Aku, Penulisan Dan Electrical Engineering
June 01, 2012
Assalamualaikum w.b.t
Aku suka menulis. Rasanya dah berbelas-belas kali aku selalu mention dalam blog ni yang aku memang suka menulis. Apa tak tanya pun? Well, dalam dunia blogging ni tak perlu tunggu orang tanya pun. Hang tulis dan cerita je tanpa segan silu. Ini dinamakan Freedom Of Writing. Okey sumpah term itu adalah spontan terkeluar hasil dari penaipan ni. Freedom freedom jugak. Tapi jangan salah gunakan ke-freedom-an dalam arena penulisan ni. Hang salah tulis, naya beb!
Okey terus terang entri kali ni tiada motif. Sungguh. Aku cuma rindu nak menaip panjang-panjang. Macam dulu-dulu kala. Menyimpang dan merepek tu adalah perkara wajib dalam bidang penulisan ni. Oh ya maksud aku bidang penulisan aku sendiri. Bukan bidang penulisan secara formal tu. Nampak tak kat sini? Perenggan yang penuh dengan tidak ilmuan. Sengaja meleret-leretkan ayat. Jadi usah ditanya bagaimana boleh mengarang panjang-panjang.
Terlajak perahu boleh digostan. Terlajak menaip, apa kata teruskan. Jadi di kesempatan ini nak setorilah sikit hal-hal peribadi aku. Wah wah peribadi gitu. Tak la peribadi sangat. Benda ni aku nak cerita lama dah. Cuma tak berkesempatan. Jadi bila ada quality time macam ni aku lepas peluang memang sesuatu yang merugikan. Lagipun ada juga yang dok tanya. Makanya aku buat kerja dua dalam satu la noh.
Kenapa suka menulis? Sejak bila dapat kesan suka menulis ni?
Ada lagi soalan berbaur macam ni. Soalan yang sangat subjektif kot. Macam ni la.
Macam orang tanya hang, "Kenapa hang suka makan nasi ayam?" Tak pun orang tanya, "Kenapa kau suka matematik?".
Dan jawapan susulannya semestinya "Entah memang aku suka makan nasi ayam" dan juga "Sebab matematik tu best!"
Jadi lebih serupa dengan aku punya jawapan la. Dah memang aku suka menulis. Standard la setiap orang memang suka buat sesuatu perkara dalam hidupnya. Senang cakap hobilah. Dengan kata lain memang hobi aku suka menulis walaupun makin amat jarang mengupdate blog. Dengan kata lain my passion is writing.
Bila dapat kesan suka menulis ni? Aku rasa sejak sekolah rendah dan menengah. Memang aku suka subjek Bahasa Melayu sejak dulu. Nak kata rajin membaca tak juga. Pernah juga dapat karangan terbaik dalam kelas. Tingkatan 3 kot masa tu. Tak ingat karangan pasai apa. Bukan nak bangga. Cuma nak berkongsi dan bercerita. Since UPSR, PMR dan SPM kalau subjek Bahasa Melayu memang aku score habis la. Tak bagi can kat orang lain. Haha konon.
Bukan hang study Electrical Engineering ke? Tak ke lari jauh dengan Bahasa Melayu?
Aku dah agak ada yang menanya macam ni. Baiklah buat julung-julung kalinya aku menceritakan kat sini bagaimana aku boleh terjebak dalam arus Engineering ni. Kisahnya bermula sejak 12 tahun yang lalu. Masa tu aku Tingkatan 3. Baru habis PMR. Nak masuk Tingkatan 4 kononnya mahu berhijrah. PMR tak la bagus mana. Nak pi MRSM? Result belum cukup baik untuk ke sana. Jadi pilihan lain adalah Sekolah Teknik.
Aku memilih untuk ke sekolah teknik. Tapi semua urusan isi borang kemasukan kakak aku yang uruskan.
Dia tanya aku, "Ni nak ambik kos apa ni?"
Seriously time tu aku mana nak tau kos apa yang best. Mula-mula aku jawab acuh tak acuh je,
"Apa-apa je la!".
Mungkin atas dasar tidak puas hati, kakak aku tanya lagi, "Electrical Engineering okey?".
"Okey!" balas aku pendek.
Maka dari situlah mulanya perjalanan hidup aku dalam dunia Electrical Engineering ni. Habis SPM. Dah alang-alang aku belajar Kejuruteraan Elektrik, confirm-confirm la aku nak teruskan di peringkat yang lebih dalam jurusan ni. Ada member-member aku dah surrender. Ada yang tukar kos. Aku tekad dan rezeki aku dapat sambung study dekat UiTM Pulau Pinang in Electrical Engineering (Instrumentation). Habis Diploma, aku kerja dekat Intel Penang setahun dan aku sambung Degree dekat UiTM Shah Alam pulak. Juga Electrical Engineering (Communication).
