Titipan Rindu


Ku titipkan rindu.
Pada yang layak merindu.
Ku hadiahkan rasa.
Pada yang mahu merasa.

Ku terima pada sesiapa yang mahu menyambut rinduku.
Ku menadah pada sesiapa yang mahu menyemai rasaku.

Layakkah aku menuntut rindu ini?
Layakkah aku menyebar rasa ini?

Ku titipkan rindu ini padaMu.
Ku hadiahkan rasa ini padaMu.
Itu tempat selayak dirindu.
Itu tempat terbaik untuk mengadu.

Allah.

Comments

Anonymous said…
di situlah selayaknya rasa dan rindu itu berlabuh.
Allah.




-shuhada-
Anonymous said…
minta izin untuk share puisi ni

Popular posts from this blog

Bolehkah Orang Melayu Yang Beragama Islam Bermain Nombor Ekor?

Terlalu Rindu Ayah. Hargai Ayah Anda Selagi Mereka Masih Ada.

Kita Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang. (Nukilan Di Malam Sepi)