Aku Yang Berdosa

July 23, 2012







Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan semua. Sudah balik dari solat tarawikh? Alhamdulillah. Sekali lagi mahu berkongsi lagu pilihan. Seperti aku selalu post kat entri-entri sebelum ni. Pertama kali dengar lagu ni kat radio Era. Agak best. Memang kena dengan selera halwa telinga aku.


Aku Yang Berdosa - Shahir

Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu

Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu








Lagu ini ciptaan Sham Kamikaze. Adakah penceritaan di dalam lagu punya kena-mengena dengan hidupnya? Wallahu'alam. Yang pastinya lirik lagu ni agak menusuk kalbu. Aku dengar sesuatu lagu tu kalau lirik dia best memang akan terus melekat kat hati.

Pernah bernukilan sebuah puisi Kita Manusia Yang Berdosa. Puisikah? Entah tak pasti. Yang pastinya klik la link berkenaan untuk kenalpasti puisi atau pun tidak.

Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu satu keinsafan pada kita perbaiki amalan dan berubah ke arah yang lebih baik. Jadi manusia yang baik pada pandangan Allah. Bukan pada penilaian manusia.


Hami Asraff:


"Aku berdosa. Kamu berdosa. Mereka pun berdosa. Ya kita makhluk yang berdosa. Biar pun kita ni penuh dengan dosa dan noda, DIA tetap beri peluang pada kita untuk bertaubat. Baiknya ALLAH."


You Might Also Like

20 Comments

  1. kita semua berdosa,aku suko tengok sham sekarang,sejuk jer alhmdulillah

    ReplyDelete
  2. @bukankosong InsyaAllah kita boleh jadi yang baik jika kita berusaha ke arahnya.

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa HA

    KY pun baru dengar lagu ni, memang terasa dan melekat di hati,

    KY paling suka dengar lagu taubat seorang hamba, setiap kali dengar, mengalir airmata tanpa disedari..

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan dan Salam Ramadhan.

    ReplyDelete
  5. salam...kamu ni adik hilal asyraff k? hee~ name ala2...hee

    ReplyDelete
  6. Lirik yang indah berlagu, membuai di dasar kalbu. Betapa kita semua sebagai hamba-Nya sentiasa bernaung di bawah langit penuh cinta DIA Yang Satu.

    Salam Ramadhan. :)

    ReplyDelete
  7. Walaupun bro Sham cakap "saya bukan ustaz tapi baru nak start", tapi roh ke'ustaz'an tu dah terserlah daripada percakapannya. Suka dengar beliau main gitar masa jumpa beliau dulu. Macam ada alunan zikir sekali dalam petikan gitarnya. Lagu ni pun sangat menyentuh sanubari. MasyaAllah.

    ReplyDelete
  8. @Nurul Wabilah

    Waalaikumussalam. Ada tulis tentang soalan kamu tu:

    http://hamiasraff.blogspot.com/2012/06/hami-asraff-dan-hilal-asyraf-ni-adik.html

    ReplyDelete
  9. @KY Moga yang baik itu meresap ke jiwa.

    ReplyDelete
  10. @Aziani Zolman Allah telah takdirkan hidupnya sebegitu :)

    ReplyDelete
  11. Salam Ramadhan Al-Mubarak :)
    nice puisi " kita manusia yang berdosa" tersirat dan puitis~~
    moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya dlm kita mengumpul saham bekalan d sne kelak..Insya-Allah...

    ReplyDelete
  12. syahdu lagu ni...buat kita rasa tidak padan lagi diatas segala kenikmatn berbanding dgn dosa yang kita lakukan..semoga terampun semuanya...

    ReplyDelete
  13. lirik lagu ni simple yet bermakna. menusuk sangat bila dengar.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, wlaupun bulan puasa mmberikn keletihan yg maxima tp masih gagahkn dri brterawih. 【tkbleh ckp letih d pinggir bibir】

    Kita manusia biasa psti brdosa..hanya amal dan taqwa sj yg boleh mmbrsihkn jiwa dr dosa...moga ramadhan thn ni dpt mnjadikn kita insan yg baik.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe