Coretan Di Kala Insomnia (Siri 1)

January 13, 2015


Jiwa mendesah. Mengeluh yang entah berapa kali. Hati kian rawan. Tidak tenang sejak dua tika menjak. Macam-macam menyerbu kotak minda.

Sampai satu ketika kita terlalu merindui. Entah pada siapa yang dirindui. Mungkin terlalu rindu detik-detik yang berlalu, melebihi individu tertentu. Entah.

Mahu saja berlari jauh dari pasakan arus yang mengejar tidak henti-henti. Mahu hidup tenang tanpa sekilas hambatan galau rasa. Mahu memenuhi seruan hati yang asyik tertunda lamanya.

Siapa kita untuk melawan arus dunia? Hanya manusia kerdil yang meneruskan saki baki hidup. Entah berapa tahun lagi bakal menumpang hidup di bumi ini. Entah esok lusa, dijemput Yang Maha Esa. Mampukah kita melawan takdirNya?


01:34 pagi
13012015
Bangi


You Might Also Like

3 Comments

  1. aslkm... nak tumpang promote blog.. kepada kaki shopping yg berminat dgn gajet/barang2 berkaitan dengan handphone, boleh singgah melawat ke blog hamba ini http://stylomeelogadget.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt...

    Betul3... entah esok atau lusa kita akan bertemu denganNya... terasa kosong jika lupakanNya...kadang2 kita seakan-akan mahu tinggalkan segalanya hanya untuk lebih dekat denganNya.

    Semoga kita setiasa dalam rahmah dan kasihNya..ameen..^_^

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe