365 Hari Tanpa Seorang Ayah

April 17, 2012



Assalamualaikum w.b.t

Mencuba untuk tidur. Tidak berjaya. Badan penat sangat. Otak terlalu letih. Esok harus kerja. 6:00 pagi perlu bangun. 7:00 pagi perlu bergerak ke tempat kerja. Dan sekarang (1:44 pagi) masih belum lelapkan mata. Ada perkara yang menyesak minda. Ada kenangan menerpa serta-merta. Kenangan 365 hari yang lalu. Masih dan terus segar di layar minda.

17 April 2011 : (11.00 pagi)

(sambungan dari ENTRI INI)

Melangkah lemah ke arah sesusuk tubuh yang terbujur kaku di pembaringan. Tidak sanggup membuka kain putih yang meliputi muka. Aku gagahi jua dengan hati yang tidak rela. Tangan menggeletar. Ditarik perlahan-lahan sehingga menampakkan wajah polos yang pucat lesi. MasyaAllah. Air mata ini memang tidak mampu diseka lagi. Aku hamburkan segalanya. Wajah itu aku tatap lama. Kalau boleh selama yang mungkin. Aku peluk dan kucup dahinya. Ya Allah!

17 April 2011 : (2.30 petang)

Selesai segala urusan pengebumian. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Aku bersyukur diberi peluang dan kesempatan memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan mengusung jenazah arwah ayah aku dengan tanganku sendiri. Beserta dengan kakak, abang-abang dan adik-adik aku. Bakti terakhir kami pada arwah ayah.


Ayah,
Kami tahu kami tidak banyak berbakti padamu. Ampunkan kami ayah.


Ayah,
Kami tahu terlalu banyak dosa-dosa kami terhadapmu. Maafkan kami ayah.


Ayah,
Kami tahu kami bukan anak yang soleh dan solehah. Tetapi kami sentiasa berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah.


Ayah,
Kami tahu kami banyak menyakiti hatimu. Tetapi ayah tetap bersabar dengan kerenah kami.


Ayah,
Kami tahu ayah seorang yang penyabar, penyayang dan kami tahu ayah adalah segalanya buat kami.


Ayah,
Maafkan kami. Hanya doa kudus kami ini yang mampu dititipkan untuk diiringi di sepanjang perjalananmu di sana.


Ya Allah, ampunkanlah dosa ayah kami, Ab. Halim Bin Md. Diah. Tempatkan arwah kami di tempat para solihin. Peliharalah dan berikanlah rahmatMu kepadanya.



17 April 2012

365 hari tanpa seorang ayah. Rasa kosong. Hilang sudah tunggak penggerak. Hilang sudah sumber nasihat. Hilang sudah sumber keceriaan kami sekeluarga selama ini. 

Sampai pejabat dengan lesu. Aku buka Facebook. Ada sesuatu yang membuatkan hati bertambah sayu.




Status kakak dan abang-abangku di Facebook. Buat aku makin terpana. Tapi apakan daya. Suratan takdir telah tertulis begitu. Mahu tidak mahu, kena turuti kemahuan normal kehidupan. Tiada cara lain. Yang perlu buat adalah REDHA, REDHA dan REDHA.

Kita semua akan melalui saat kematian ini. Cuma masa, ketika dan bagaimana sahaja yang belum pasti. Moga pengakhiran kehidupan kita dengan pengakhiran yang baik. Ameen.


"Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan. Bagaikan tiada keresahan."

Al-fatihah untuk ayah. Ab. Halim Bin Md. Diah.




Hami Asraff:

"Redha itu tidak semudah ungkapan. Tetapi hati dan diri kena relakan."

You Might Also Like

30 Comments

  1. mmg rasa kan kehilangan tu..perasaan rindu pun xpenah lenyap..buka mata igt dia, nk tutup mata pun igt dia..nampak kuih kegemaran dia pun boleh nk ngalir air mata ni..

    6 jun thn ni genap 2 thn ayah saya meninggal. tp still boleh byg mcm mane rasa kulit tangan yg membalut daging yg dh x sepejal dulu..macam mane muka marah, muka senyum..semua masih segar..

    al-fatihah utk ayah saudara..moga roh ayah2 kita tenang di sana..amin..

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah... untuk ayahda Hami Asraff.

    ReplyDelete
  3. hmmmm,,,, moga roh nya dicucuri rahmat.. dan sy pun baru je mengharungi satu kehilangan..

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah..nice entry..

    Alhamdulillah...aku masih ada ayah..dan aku xkn sia2kan ayah aku..

    p/s:lagu aeman nie sayu jer dengar..

    ReplyDelete
  5. al fatihah. Tanpa sedar baca entry ni dgn air mata sekali. Rindu my ayah too! :')

    ReplyDelete
  6. sedih sangat..menitis air mata... saya tak pernah rasai ketiadaan mama n abh.. tapi saya tau akan tiba masanya.... tp jika boleh dipilih siapa dulu untuk pergi mengadap ilahi... saya akan pilih saya dulu untuk pergi... kenapa?? sebab saya tak sanggup kehilangan ke2 org tua saya didepan mata saya... alfatihah untuk ayahanda hamiasraff... semoga roh beliau dicucuri rahmat... ditempat kan di golongan org2 mukmin.. amin ya rabbalalamin


    dari-->

    www.putryain.com

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah buat arwah ayah hami... mengalir air mata tatkala memabca entry ni.. semoga arwah tenang disana...amin..

    ReplyDelete
  8. salam Hami Asraff,

    =) tabahkan hati awak. Saya fahami apa awak hadapi, sy jugak alaminya cume sy sudah setahun 5 bulan.

    Awak boleh hadapinya. Semoga awak lebih tabah dan kuat demi mereka yang lain. =) insyaAllah,

    Wassalam.

    ReplyDelete
  9. ternyata kak blm cukup redha,wpun setiap detik mulut ini mengungkapkannya..hati ini ingin sekali benar2 mengikhlaskan.

    buktinya hrni seharian kak masih berendam air mata.seolah2 kak melalui hari yg sama setahun yg lalu..seolah2 perkara ini baru sj terjadi.

    kak ziarah ayah sebelum dan sekembalinya dr pejabat.kak rindu ayah sangat!

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum hami... sy tahan air mata daripd terus mengalir. bergenang air mata bila membca entry nie.. saya juga baru kehilangan arwah apak tahun lepas. memang sehingga kini, saya masih belum kuat untuk hadapinya, tetapi segalanya ketentuan Allah. saya terpaksa menerimanya kerana itu takdir Allah. memang mulut cakap redha dan ikhlas terima ketentuan, tapi hati dan jiwa tidak. tapi kita kena ingat, kematian itu pasti hadir. Allah menguji hambaNya dengan kehilangan saudaranya. moga ujian Allah ini memberi hikmah yang tak terhingga kepada hami sekeluarga. alfatihah buat ab halim bin md diah dan arwah apak saya, mohd ali bin mat din..

    ReplyDelete
  11. Ya Allah..betapa besar perjuangan seorang ayah

    ReplyDelete
  12. Al -Fatihah utk bapa kau hami... semoga rohnya dicucuri rahmat... jadikan doa anak yg soleh sbgai bekalan utk ayah engkau di sana...

    kau rasa beruntung coz dlm usia kau, kau telah berbakti pada ayah kau semasa pengebumian jenazahnya... kau uruskannya, mandikannya... bagusnya...

    tapi aku, mak aku meninggal di usia aku 13 tahun dan adik aku yg bongsu usia setahun setgh... masa itu aku rasa dunia aku gelap seketika, org menyuruh aku utk memandikan, tapi kekuatan dlm diri aku hilang dan aku tidak kesempatan utk menyempurnakan jenzah mak aku.. yg buat semua kakak dan mak cik- mak cik aku... huhuhuhhu hanya doa sahaja yg boleh ku berikan kepada arwah ibuku... kita sama coz kehilangan org yang sgt kiter syg...

    ReplyDelete
  13. sedihnya,kalau boley takmau rasa benda nie. :(

    ReplyDelete
  14. Hum..teringat plak kisah aku sblum ni...terlalu sdh..egt blik mau ngs....bila hlg bru trasa.....

    ReplyDelete
  15. al-fatihah..
    sukar utk ungkap dgn kata2 betapa sedihnya kehidupan tanpa ayah tercinta..
    insyallah saya akan cuba utk berbakti pd abah.. selagi dia masih hidup

    ReplyDelete
  16. ya allah....sebaknya rasa...dah tertumapah pun air mata tanpa dapat ditahankan lagi....

    ayahnda yg dikasihi kita pergi dalam bulan yg sama cuma hari yg berlainan...moga roh ayah kita semua akan tenang damai dan dirahmati selalu....alfatihah buat kedua mereka....

    http://dila79inperson.blogspot.com/2012/04/setahun-sudah-berlalu.html

    ReplyDelete
  17. Al-Fatihah, semoga encik hami asraff n famili tetap tabah...

    ReplyDelete
  18. semoga dia ditempatkan bersama golongan2 yang dirahmati Allah..insyaallah :)

    ReplyDelete
  19. teringat ayah di kampung..tengah buat apa la..

    ReplyDelete
  20. salam.. firstly nak ucap tahniah sbb anda tlh bjaye mnjdi seorg ank yg bbkti kepade kdue ibubapa anda.. bukan semue org bole mlakukannnye.. seriously, sy bce dgn tangisan.. entry anda mmg bt saqye sebak n bt sye bsyukur kerane msih ade parents lg.. bt sye sdar untk mghrgai + mmbals jase parents saye... thnx 2 u...

    ReplyDelete
  21. Al-fatihah. Semoga roh ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman.

    ReplyDelete
  22. Salam takziah.. Al-Fatihah untuk Allahyarham. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

    Pernah juga merasa kehilangan insan tersayang.

    ReplyDelete
  23. Entry ni menyedarkan awyn tentang seorang abah. Ya allah, sayang abah! Tp taktau mcm mana nak tunjuk. Abah garang. Hee

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum..
    maaf kerana saya komen kat sini.
    sebabnye saya bru thu ttg pemergian ayahnda saudara even dh sethun lebih.
    salam takziah .
    dan bru skrg sye bce smua part tu..
    kehilangan seseorang yg bergelar ayah mmg amat perit..
    sedangkan kehilangan seorang sahabat pun kita dah sedih apatah lagi seorang ayah iaitu sahabat kita sejak kita dilahirkan..
    semoga saudara dan keluarga terus tabah mengahadapi segala-galanya..

    Allah tahu ape yang terbaik buat hamba-Nya.

    teruskan ketabahan saudara agar dapat membntu adik bradik dn emak mnjdi lebih tabah :)

    *maaf klu sya ckp.. ade sdikit typing error.. maaf klu teguran saye x bertmpt :)

    semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..aminn

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe