Sesi Monolog Dalaman

Saturday, April 1, 2017

Nak Tanya Pendapat Korang Ni


Ini kali ke patploh pat kali aku masuk sini. Taip padam, taip padam. Macam apa entah. Hoi mana hilang semangat menulis aku ni??? 😞

Kemonnn!

Aku tak nak jadikan alasan "busy" tu sebagai sebab utama aku tak update blog. Ya tau tau. Alasan tu tersangatlah klise. Tapi hanya alasan itulah paling sepadan dengan apa yang aku sedang alami. Busy ni kadangkala best juga. Bukan apa, hang boleh siapkan banyak kerja dalam satu jam, dalam masa satu hari. Walhal kerja yang sepatutnya disiapkan dalam masa 5 minit ditangguh sehingga menjadi begitu lama. Nampak tak dekat sini? Tapi kadangkala, busy ni memang boleh jadi gila. Serabut semua ada. Haishhh, kalau dah nama masalah, memang tak pernah settle pun kan?

Okay tinggal sekejap permasalahan itu. Sekarang ni nak tanya sikit pendapat korang, pembaca blog ini (masih ada lagi ka orang baca blog ni? πŸ˜‚). Soalannya adalah:

1) Macam mana nak bagi konsisten menulis balik? 
2) Korang rasa aku perlu menulis tentang apa? 
3) Perlu tak tukar template blog ni?

Cukuplah 3 soalan ni dulu. Please ya bagi cadangan. Sejujurnya aku terlalu rindu hendak menulis seperti dulu. So segala cadangan korang aku terima dengan teruja dan happy gila. 😊

3.13 pagi.

Nampak tak time macam ni baru aku sempat menulis. 

Okay selamat malam guys. Moga esok hari membawa sinar.

😴

8 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum en hami...
Tetiba rasa nak komen...
First cuba tetapkan sehari nak bagi satu kisah atau pengalaman apa yang encik hadapi seharian. Then encik taip lah dalam draft.
Then esok buat benda sama.
Ye, memang setiap hari lain lain kita hadapi kita jumpa.
Tapi akan jadi cerita menarik kalau boleh disambung sambungkan idea hari ke hari kan.? (rsenyela)
Cerita ape nk kupas maybe isu semasa encik hadapi lah.
Orang lain boleh baca and ambik pengajaran dari situasi encik.
Yg ketiga tak ingat soalan ape.
So takde jawapan.
.
Harap dapat membantu lah sikit komen saya nih...
Heeee

Anonymous said...

Assalamu'alaikum..Nak konsisten tu mungkin boleh tetapkan hari apa utk post di blog..sebelum tu jika ada apa- apa idea, draf dulu..Suka tentang apa- apa yg ditulis asalkan tak merapu.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

ayu nyra said...

Assalam,cik Hami jgn berhenti berkarya penulisan cik Hami bnyk beri input πŸ‘πŸ»Msh menunggu hsl karya cik Hami yg ke 2✌Smga trus berkarya😊Nk menulis tu kne ade mood πŸ™‡Jgk klu x,smua xjd☺️Nk mnulis tu mgkin smua org suka jln cerita mngenai kehidupan seharian ,berbentuk islamic πŸ‘ŒπŸ»πŸ˜Š Upgrade skit template blog kot 😎✌🏻Tp dh ok tuu

Normala Saad said...

Boleh cerita apa saja terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian..peristiwa semasa....dalam & luar negeri. Banyak benda yang boleh dicerita & dikongsi disitu. Tak semua yang kita tahu orang tahu dan tak semua yang kita baca orang baca...jadi boleh jadi bahan posting...Happy blogging HamiAsraff.

Cik Itah said...

No. 1 - tak tahu sebab sy sendiri tak konsisten dalam berblog haha ikut mood

No. 2 - tulis entri cm sebelum2 ni sbb sy suka ayatnya yg ala2 dalam novel :)

No. 3 - your template is good. bagi sy tak payah tukar pun takpa tapi kalau nakkan kelainan bole juga. depend dgn tuan punya blog hehe

Anonymous said...

Assalam..jangan berhenti menulis. Setiap dua ke tiga minggu sekali saya akan masuk blog ni dengan harapan ada entri baru untuk dibaca. Mungkin boleh tetapkan satu hari dalam seminggu untuk menulis. Boleh ja tulis mengenai kehidupan dan pengalaman semingguan itu =). Moga terus istiqamah dalam ber blogging.


- huda, klien takaful -

NadiaHumaira' said...

Assalamualaikum abg Hami. Nak try bagi idea siket.


1) Macam mana nak bagi konsisten menulis balik?
Cuba cari satu point yang abg Hami boleh enjoy gila nak menulis. Something yang interesting. so far, okay je dalam blog ni :D


2) Korang rasa aku perlu menulis tentang apa?
Experience ke. macam tentang travel? Nice juga.



3) Perlu tak tukar template blog ni?
Hahaha okay dah ni :D


HAPPY BERBLOGGER! MUDAHA-MUDAHAN ADA MANFAAT :)

Anonymous said...

assalamualaikum. utk no 1 tu maybe boleh download apps blogger kat phone. then tulis sikit-sikit bila ada masa. tak payah tunggu nak tulis kat laptop sebab bila tangguh2 nak tulis tu yang biasanya tak jadi. hehe.

2nd, maybe boleh tulis pasal pengalaman hidup kut. dari zaman kanak2, remaja sampailah sekarang. tak tahu kenapa tapi blog ni macam ada aura sentimental. maybe sebab dah follow blog ni dari zaman awal uni sampai dah grad.

3rd, tak kisah sama ada nak tukar template ke tak. tapi kalau nak tukar hopefully boleh kekalkan simplicity dia sebab itu antara yang menarik dekat blog ni. tak serabut dengan macam2.

anyway, all the best dan semoga Hami Asraff terus menulis.