Bolehkah Orang Melayu Yang Beragama Islam Bermain Nombor Ekor?

by - May 30, 2012








Assalamualaikum w.b.t

"Tak boleh. Haram!"

Itulah jawapan untuk soalan pada entri kali ni. Dengan tiba-tiba je kan? Sebab ada cerita di sebaliknya yang mahu diceriterakan kat sini. Selalu dah nampak dengan mata kepala sendiri situasi ni. Okay let's baca story aku kat bawah ni.

Hari tu pagi. Aku tak ingat hari apa. Aku tengah minum sorang-sorang kat sebuah gerai ni. Menghirup kopi panas tanpa menghiraukan khalayak ramai yang lalu lalang. Tak jauh dari meja aku ada sorang mamat ni. Dia sorang sorang tengah makan karipap. 

Tak lama selepas tu, datang la member-member dia. Dua orang. Lelaki Melayu. InsyaAllah beragama Islam. Oh ya mamat tadi pun lelaki Melayu dan insyaAllah beragama Islam juga. Di tangan member sorang ni ada surat khabar. Aku amati surat khabar yang dia pegang adalah akhbar Bahasa Tamil. Pelik. Tapi aku buat derk dan cuba berfikiran positif (kononnya) yang mamat tu pandai baca tulisan Bahasa Tamil. Tak pun beliau hanyalah tengok gambar-gambar sahaja dalam akbar berkenaan. Mungkin.

Telahan awal aku tersasar.

Kawan kepada mamat tadi menyelak ruangan yang macam agak familiar. Tak lain dan tak bukan adalah?



NOMBOR EMPAT ANGKA! Atau sinonim dengannya adalah Nombor Ekor!

Astaghfirullahalazim. Aku hanya mampu beristighfar dalam hati. Mungkin ada yang tanya kenapa aku tak tegur mereka. Oh ya? Aku lemah. Aku hanya mampu membenci di dalam hati. Aku tahu, ianya adalah selemah-lemah iman. Lantas, aku beredar dari gerai tu. 

Aku teringat kisah lama. Pernah alami situasi yang hampir serupa. 10 tahun lalu. Masa tu aku habis SPM. Aku kerja sementara kat sebuah kilang di Penang. Aku terkejut. Makcik-makcik dekat situ yang beragama Islam main nombor ekor. Siap bangga lagi bercerita tentangnya. Makcik yang dah ada anak 5 orang. MasyaAllah. Terfikir aku, takkanlah dia berbelanja duit tu dekat anak-anak? Walahu'alam.








***********





Sampai ke hari ni aku berfikir tentang hal ini. Aku tahu memang ramai orang-orang Melayu yang beragama Islam yang bermain nombor ekor tanpa rasa bersalah. Tanpa rasa berdosa pada diri. Malah yang sudah berkeluarga. Yang sudah ada anak berduyon-duyon kat rumah. Adakah itu contoh yang murni untuk anak-anak? Tak ke jadi 'Bapak Borek Anak Rintik' nanti?


Aku terjumpa persoalan dan jawapan yang menarik:

Soalan:

1. Apakah dosa bagi orang bermain nombor ekor?
2. Adakah duit yang dimenangi akan menjadi halal selepas ditukar dengan wang simpanan yang berbangsa Cina?
3. Adakah boleh jika wang berkenaan didermakan kepada anak yatim, orang susah dan digunakan membina rumah?
4. Adakah saya turut dikira berdosa dan bersubahat kerana tidak melarang mereka daripada terys hanyut dalam dunia nombor ekor?

Jawapan:

BERMAIN nombor ekor adalah salah satu bentuk perjudian yang hukumnya HARAM. Berdosa bagi orang yang terbabit dengannya. Jika menang duit itu tetap haram walaupun ia ditukar dengan duit simpanan bangsa lain yang berlainan agama.

Keadaan ini tidak mengubah hukum hakam menjadi halal. Wang daripada sumber haram jika disedekahkan atau didermakan tidak akan mendapat sebarang ganjaran dari sisi agama.

Jika kita melihat kemungkaran, adalah wajib mengubahnya sekadar termampu. Paling tidak sudah melaksanakan tanggungjawab melarang. Mudah-mudahan dengan teguran itu akan menyedarkan mereka.



