Empat Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Neraka Oleh Wanita

September 27, 2011




Assalamualaikum w.b.t

Ini entri copy paste. Terjumpa di notes rakan di Facebook. Jadi perkara yang baik perlu dikongsi. Supaya semua orang dapat input berguna. Supaya semua orang mempunyai tanggungjawab untuk menjadi manusia yang sentiasa mempertingkatkan amalan padaNYA. Sekiranya yang sudah tahu, jadikanlah ini sebagai peringatan. Yang belum tahu jadikanlah ini sebagai pedoman. InsyaALLAH.




Empat Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Neraka Oleh Wanita

1. AYAH

Seorang lelaki yang telah memberikan segala keperluan agama seperti didikan solat, menutup aurat dan sebagainya kepada anak perempuannya. Berusaha keras agar anak perempuannya hidup selesa dan berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan. Tapi sayang anak-anak perempuannya pula tidak menutup aurat serta melakukan maksiat diluar pengetahuannya. Walaupun lelaki ini telah menunaikan segala tanggungjawabnya terhadap agama, lelaki berjasa ini tetap bakal bersama anak perempuannya ke NERAKA!

2. SUAMI 

Seorang lelaki yang bersusah payah mencari sesuap nasi buat wanita kesayangan yang dikahwininya. Sebaliknya, isteri bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami serta tidak menutup aurat ketika keluar dari rumah. Ada juga isteri yang menutup aurat, tetapi keluar rumah diluar pengetahuan suami. Sekalipun lelaki bergelar suami ini soleh, dia tetap bersama isterinya ke NERAKA!

3. ADIK BERADIK LELAKI

Seorang lelaki yang kakak atau adik perempuannya yang belum berkahwin dijaga, dibantu serta dilindungi dari segala mara bahaya yang mendatang.. Kakak dan adik perempuannya pula tidak menutup aurat, keluar bermaksiat bersama bukan mahram, serta tidak menunakan solat. Lelaki ini bukan sahaja tidak mampu melindungi kakak dan adik perempuannya, bahkan akan turut menemani mereka di NERAKA!

4. ANAK LELAKI

Seorang lelaki yang menjaga ibunya, menunaikan segala suruhan serta taat kepada ibubapa dan agama. Malangnya si ibu tidak menutup aurat, tidak menjaga maruah diri dan agama. Ketahuilah bahawa anak lelaki kesayangan ini akhirnya besama-sama dengan ibu mereka di NERAKA!


Firman Allah S.W.T;

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." ... { Al-Tahrim 66:6 }


Pesan Nabi: "Sampaikan walaupun satu ayat." Sebarkanlah segala kebaikan yang kamu tahu, yang kamu pelajari. Jangan takut ilmumu berkurang. Malahan, makin bertambah dan berkembang. Sentiasalah berpesan-pesan pada kebaikan. Ingat, hidup kita tak lama. Bila-bila masa ajal boleh menjemput. Tiada cara lain, tanya pada diri, apakah persediaan yang telah dibuat untuk menghadapi mati?



Wallahualam. Wassalam.

Hami Asraff:


"Bila ditanya, kamu memilih syurga atau neraka? Semua orang memilih syurga. Jadi mari perlengkapkan amalan untuk ke syurga."

You Might Also Like

13 Comments

  1. Sentuh pasal menutup aurat.. hmm.. Majoriti wanita islam di Malaysia memakai tudung. Yg lain tu, biasa lah.. alasan ye.."Tak diberi Hidayah lagi konon ye". TAPI, bagi wanita yang memang telah memakai tudung sejak zaman sekolah lagi, segelintir dari mereka merasakan tudung itu hanya TRADISI. Bagi nampak seragam waktu perhimpunan sekolah(haha). Termasuklah saya sendiri, ALHAMDULILLAH, Saya dah dapat jawapan nya.. Kepada mereka diluar sana yg masih merasakan tudung itu hanya tradisi, berusaha mencari jawapan.. Dan jgn lupa SHARE jwpn anda di sini.

    ReplyDelete
  2. jagalah wanita disekelilingmu wahai lelaki...

    gambar yg menakutkan...

    ReplyDelete
  3. terima kasih bro untuk perkongsian ini..

    kita sebaai lelaki harus menjadi ketua yang baik untuk kaum wanita.

    ReplyDelete
  4. sebab tu orang perempuan jangan buat 'pakej ke neraka' dengan emosi dan sikap yang tak relevan..

    islam perlu kepada ilmu..
    jom sama2 baiki akhlak...minta tuhan kuatkan azam dan tindakan.

    ReplyDelete
  5. Salam bro

    terima kasih atas peringatan. bukan utk buat kita takut tapi lebih kepada menyedarkan apa yang kita leka selama ni.

    ReplyDelete
  6. salam...thanks for the good entry...setiap orng ada tnggungjawab dalam kehidupan, dan tnggungjawab terbesar terletak di bahu lelaki untuk mentarbiah keluarganya...=)

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum..maaf mencelah..sekadar nk berkongsi..pernah bertanya isu berkenaan ni pada ustaz..ustaz tu jawab kita berkongsi pahala tetapi tidak dosa..bermaksud selagi ibu/bapa/abang/adik sudah menegur tetapi pihak yg ditegur itu masih degil, dosa dia tidaklah ditanggung bersama..itulah kemanisan Islam, kita berkongsi pahala seperti jika seorg anak membaca Al-Quran, automatik ibu/bapanya mendapat pahala juga tetapi jika dia melakukan dosa tanpa pengetahuan ibu/bapanya, dosa itu ditanggung tuan punya badan sahaja..Wallahualam..

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas entry yg menarik!

    ReplyDelete
  9. Asalam..
    Syukran..banyak hikmah...mari kita hayati ..

    ReplyDelete
  10. salam alaik.
    tanggung jawab kaum adam memang terlalu besar. jalankan tanggung jawab sebaik mungkin dan selagi terdaya. namun, andai mereka (kaum hawa) tetap berdegil, sesungguhnya untuk kita amalan kita dan untuk mereka amalan mereka. seorang manusia tidak akan dibebankan dengan dosa orang lain selagi mana mereka telah jalankan amanah sebaik mungkin.



    * nak mintak permission amik al imam hassan al basri kat column pedoman.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe