Assalamualaikum w.b.t *Situasi di sebuah restoran. "Nak jadi baik ni memang banyak halangan kan?" Kata sang sahabat tiba-tiba, memecah kedinginan pagi. "Hurmmmm...." Aku hanya senyum. "Ni pasai apa hang senyum? Aku cakap serius ni!" Nada sedikit ditekan. Mungkin kurang berpuas hati dengan jawapan aku. "Hehe. Rileks. Aku senyum sebab apa yang hang kata tu betoi sangat. Sikit pun tak salah." Jawapan yang memihak...
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. ...
Assalamualaikum w.b.t Salam Ramadhan semua. Sudah balik dari solat tarawikh? Alhamdulillah. Sekali lagi mahu berkongsi lagu pilihan. Seperti aku selalu post kat entri-entri sebelum ni. Pertama kali dengar lagu ni kat radio Era. Agak best. Memang kena dengan selera halwa telinga aku. Aku Yang Berdosa - Shahir Sejauh mana langkah ku di sanaAku melupakan muSeluas mana kau beri padakuMasih ku angkuh padamuSegalanya dustaGelap...
Assalamualaikum w.b.t
Sihat? Alhamdulillah. Kalau tak sihat pi telan ubat. Tak pun pi tengok muka baby. Kalau tak ada baby, tatap dan lihatlah wajah ibumu. Pasti sihat hendaknya kelak. Okey bukan nak cerita pasal ni sebenarnya.
Dan ini ceritanya yang sebenar. Bermula dari sini.
Hari tu ada la lepak dengan member-member. Pekena teh tarik segelas boleh lajak pi sampai empat jam. The power of menyembang lagu tu la. Ralit. Tak sedaq pun dok cerita pasai apa.
Biasalah bila dah sembang dengan member, semua isu keluaq. Dari gosip dan hiburan terkini dan segalanyalah. Boleh tahan jugak kan orang lelaki kalau boleh menyembang. Haha sehingga permasalahan dunia semua angkut sekali. Hebat sungguh.
Tiba-tiba member sorang ni ada satu kisah.
"Aku teringat ustaz aku cerita. Lucu dan menarik!" beliau memprovokasi.
"Cerita apa tu sampai lucu dan menarik? Cuba hang story tengok." ceh berjaya memprovokasi aku rupanya.
"Macam ni. Ada sorang ustaz ni. Dia cerita ada sorang anak murid dia tanya "Ustaz, kalau saya tak pakai tudung, saya masuk neraka ke?" Member memulakan cerita.
"Lepas tu? Apakah jawapan ustaz hang?" soalan.
"Ustaz aku tu jawab: "Saya bukannya Ayah Pin, yang mendakwa dirinya pemegang kunci syurga dan kawannya pemegang kunci neraka. Bab siapa masuk syurga dan neraka bukan kerja saya dan bukan manusia yang tentukan. Tapi yang pastinya perbuatan tidak memakai tudung (tidak menutup aurat) menjurus ke neraka Allah. Dan jika kamu menutup aurat dengan sempurna insyaAllah akan masuk syurga. Wallahu'alam."
Perghhh jawapan padat, hebat dan mantop dari ustaz hang! Kami tergelak kecil. Jauh di sudut hatiku, kebenaran yang sangat terserlah.
Semua orang tahu kewajiban menutup aurat. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi biasalah manusia itu terkenal dengan sifat degilnya. Masih berdegil menentang agama, hukum Allah. Manusia memang mudah alpa dan leka. Selagi tidak berlaku apa-apa pada mereka, selagi itulah manusia akan berada di awang-awangan keseronokan berpaksikan nafsu dan hasutan syaitan.
Bersempena Ramadhan yang kian menjelang tinggal beberapa hari sahaja lagi ni, marilah kita berazam perbaiki diri. Yang tidak bertudung, apa kata mulalah bertudung. Jangan tunggu ready ke belum ready. Tapi paksalah diri untuk ready. Kerana menjalankan kewajipan itu kadangkala perlu dilakukan dalam keadaan terpaksa. Dan insyaAllah keikhlasan itu muncul kemudian.
Moga kita sentiasa perbaiki diri menjadi insan yang lebih baik. InsyaAllah.
Hami Asraff:
"Jangan sesekali pertikaikan hukum Allah. Hukum yang Allah telah tetapkan adalah yang terbaik untuk para hambaNya."

***************