Sumber: DI SINI

Boleh dikatakan kebanyakkan akhbar-akhbar tempatan pada hari ini terselit ruangan nombor ekor. Ada akhbar yang menyediakan ruangan agama, menyedarkan yang mana haram dan yang mana halal, tetapi akhbar yang sama juga menyediakan ruangan nombor ekor ini. Di manakah silapnya?

Hidup ini tidak lama. Jika kita asyik mencari benda yang salah, bila pulaknya kita mahu mencari yang betul? Banyak lagi sumber rezeki yang halal boleh digali daripada terus terusan mencari sumber rezeki yang tidak halal ini. Apa tak tahu yang main nombor ekor ini haram? Okey sekarang dah tahu kan?

Moga ada manfaat bersama.



Hami Asraff:


"Kita boleh tipu orang lain. Tetapi kita tidak boleh tipu diri sekali. Jauh sekali mahu tipu Yang Maha Ilahi."



You May Also Like

49 comments

  1. nilah owg yang xder usaha tok berjaya...

    ReplyDelete
  2. Salam. Permis nombor ekor tmpt sy pun lebih 50% dikunjungi org melayu yang insya Allah, beragamaIslam. sedih tengok situasi ini.tp, hanya mampu membenci dlm hati.

    ReplyDelete
  3. @jelah:

    Hasil yang tak seberapa. Hilang begitu sahaja.

    ReplyDelete
  4. @LynNyusuf:

    Kesedaran tentang hukum hakam agama masih rendah.

    ReplyDelete
  5. kdg2 orang yang lebih tua dari kita ni mcm dah tak kenal hukum hakam. sepatutnya dieorang kenalah jadi contoh yang baik.

    dunia akhir zaman~

    ReplyDelete
  6. kalai dah jadi darah daging.. susahlah..

    ReplyDelete
  7. @Puteri Iqa Izyan:

    Lagi makan garam, lagi makin tak faham.

    ReplyDelete
  8. alami situasi yang sama 2 hari lepas. astaghfirullah. dunia akhir zaman.

    ReplyDelete
  9. @[ Yuyu Atiqa ]:

    Dunia akhir zaman menyaksikan terlalu banyak kemungkaran berlaku di depan mata.

    ReplyDelete
  10. Ni lah salah satu punca hati jadi gelap.

    ReplyDelete
  11. salam hami,

    jahil dan tipisnya iman itulah jawapannya.Ayuh tugas kita belum selesai..sama2 kita didik dan ajar generasi baru agar mnjauhi perkara yg diharamkan ini. Yang pernah dan telah buat..ayuh bertaubatlah..Muga ALLAH ampuni mereka.

    kita?? berdoalah muga2 ALLAH kekalkan iman dan istiqamah kita (menjauhi yg dilarang) dan mncintai amal soleh. Amin

    ReplyDelete
  12. akak saya pernah cerita seorang pak cik menang no ekor beratus ribu, lepastu bila orang nasihatkan, dia cakap 'sapa cakap main no tu HARAM? dalam Quran pun xder.. ya Allah begitu jahilnya... Nauzubillah..

    ReplyDelete
  13. Wan ada cousin.
    dia selalu bilik number ekor kat n.papeer.

    selalu jugak dia cakap

    " Alaahh, tak kena hari ni ".

    entah betul atau tak yang dia main number ekor.tak sure la tu.

    ReplyDelete
  14. @ainhany:

    Semoga Allah memberi hidayah pada mereka. Dan juga pada kita.

    ReplyDelete
  15. @eda Hidayah:

    Pakcik tu kena masuk kelas agama. Nak nasihat orang tua lebih susah.

    ReplyDelete
  16. @Syazwan Che Deraman:

    Wallahu'alam kan? Kalau betul, nasihatlah supaya tinggalkan.

    ReplyDelete
  17. pernah nampak jugak, pakcik tua siap pakai serban lagi masuk kedai nombor ekor. malu tak terkata time tengok tu. Hanya mampu doa dalam hati ja la.

    ReplyDelete
  18. Berharap tidak berlaku di kalangan keluarga kita~ Nauzubillah..

