ALLAH Berhak Memberi Hidayah Ke Atas Sesiapa Sahaja

July 14, 2011




Assalamualaikum w.b.t

Biarpun sejahat dan seteruk mana kita di masa silam, kita tetap insan manusia. Insan biasa. Yang tetap kerdil di sisi Sang Pencipta. Yang sentiasa mengharap pengampunan dariNYA. Biarpun pada dulunya kita masih di awang-awangan. Masa diperguna hanya untuk keseronokan semata-mata. Langsung tidak terlintas di benak fikiran kita mampu mendapat Nur Ilahi. Langsung tidak pernah.

Mungkin tak berapa banyak mahu huraikan. Mungkin penceritaan boleh menerusi dari video-video di bawah.

1. Ustaz Azmil Mustapha

Siapa sangka Ustaz Azmil yang lebih sinonim dengan Ali Setan mampu berubah seperti sekarang. MasyaALLAH. Kuasa ALLAH itu nyata. Banyak video-video ceramah beliau di Youtube. Tetapi aku pilih video yang di bawah ni sajalah. Mari dengar tazkirah beliau di bawah.




2. Bob Lokman

Beliau ada buat kejutan pada Program Raja Lawak yang bahawasanya beliau mahu mengundur dari menjadi juri untuk program itu. Pada mulanya ingatkan hanyalah gimik semata-mata. Ternyata tidak. Beliau mahu berhijrah ke arah yang lebih baik. Subhanallah. Video di bawah tiada unsur politik. Dengar pengisian yang beliau sampaikan. Itu lebih penting.




3. Sham Kamikaze

Agak terkejut juga bila mula-mula tengok video ni dulu. MasyaALLAH sungguh kelu lidah. Dan rasa tenang je dengar penceritaan pengalaman beliau dalam mencari dan mendapat hidayah ALLAH itu. Mengagumkan. ALLAH telah aturkan segala dengan teliti sekali.




4. Kumpulan Ruffedge, Innuendo dan V.E

Kini mereka dikenali sebagai Kumpulan Al Mawlid. Memperjuangkan lagu-lagu berunsur ketuhanan. Aku baru jugaklah tahu pasal Kumpulan Al Mawlid ni. Bawah ni ada lagu 'Cahaya Seluruh Alam'. Memperingati Nabi junjungan kita. Nabi Muhammad SAW. Bersih saja wajah-wajah mereka. MasyaALLAH :)




5. Amer Munawer

Bekas anggota Kumpulan Ruffedge muncul juga dengan single terbaru yang berunsur ketuhanan. 'Seluruh Mahabbah'. Lirik lagu yang sangat bagus. 




Artis-artis wanita lain tak kurang hebatnya mengalami penghijrahan seperti Wardina Saffiyah, Irma Hasmie dan lain-lain. Berasa sungguh gembira melihat perubahan mereka. Tetapi aku begitu tertarik dengan seorang artis wanita yang mencerita bagaimana beliau mendapat hidayah untuk memakai tudung.


6. Catriona Bahrin Ross

Aku terjumpa video ni dekat youtube. Kali kedua buka dah ada yang remove. Nasib baik aku sempat download. Dengarlah ulasan pendek beliau bagaimana beliau boleh mendapat hidayah untuk memakai tudung, tetapi begitu utuh dan meyakinkan. ALLAH Maha Besar :)




Kepada wanita-wanita yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna diluar sana, hentikanlah memberi alasan belum sampai seru. Bukankah seruan Islam meWAJIBkan untuk menutup aurat. Itulah serunya.

Tidak melabelkan siapa jahat dan siapa baik. Hakikatnya kita semua mampu berubah ke arah yang lebih baik. Hidayah itu perlu dicari bukan dinanti. Dan ini hanyalah beberapa contoh yang aku kemukakan. Minta maaf kalau ada yang terlepas pandang untuk beri ulasan. Sekiranya ada yang mahu berkongsi, silalah nyatakan di ruangan komen.

Kenapa aku mengfokuskan kepada artis? Sebab artis adalah public figure. Sekali mereka berubah, mereka boleh membawa perubahan kepada masyarakat. Maka janganlah sesekali mengutuk mereka. Sebaliknya teruskan berdoa supaya mereka terus diberi hidayah. Dan sesungguhnya untuk kita jua.

Itu sahaja. Moga ada manfaat bersama. Wallahu'alam.

Wassalam.

Hami Asraff:

1. Semoga kita terus istiqamah dalam mempertingkatkan amalan. InsyaALLAH.
2. Jangan pernah putus asa dengan rahmat ALLAH. Terus berusaha dan berdoa.


You Might Also Like

31 Comments

  1. 'Hidayah itu perlu dicari bukan dinanti'...
    sesuatu perkara tu tak akan datang bergolek kalau tak de usaha...
    berusahalah selagi terdaya untuk menjadi lebih sempurna...
    =D

    ReplyDelete
  2. @hana:

    Yeah, selagi terdaya berusaha, berusaha dan terus berusaha :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum

    kaifa haluka ya akhi??

    alhamdulillah..sesungguhnya HIDAYAH itu milik DIA..DIA berhak memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya..

    Semoga kita terus istiqamah dalam mempertingkatkan amalan. InsyaALLAH.

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan hana... " Hidayah itu perlu dicari,bukan dinanti.."

    Moga Allah memelihara iman kita dan menetapkan istiqamah kita...InsyaAllah..

    ReplyDelete
  5. @NooR AzLen BinTi HaRoN:

    Waalaikumussalam. "kaifa haluka ya akhi??" tu maksudnya apa ya? InsyaALLAH :)

    ReplyDelete
  6. @Amir Rayyan:

    Juga telah kemukakan ayat berkenaan di entri atas :)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum

    kaifa haluka ya akhi??

    maksudnya "ape kbr wahai saudaraku??

    akhi gelaran bg saudara lelaki n ukhti bg saudara perempuan..


    Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara.
    (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

    ReplyDelete
  8. Sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami (Allah), Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

    [Al-Ankabut:69


    Sesungguhnya, bukanlah engkau yang memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki.

    [Al-Qasas:56]

    ReplyDelete
  9. Aslkm anakanda

    Mama suka tulisan anakanda. Tulis yg baik2 ya...

    ReplyDelete
  10. Walau sebesar mana pun dosa kita, Allah pasti akan mengampuninya. Asalkan hambaNya kembali bertaubat.

    Manusia pula sekecil kesilapan yang dilakukan mampu melupuskan sejuta kebaikan yang telah ditonjolkan.

    Marilah belajar sifat Allah yang Maha Pengampun ini.

    (Eh, ulasanku ini tak lari dari tajuk entry kan. )

    ReplyDelete
  11. @niesa:

    Masih berada di landasannya. Benar Allah Maha Pengampun bagi mereka yang mahu bertaubat.

    ReplyDelete
  12. "Hidayah itu perlu dicari bukan dinanti"

    this sentence will be my favorite quote!! tQ Mr Hami for the great post..
    "semoga kita semua sentiasa diberikan hidayah"

    ReplyDelete
  13. @wafa azman:

    InsyaALLAH, sama-samalah kita mncarinya :)

    ReplyDelete
  14. ramai yang bagi alasan, 'belum dapat Hidayah."
    Hakikatnya, macam mana nak dapat kalau kita sendiri tak pernah nak cari Hidayah tu. =)

    ReplyDelete
  15. @syanabel:

    Itu adalah jawapan perlepas bagi kebanyakkan orang.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum

    ana pun tak fasih berbahasa arab..

    cuma bljr sedikit demi sedikit.

    "bahasa ARAB bahasa SYURGA.

    Moga dipermudahkan untuk kita mempelajarinya.amin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah :)
    semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk. Amin.

    ReplyDelete
  18. pernah baca dalam wall feed FB.
    "kita tidak boleh kata belum dapat hidayah lagi. sebab hidayah itu sudah turun ke muka bumi sejak Islam terlahir"

    btw pos ni menarik =)

    ReplyDelete
  19. I have a friend who likes to put words of Islam and preaches when she herself never practices it.(ex: talking about aurat while she doesnt even cover her hair or, talking about sins while i know she did all those things) Somehow, i feel uneasy because its like she is playing with Islam by using it to show off on facebook. sigh. However,talking about hidayah is possible for everyone gives me hope for myself and the friend i mentioned above.

    ReplyDelete
  20. nice sharing bro.. tutuplah aurat sebaiknya kerana aurat itu adalah dosa apabila kamu memberikan orang lain peluang melihatnya.. bukan hanya kamu menadapat dosa bahkan orang yang melihatnya juga..

    terima kasih atas perkongsian ini.. sama2 kita berdoa demi umat Islam sejagat

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe