Wednesday, September 26, 2012

Jangan Lumpuh Pada Kegagalan. Jadikanlah Kegagalan Sumber Kekuatan.








Assalamualaikum w.b.t

Minta maaf jika anda masuk saja blog ini, ada lagu autoplay. Rata-rata orang (especially Blogger) memang tak suka lagu autoplay di blog. Bertambah tak suka bila cari butang 'pause' tak jumpa. Bertambah hangin satu badan dibuatnya. Hehe. Rileks. Sabaq. Aku hiddenkannya. Letak sat saja lagu ni kat blog. (Eleh kalau letak lama pun macam ada je yang sudi bertandang ke blog usang hari hari ni?)

Jadi itulah mukadimah untuk entri kali ini. Mukadimah berbasa basi orang kata. Mahu teruskan coretan dan titipan dalam meneruskan secebis hidup yang sementara ini. Mana tahu esok lusa kita dipanggil menghadap Ilahi, tak sempat pulak kita berbakti. Menulis sesuatu perkara yang baik, mungkin itu suatu sumbang bakti pada masyarakat, pada pembaca. Biarlah sedikit, asalkan perkongsian yang baik itu diteruskan. InsyaAllah.

Menyingkap kisah jatuh bangun hidup. Rupa-rupanya banyak juga cabaran hidup yang aku dah lalui selama ini. Pejam celik pejam celik sat saja masa berlalu. Dah 27 tahun (even Birthday tak sampai lagi) dah pun aku menumpang hidup di bumi Allah yang luas ini. Bila diingatkan kembali, boleh tersenyum sendiri. Tersenyum mengenang kisah-kisah hidup. Di dalam kisah hidup itu terselit elemen kesedihan, kekecewaan, kehampaan yang sering bertelingkah dalam diri. Asam garam untuk manusia. Perkara biasa apabila menjadi manusia biasa.


Terngiang-ngiang kata-kata seseorang pada aku suatu ketika dahulu.

"Hami, hang ni tak pernah sedih ke? Tengok hang happy saja!"

"Happy? Tak pernah sedih? Hehe. Manusia mana yang tak pernah sedih bro? Kita manusia biasa la, dan sedih itu sebahagian dari jadi manusia. Tapi kadang-kadang kita perlu menutup kesedihan kita dengan berpura-pura happy. Macam tu la kot."

Menerangkan sambil meleretkan senyuman.

"Macam mana pulak dengan kegagalan? Hang pernah gagal?", tanyanya lagi. Ingin tahu barangkali.

Aku tersenyum lagi. Lantas membalas.

"Hehe! Banyak sangat kegagalan dalam hidup ini. Orang lain saja yang tak pernah tahu. Yang tahu mungkin tahu."

Antara persoalan-persoalan yang pernah ditanya. Begitulah. Kadang-kadang orang hanya nampak pada apa yang terzahir pada kita. Tetapi mereka tidak nampak apa yang terselindung di sebaliknya. Terselindung itu tersembunyi pelbagai kisah yang mampu meruntun jiwa. Kisah yang tidak pernah kita mahu peduli. Kisah yang mampu buat manusia jatuh dalam jurang kelemasan. Jurang yang dinamakan KEGAGALAN.

Kegagalan membuatkan manusia hilang pedoman. Merasai kegagalan, kita akan merasai kehampaan, kekecewaan. Kekecewaan yang sukar ditafsirkan. Terasa hancur luluh sanubari. Seperti tiada harapan untuk meneruskan hidup lagi. Kegagalan mampu membuatkan manusia hilang kepercayaan pada diri. Kegagalan juga kadang-kadang mampu membuatkan manusia tidak nampak akan pengertian dalam hidupnya. Pasrah. Serabut. Buntu. Semuanya digaul menjadi sebuah rasa negatif di sudut hati kecil.

Kembalilah istighfar.

Tenang.