    ReplyDelete
  19. @zafirahtajudin :D:

    Ya ada jugak macam tu. Tanpa segan silu. Seakan langsung tak berdosa.

    ReplyDelete
  20. @zyiea:

    Moga-moga. Kita berdoalah pada Allah. Minta dijauhkan.

    ReplyDelete
  21. dulu ada saya bertekak dengan kawan sebab dia taknak terima yang hukum judi tu haram dan dia berkeras dengan "fatwa"nya yang kalau duit judi tu janganlah dibuat makan, beli barang2 yang tak boleh makan...
    bila kita terang duit kalau beli motor dan motor tu kalau dibawak pergi kerja, akarnya tetaplah haram...aduih, benak sungguh dia tak mahu terima..masa tu internet2 ni manala maju lagi..tak terfikir nak klik2 cr bg ke dia..buku pun tak sempat cr...

    ada gak budak yang ambil no kereta saya pergi beli no..geram sungguh..bila dapat duit baru dia habaq..:(..walaupun bukan atas kawalan kita tapi rasa geram bila dia guna nombor kereta saya...

    aduih parah..dan jangan terkejut budak2 tu pelajar universiti..

    saya rasa banyak melayu yang hilang arah..islam bukan kewajiban lagi untuk difahami..agaknya..

    ReplyDelete
  22. wow baru terbaca enrty En.hami ni... mmg betul ade orang islam main num ekor ni.. mcam jiran zati.. tapi kan dia salu blanja kitaorang mase kitaorang kecik2 dulu makan aiskrim... bahayalah kalu dia pakai duit haram 2 untuk beli aiskrim tuk kitaorang.. tapi dulu dia pernah menang bnyk duit pastu dia beli moto baru.. tapi xsempat pakai lame pun moto tu pastu rosak.. mungkin betul la cakap orang duit haram ni xtahan lame...

    ReplyDelete
  23. minta minta tuhan jauhkan dari benda2 yang tak baik ini...

    ReplyDelete
  24. sekarang dah macam takde ape je orang melayu main nombor ekor. hemm dunia akhir zaman -,-

    ReplyDelete
  25. @RULZA Susah jika kesedaran tentang hukum halal dan haram tiada pada diri.

    ReplyDelete
  26. @yuyueizzaty Duit haram ni tak pernah rasa cukup dan puas.

    ReplyDelete
  27. @Nur Emilya Manusia makin jauh. Moga masih ada pintu taubat untuk kita dan mereka.

    ReplyDelete
  28. lebih baik main ekor daripada pinjam duit, menipu, merasuah, merompak dan mengambil kesempatan. betol banyak lagi punca yang lain selain daripada main ekor. tetapi...tetapi adakah ianya semudah itu di zaman ini? cakap mmg mudah...betol kita kdg2 terlalu cepat menghukum sesuatu. judi mmg haram...tetapi bentuk judi yang macammana? ulama perlu kaji semula sesuatu itu mengikut keperluan zaman. nak jadi Yb pn perlu bertaruh wang taruhan, nak masuk tender pun sama dan banyak lagi sebagai contoh. walaupun sy bukan kaki ekor tetapi sy faham kenapa seseorang yg beragama islam itu main ekor...:) akhir kata apa saja perkara yg boleh melalaikan kita dari tanggjwb sebagai hamba kepada Allah hukumnya tetap haram...sama je dgn judi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang selama ni byk projek utk kegunaan org Islam pun byk yg dtg dari duit haram.. Projek jalan, perumahan dsbnya dtg dari Genting Highland dan juga Toto, Magnum.. Malah byk kilang memproses makanan yg kita makan selama ni pun modal dtg dr sykt tu.. So, faham dosa main ekor.. Yg main rasuah, menipu, cukai dsbnya kenapa tak pertikai.. Yg ni lagi haram dari main no ekor.. Fyi saya x pernah beli no ekor tapi malas nak komen sbb yg byk dosa besar pun org Islam buat tapi tak ambil berat

      Delete
  29. Adakah haram jika kita teman kawan yg bukan islam beli 4D?