Pejam celik pejam celik dah settle. Aku pun hairan jugak macam mana aku boleh bertahan. Sebab bagi aku Electrical Engineering ni tak susah, tapi sangat susah. Hahaha mengandungi ayat sarkastik di situ. Jadi pada adik-adik yang betul-betul minat Engineering tu disarankan ambil kos ni. Kalau tak minat tak disarankan. (Harap ada la adik-adik yang membaca blog picisan aku ni).
Penulisan dan Electrical Engineering dua cabang yang berbeza. Adakah hang guna kedua-dua belah otak?
Amboi dah macam soalan KBKK. Aku pun tak tau la aku guna kedua-dua belah otak ke tak. Yang aku boleh habaq is apa yang kita belajar dan apa yang kita minat adalah dua perkara yang berbeza. Dan apa yang kita study tak sama dengan dunia pekerjaan kadangkala. Oh ya aku sedang alami pun sekarang ni. Jadi telah terbukti apa yang kita minat tak semestinya kita akan lalui. Tetapi jangan buang minat kita hanya kerana mahukan perkara lain.
Tapi kan, kalau buat apa yang kita minat lagi best kan?
Yup sangat diakui. Dah kita minat. For sure takdak halangan punya. Stress macam mana pun mesti boleh redah punya. Kronologi mudah dia macam ni je. Satu kita kerja gaji besar, tapi stress memanjang, tak minat dan hasilnya of course tidak seberapa. Berbanding kita kerja di tempat yang kita minat, gaji kecil, stress, insyaAllah kita okey je dan insyaAllah hasil kerja pun bermutu. Tak gitu?
Tak mahu buat buku ke beb?
Mahu sesangat. Tetapi biasalah alasan kebanyakan. Masa! Sebab apa yang aku nampak menulis ni hang kena fokus yang tinggi. Macam kena pi bercuti mana-mana, tempat yang tenang, berlatar belakangkan deruan ombak pantai, baru ummpph bila nak start menulis. Demand tu tak teragak-agak la kan?
Sebenarnya 'Nak seribu daya, taknak seribu dalih'. Kan dah kena sebijik! Hahaha! Tak dinafikan pun. Semua boleh dilakukan. InsyaAllah kalau kita mahu semuanya beres. Semuanya boleh berjalan dengan lancar. Jadi menjawab soalan ini, insyaAllah mahu juga hasilkan buku sendiri. Doakan ye.
Apa lagi nak tanya ye?
Okey dah dah. Tak payah tanya apa dah. Cukuplah feeling feeling wartawan dok temuramah. Orang bagi can dia mengada-ngada la kan? So begitulah cerita sedikit sebanyak tentang penulisan dan Electrical Engineering. Sebenarnya aku nak letak tajuk entri ni Aku, Penulisan Dan Kejuruteraan Elektrik. Tapi letak dalam English macam lebih sedap bunyinya. Haha pun boleh. Layan je la.
Minat boleh dipupuk. Tak kisah apa jua bentuk yang kita mahu lakukan. Mungkin hari ini kita tak suka apa yang kita sedang lalui. Tetapi percayalah suatu hari nanti kita akan perlahan-lahan menyukainya. Tetapi jika kita mempunyai minat yang tinggi dalam sesuatu bidang tu, usaha mendapatkannya. Minat ditambahkan dengan usaha yang gigih, for sure kita dapat punyalah.
Yang tu je la rasanya untuk entri merepek kali ni. Kalau rasa menyesal baca tu minta maaf la ye.
Wassalam.
Hami Asraff:
"Kita buat apa yang kita suka. Manusia lain tak suka tu belakang cerita. Yang penting kita suka dan Allah pun suka."
38 Comments
all the best...
ReplyDeleteyes after all, the one that we need to please is Allah..
ReplyDeleteklu hidup ni asyik nk please manusia je pening la sbb manusia ada 1001 ragam dan fikiran.
owh ex uitm penang..batch bila ek? hehe
ReplyDeletesekurang-kurangnya ada dua benda berbeza boleh buat.. =)
ReplyDelete@ijA:
ReplyDeleteThank you :)
@adikeica:
ReplyDeleteLetakkan Allah nombor 1 di hati :)
@eszyamin:
ReplyDeleteAku grade Diploma UiTM Penang 2007.
@aku HaniAsyira:
ReplyDeleteLakukan selagi terdaya dengan usaha.
yeay bro! course sama! ^^ saya skrg baru 3rd yr Communication Engineering kat UIA. nak nanges dah belajar. memang susah :'( kna kuatkan semangat sebab tinggal setahun lagi :D
ReplyDeletesaya suka ayat yang last sekali tue..'kita buat apa yang kita suka.......
ReplyDelete@Nur Amanina:
ReplyDeleteBertahan! :D
@Anonymous:
ReplyDeleteBuat apa yang kita suka, tetapi jangan paksa diri :)
good luck abg hami. ce macam lah muda sangat pngil abg.hehe
ReplyDeletekeep on writing :)
be patient in action..
ReplyDeleteAllah akan tolong orang yang jujur dan ikhlas. Umar Abdul Aziz ketika berhajat untuk berkahwin dengan sepupunya, Allah makbulkan hajatnya. Kemudian beliau bercita-cita untuk melakukan islah dalam pemerintahan, Allah angkat beliau sebagai khalifah (pemimpin). Allah akan sentiasa menguruskan urusan orang-orang soleh... :)
Keep on writing..
ReplyDeleteEntri yang menarik dan diharap terus berkongsi info2 yang berguna, kata2 nasihat dan ingatan untuk pembaca yang lain. Memang tiada paksaan untuk menulis, tetapi lakukannya dengan hati yang ikhlas.
Hami, disebalik malu2 ko masa aku kenal dulu, taj sangka ada bakat menulis. BTW UiTM Penang memang best!
ReplyDelete@Izudean:
ReplyDeleteTerima kasih adik. Hehe.
@لين Si Pipi Merah:
ReplyDeleteTerima kasih atas nasihat dan peringatan :)
@Nur-nba:
ReplyDeleteInsyaAllah. Cuba lakukan seperti tagline blog saya ini.
"Ikhlaslah Menjadi Diri Sendiri Hanya BermatlamatkanNya"
@FaizalSulaiman:
ReplyDeleteHahaha pemalu rupanya aku ni. Yep rindu gila kot kat UiTM Penang.
kalau dah minat menulis, tak salah rasanya. walaupun contradict dgn bidang apa yg sdg kita belajar. jgn berhenti menulis incik hami :)
ReplyDelete@Cik Beruang:
ReplyDeleteInsyaAllah. Terima kasih :)
hebat, memang banyak kemahiran. Manfaatkan ilmu sebagai satu amalan yg terbaik ya
ReplyDeleteCongrats.u are using both half or ur brain.=)
ReplyDeleteSy pulak amat truk dlm pnulisan.its ok
P/s sronok baca sbb ade loghat kedah.haha.jgn kita biaq loghat kedah hilang didunia.=P
@etuza:
ReplyDeleteTak hebat mana pun. Mungkin cuma bakat dalam diri. Alhamdulillah.
@supernova:
ReplyDeleteHidup loqhat kedah!
Mantap! Menggunakan anugerah yg diberikan Allah dengan sebaik mungkin.
ReplyDeleteKeep writing :)
selalu rasa jeles bila org mampu tulis panjang berjela2 ni..
ReplyDeletejeles..!
aku kene menulis..tp aku tak suka menulis.. cmne..? cmne..?
@mirul aar Terima kasih :)
ReplyDelete@missSenget
ReplyDeleteYang tu tak dapek den nak nolong.
menarik....
ReplyDeletelahh..budak engine jgk..hi senior!!
ReplyDeleteawesome!
ReplyDeletemenulis adalah minat saya juga. sama macam abg hami la. minat dengan bidang yang belajar tu dah lain. tapi kena jugalah buat apa yang kita perlu buat sekarang.
ReplyDeleteboleh jadi minat tu sebagai nilai tambah untuk kita cari lebih pengalaman dalam hidup ni, selain dari apa yang kita belajar.
saya belajar dalam bidang construction sekarang. memang lari dari penulisan ni. tapi, takpa..pasti ada ilmu yang boleh dikongsikan..insyaAllah.
Long Live Engine! hehehe...
ReplyDeleteAsslm maaf saya nak tanya ....boss saya slalu belanja makan klau menang judi dgn no ekor...mmg dia akn slalu belanja ...patutke saya benti kerja...klau saya tk amik apa yg dia bg ..dia mrh saya
ReplyDeleteassalmualaikun abang..mula2 skali saya nak cakap yang saya dapat tawaran ke diploma kejuruteraan elektrik(kuasa).banyak soalan saya ni hehe.
ReplyDelete1.ramai ke yang fedup ngan kos ni?
2.subjek dia susah sangat ke?
3.peluang pekerjaan dia apa?
4.abang dah umur berapa haha?
sekian terima kasih abang..
assalamualaikum mula2 sekali saya nak cakap yang saya diberi tawaran ke diploma kejuruteraan elektrik(kuasa).banyak saya nak tanya ni hehe.
ReplyDelete1.ramai ke yang fedup ngan kos ni?
2.peluang pekerjaan dia banyak ke?
3.contoh kerja?
4.susah sangat ke subjek kos ni?
5.abang umur berapa hehe
sekian terima kasih abang.
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)