buat aku makin terpana. Tapi apakan daya. Suratan takdir telah tertulis begitu. Mahu tidak mahu, kena turuti kemahuan normal kehidupan. Tiada cara lain. Yang perlu buat adalah REDHA, REDHA dan REDHA.

Kita semua akan melalui saat kematian ini. Cuma masa, ketika dan bagaimana sahaja yang belum pasti. Moga pengakhiran kehidupan kita dengan pengakhiran yang baik. Ameen.


"Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan. Bagaikan tiada keresahan."

Al-fatihah untuk ayah. Ab. Halim Bin Md. Diah.




Hami Asraff:

"Redha itu tidak semudah ungkapan. Tetapi hati dan diri kena relakan."

Friday, April 13, 2012

Tak Susah Pun Nak Update Blog Sebenarnya






Assalamualaikum w.b.t

Memang tak susah pun. Cuma kadang-kadang malas. Malas menaip. Bila malas dan menaip bergabung, maka terhasillah malas mengupdate blog. Bila tak update blog, maka ianya akan menyebabkan blog bersawang. Tetapi setakat ni aku tak nampak lagi sawangnya. Okey cukup. Makin menghampiri zon merepek. 

Inilah yang terjadi jika dah lama tak update blog. Hilang sudah segala kosa kata untuk diuntaikan. Apatah lagi idea-idea terus terperangkap dalam peti minda. Sikit demi sedikit hilang dibawa arus relung masa.

"Kenapa tak rajin update blog?"

Terharu bangat bila dapat soalan begini. Rasa macam "Eh ada jugak yang sudi baca blog hampeh aku ni". Monolog dalaman. Hurmmm..., rasanya telah pun diutarakan dalam entri "Kenapa tak rajin update blog?". Kelik lekaih dan baca. Kat situ dah habaq pasaipa aku makin tak rajin update blog kini.

Sebenarnya tak susah pun nak update blog. Macam sekarang ni la. Cuma perlu kerajinan diri sikit dan boleh terhasil sebuah entri. Entri pulak ada macam-macam jenis. Entri copy paste paling senang if nak update blog kerap. Entri berkisar diari jugak antara entri yang memungkinkan kekerapan update untuk sesetengah blogger. Jadi terserlahlah pada setiap blogger macam mana nak hasilkan entri.

Hanya update entri berkualiti je ke?

Hehe. Depend. Bukan semua entri kat blog aku ni berkualiti. Eh ada ke berkualiti? Aku tak pasti. Hampa yang baca, hampa yang nilai sendiri. Aku cuma tulis apa yang aku rasa, dari hati. Itu sahaja. Ada jugak merepek-repek aku dalam blog ni. Cuba terai pi korek balik entri-entri aku yang tahun-tahun lepas. Dijamin memang banyak disajikan dengan entri yang merepek.

Motif entri ini? Tak ada la motif sangat. Cuma nak habaq nak update blog tak susah pun sebenarnya. Cuma kekangan masa itu yang menghalang kadangkala. Tapi insyaAllah akan update jua. Kerana apa? Tiada sebab lain. Kerana aku suka menulis :)

Sebelum aku caw let's ushar video kat bawah ni. Kalau yang pernah ushar tu ushar la sekali lagi. Tak salah pun. 




Mesej yang bagus disampaikan dalam video ni. Alangkah indahnya dunia jika manusia mengamalkan sifat tolong menolong tanpa mengira pangkat dan darjat.


Hami Asraff:

"Jangan berhenti dengan apa yang telah kita mulakan. Berhentilah apabila telah siap sempurnakan perjalanan."