    ReplyDelete
  30. Adakah haram kalau kita teman kawan kita yg bukan islam beli 4D?

    ReplyDelete
  31. Ber kwn saje tak haram ikut beli myk halam lah. Cam comelll jer

    ReplyDelete
  32. Dulu at my kg seorang imam tukang nikah main nombor ekor juga.. Ntah macam mana tu..

    ReplyDelete
  33. Tadi ada kawan non muslim mintak bg 4 nombor...saya bagila sebb saya fikir xpe kot sebb dy non muslim...n saya pun memang taw dy nak main nombor ekor...berdosakah saya...lepas bg rasa mnyesal plk....tolong jawab soalan saya pls

    ReplyDelete
  34. Aslmkm,....apakah no ramalan tergolong dlm perjudian..?.....jawapannya tidak kerana hukum dasar judi ialah apabila ianya melibatkan hati manusia yang lain, seperti pakau...akan menimbulkan perselusihan dan pergaduhan dan membuang masa, serta wang dan harta.....berlaianan dengan no ramalan... Ianya melibatkan diri sendiri dan company, yang tidak menimbulkan nasalah antara hati, serta tidak membuang masa , cuma masa membeli dan esok tahu jawapan,...tentang wang dan harata, hanya jumlah yg sedikit yg terlibat, tidak memudaratkan, malah ianya boleh menjadi sumber untuk meleoaskan masalah bagi yang terdesak....antara hubungan manusia dgn Allah juga tidak terjejas, kerana rezeki Allah yang beri dan ada sifat Tawakkal dalam usaha .... Berlianan dlm pakau.....byk hati terlibat, byk masa terbazir dan byk harta terhakis

    ReplyDelete
  35. Assalam.. Jgn lah cuba memutarbelitkan hukum.. yg haram tetap HARAM.. bertaubatlah..

    ReplyDelete
  36. X salah main nombor...tapi dengan cara yang betul. x haram pun. cuma orang yang x pandai mempergunakannya ke jalan yang betul.

    ReplyDelete
  37. X salah main nombor...tapi dengan cara yang betul. x haram pun. cuma orang yang x pandai mempergunakannya ke jalan yang betul.

    ReplyDelete
  38. Ada guru kata no ekor bukan Judi maka tak haram
    Zaman nabi Judi bentuk no ekor tak ada.
    Ulamak akhir zaman yg menyatakan no ekor itu Judi.

    ReplyDelete
  39. saya dulu suka main no ekor gak. sebab kerja gaji kecil, nak duit lebih katakan. banyak gak menang, tapi kira2 balik lebih banyak rugi. sekarang dah tobat dah.

    [Jemput ke blog saya untuk tips dapatkan RM5000 sebulan Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete
  40. Pemain numbe yg paling hebat adalah mamat indon madura..siap ada kiyai..
    (Tok guru depa)
    Pelik tpi benar,
    Ada org melayu kata duit numbe boleh cuci bgi halal...
    Contoh nya..klo dpt 100k 50k bg kt masjid..
    Dlm hukum islam benda yg haram kita kata Halal maka jdi kafir...na'uzubillah,
    By acheh

    ReplyDelete
  41. Dah banyak dah tengok orang melayu ke parit main nombor ekor. Orang berjudi, dia pun nak berjudi. Tapi tak pandai. Dah tu berhutang dengan cina along keliling pinggang. Habis anak bini pun menanggung sama.

    ReplyDelete
  42. Kalau kita main judi,menang,masa pi ambik duit tu kat TOTO,datang orang pejabat agama islam,tangkap. duit tu depa rampas,siap bagi kita pi mahkamah atas tuduhan menjudi. Persoalanya duit yang di rampas tu pi mana? kerajaan bakar? tak kan? kerajaan guna duit tu tak haram pulak? cakap pandai admin ni. yang haram tu pi pegang tangan anak dara org. ok bye.

    ReplyDelete
  43. Banyak perkara yg haram skrg..tipu org guna mlm .cukai dll

    ReplyDelete
  44. Tapi korang fikir balik klau mencuri dgn beli no ekor yg mne lg truk.
    Yg tikam no ni smua orng sush orng kaya ada tikam no ekor tak????

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)