Jangan terlalu ikutkan emosi. Jangan biarkan emosi membatasi warasnya akal fikiran. Ingat, tiada seorang pun manusia dilahirkan sempurna dalam dunia ini. Kegagalan itu adalah perkara biasa bagi seorang insan yang bergelar manusia. Biar pun sehebatnya seseorang manusia itu, pasti kegagalan pernah singgah dalam hidupnya. Gagal dalam peperiksaan, gagal meneruskan pengajian, gagal dalam perhubungan, gagal dalam percintaan, malah gagal dalam perkahwinan. Dan pelbagai lagi kegagalan yang sering terjadi dalam hidup masing-masing.

Bangunlah dari kegagalan. Jangan pernah tunduk pada kegagalan. Kegagalan adalah tiket untuk mencapai kejayaan. Jika kita tidak menempuh kegagalan, kejayaan itu dirasakan biasa. Kegagalan itulah yang mengajar kita untuk lebih kuat, lebih tabah, lebih kental menghadapi serangan ujian dunia. Selalu aku ingatkan pada diri. Bukan senang mahu senang. Itu sudah cukup menjawab segalanya. Jika kita peroleh sesuatu perkara itu dengan mudah, kita mungkin tidak belajar erti kepayahan. Kepayahan dan kegagalan yang membuatkan kita lebih kuat harungi hidup, malah tetap kental hadapinya.


Jadi, berhentilah bersedih dengan kegagalanmu. Bangun dan menyerlah semula. Andai rebah, bangun dan terus melangkah. Jangan berputus asa. Kejayaan bakal milikmu kelak.

Dua tahun lalu pernah menulis entri I Love Living Life. I am Happy. Salah satu entri yang berkaitan kegagalan dan semangat untuk teruskan hidup. Klik pada linknya untuk mengetahui lebih lanjut. Aku tinggalkan anda pada satu video yang awesome di bawah. Video yang memberi motivasi dan inspirasi pada diri ini. Mungkin pada kalian jua.


 


Wassalam.


Hami Asraff:

"Hidup tidak sentiasa menjanjikan kemanisan. Kepahitan itu lumrah hidup sebagai manusia. Penghujung pahit, pasti ada manisnya."


Thursday, September 20, 2012

ALLAH Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Kita








ALLAH knows what is best for us 
So why should we complain 
We always want the sunshine 
But He knows there must be rain. 

 We always want laughter 
and the merriment of cheer 
but our heart will lose their tenderness 
If we never shed a tear. 

 ALLAH tests us often 
with suffering and sorrow 
He tests us not to punish us 
but to help us meet tomorrow. 

 For growing trees are strenghtened 
if they can withstand the storm 
and the sharpness of the chisel 
gave the marble its grace and form. 

 ALLAH tests us often and for every pain 
He gives us provided we are patient 
Is followed by rich gain 
So whenever we feel that everything is going wrong 
It is just ALLAH'S way to make our spirit strong. 


 Unknown Author 








Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday #9: Jangan Terlalu Mudah Menilai Orang Lain







On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.


Sunday, September 9, 2012

Hidup, Penuh Dengan Pro dan Kontra Yang Tidak Pernah Dijangka







Assalamualaikum w.b.t

Apa habaq hampa semua? Tudiaa buah mula. Lagu ni la bila blog dibiar terkapai-kapai kelemasan. Dibiar sunyi dan sepi tanpa sebarang madahan, nukilan, perkongsian, kemerepekan dan sewaktu dengannya yang lain. Ah! Macam ada yang peduli aku update ke tidak. Entah entah langsung orang tak kisah aku update ke tak ke lantak pi hang la. Okey fine!

Tapi kan ada jugak yang bertanya, "Kenapa dah lama tak update blog? Beraya sakan naa. Jenuh dok tunggu ni."

Soalan berbaur begini adalah sebuah keterharuan bagi setiap blogger. Mahu taknya, seolah-olah ada yang menanti titipan picisan kita. Itulah pernghargaan bagi seorang penulis blog bila mana karya tulisannya dibaca, dihargai. Terima kasih pada hampa yang bertanya. Sila beratur ambil choki-choki. Okey okey jangan berebut. Semua orang dapat.

Ehem ehem. *Perbetulkan tempat duduk dan muzik melankolik diputar sejurusnya





***********





Suasana makin sunyi. Sekejap lagi malam akan sampai dipertengahannya. Sepi. Mengundang kedinginan. Memaut ketenangan. Tetapi entah kenapa hati tidak tenang. Jiwa tidak tenteram. Fikiran berkeceramuk. Terlalu banyak perkara yang menyesak minda. Lantas, telefon bimbit dicapai.

"Hello. Assalamualaikum bro. Free tak?" Aku telefon seorang sahabat.

"Waalaikumussalam. Free. Awat?" Balas sahabat.

"Jom lepak. Ada benda yang merunsingkan gua! Aku pi ambil hang. 20 minit lagi aku sampai. Okey?" Berterus terang pada agenda.

"Okey!" Jawabnya pendek.

Kereta meluncur ke destinasi. Mengambil sang sahabat. Rumahnya tidak jauh. Setelah jemputnya di rumah, kami berkira-kira memilih tempat untuk membasah tekak. Dengan sedikit perbincangan kami memutuskan untuk ke Tanjung Harapan, Perlabuhan Klang. Nice tempatnya. Gerai-gerai di situ berlatar belakangkan pantai. Sejuk. Tenang, nyaman.

Hirupan nescafe ais membasahi tekak. Terasa nikmat dunia.

"Ni dah kenapa bro?" Tanya sahabat.

"Eh nak ajak lepak pun tak boleh ke?" Berkalih.

"Bukan tak boleh. Tapi macam ada problem je aku tengok. Cuba setori mori dekat aku. Mana tau kot kot aku boleh meredakan keresahan jiwamu." Bermain kata-kata pulak dia.

"Ececeh dok buat ayat cliche pulak dekat aku. Biasalah beb, manusia mana tak ditimpa masalah kan? Belum setel masalah yang lama, tiba pulak masalah baru. Pening kepala dibuatnya. Tapi apa kan daya. Kita manusia kerdil. Lemah. Bila ada masalah kita memang tak mampu buat apa-apa. Kena terima walaupun berat hati. Hidup...." Keluhan berat. Dihamburkan satu persatu.

Desiran angin pantai menampar lembut pipi. Sejuk. Mata memandang jauh ke pantai. MasyaAllah sungguh hebat kejadian yang Engkau aturkan. Sejurus mata dipejam. Merasa ketenangan yang sedalam-dalamnya. Bersyukur. Alhamdulillah. Subhanallah.





***********




Merebahkan kepala ke bantal. Kegusaran hati kian hilang. Kata-kata semangat sahabat masih terngiang-ngiang di kotak fikiran. Terima kasih sahabat. Di saat kita perlukan bantuan, Allah akan membantu. Kita tidak pernah menjangkakan apa bentuk bantuan yang Allah akan salurkan. Bila kita bersedia untuk menerima, dengan sekelip mata kita akan dibantuNya. Janji jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.

Apakah yang aku cuba sampaikan di sini? Apa kesudahan cerita di atas? Apa ni? Tak faham!

Hehe.

Rileks.

Cool.

Hurmmm...

Begini ceritanya...

Tak semua perkara perlu dikongsi bersama. Adakalanya perlu simpan untuk diri sendiri jua. Ingat, tak semua orang mahu tahu kisah hidup kita. Dan ingatlah jua ada yang masih peduli tentang hidup kita. Itulah pro dan kontra yang Allah telah aturkan untuk kita. Bila fikir satu persatu cabaran hidup di dunia ni buat kita makin kenal apa itu "kehidupan". Oh begitu rupanya hidup seorang manusia. Penuh warna warni. Penuh dengan elemen yang tak disangka dan dijangka. Penuh dengan misteri yang belum diungkapkan. Penuh tanda tanya. 

Malam itu berlalu. Membawa masalah bersama. Mendakap ke alam mimpi. Moga esok lebih baik dari hari ini.




Hami Asraff:

"Tidak mengapa andai kita tidak faham hari ini. Percayalah suatu hari nanti kita akan faham semuanya."