Keluarga Berintegriti Jaminan Kesejahteraan Negara

June 13, 2012







Assalamualaikum w.b.t

Dah kenapa tajuk tiba-tiba sungguh berbedikasi ni? Hahaha! Dengan tidak semena-mena kan berintegriti bagai. Dah macam tajuk karangan SPM nampak gayanya ni. Oh oh wait! Actually saja je la nak kupas sikit sikit tentang integriti ini walaupun bukannya pro sangat.


Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.

Sumber: DI SINI

Tu kalau dari bahasa formalnyalah. Tapi kalau dari bahasa mudahnya integriti ni adalah semua aspek yang mengandungi nilai-nilai murni. Dan nilai-nilai murni yang akan diketengahkan di sini adalah nilai-nilai murni dalam menjamin kesejahteraan negara.

Integriti Dalam Keluarga

Mari lihat integriti dalam institusi kekeluargaan. Tunggak dalam sebuah keluarga adalah seorang bapa. Penerapan integriti atau nilai-nilai murni ni perlu dipertanggungjawabkan terlebih dahulu kepada ketua keluarga. Memang setiap bapa-bapa kena alert tentang ni. Sebab bapa ni pencorak kepada sesebuah keluarga. 

Nilai-nilai murni yang pertama sekali kita perlu perlu ada dalam sebuah keluarga adalah agama. Sebab dalam agama Islam atau agama-agama lain sekalipun sangat tekankan tentang nilai-nilai murni. Jadi kita ambil pegangan kita dalam agama Islam tu sebagai tunggak integriti kita dalam memacu sebuah keluarga. InsyaAllah jika didikan agama Islam tu tinggi yang dibentuk oleh seorang bapa, sejurusnya diterapkan kepada isteri dan anak-anak, makanya ia lebih menghasilkan sebuah keluarga yang hebat dari segala aspek.

Integriti Dalam Masyarakat

Yang ni pun tak kurang penting jugak dalam membentuk integriti yang sering orang terlepas pandang. Kalau sebut berkaitan masyarakat mesti kena ada perkataan "kerjasama". Ya bukan Wonderpet sahaja. Tapi aku rasa masyarakat Malaysia ni kaya dengan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan kerjasama. Alhamdulillah jika masih terus amalkan kerjasama. Tak kisahlah kerjasama antara rakan sekuliah ke, rakan sekerja ke, jiran tetangga ke, rakan alam maya ke janji yang penting? KERJASAMA!

Integriti Seorang Pemimpin

Walaupun kat atas tadi sudah dimention tentang kepimpinan seorang bapa, ingin sekali lagi aku nyatakan bahawasanya integriti seorang pemimpin adalah tersangat penting. Kalau mahu jadi seorang pemimpin yang telus dan berwibawa, nilai-nilai murni yang tinggi pun kena sematkan juga dalam diri setiap pemimpin tu. Tapi tengoklah pemimpin hari ini. Tak ramai yang mengamalkan nilai-nilai murni. Paling ketara adalah rasuah. Lihatlah hari rasuah ni macam dah sebati pada jiwa sesetengah pemimpin. Bukanlah aku kata semua pemimpin ambil rasuah. Mungkin segelintir daripadanya. Bila dah ada kes rasuah, integriti hilang sikit demi sikit. Tercemarlah integriti tu.

Integriti Dalam Diri Sendiri

The last but not least, aku rasa terpaling penting di antara yang paling penting. Integriti dengan diri sendiri. Yang ni memang kita sendiri kena bentuk. Bukan orang lain. Kalau dok pulun cakap "pung pang pung pang" dekat orang lain, nak timbulkan kesedaran dan nilai-nilai murni dekat orang lain, sedangkan diri sendiri tu tak ada pun intergriti. Ni kategori hampeh. Jadi tak perlulah macam tu. Kena bentuk perlahan-lahan. Lama-lama bercambahlah. Yang penting dalam diri sendiri adalah pegangan agama yang kena kuat. Jangan tinggal sembahyang.


Kesan

Integriti sangat penting yang membawa kesan-kesan tersendiri. Kita lihat integriti ini menyeluruh hinggalah ke aspek negara. Apabila semua orang mengamalkan integriti, makanya negara akan mengahasilkan produk yang unggul. Unggul di mata masyarakat dan dunia. Tahu bercakap memang la senang. Nak buat dan amalkan tu yang paling susah. Tapi kalau tak buat langsung memang tak berjalan la kan?

Penutup

Suka aku katakan yang memang banyak nilai-nilai murni yang kita boleh amalkan. Terlalu banyak. Tetapi biasalah kita terlalu nak ambil yang banyak tetapi last last tak amalkan pun. Apa kata kita ambil satu nilai-nilai murni dan kita amalkan. Istiqamah. InsyaAllah diri sendiri lebih terdidik, berdedikasi sejurusnya melahirkan masyarakat dan pemimpin yang jujur dan memakmurkan negara di mata dunia. Amin.

Hanya sebuah pendapat picisan. Yang baik ambil, yang jahat buang jauh-jauh. Wallahu'alam.

Hami Asraff:

"Amalkan yang sedikit. Jangan berhenti. Terus berjalan."


You Might Also Like

4 Comments

  1. Mula mula tengok tajuk gerun weh. haha. macam nak buat usul kat parlimen ja.. :p
    Perkongsian yang menarik.Selama ni tau word integriti ja. tapi xtau sangat maksud dia apa before ni. :)

    ReplyDelete
  2. 1st time i read a normal person perspective on integrity.yela..topic ini is pretty heavy because to tell u d truth..i am still looking for that integrity in life..well..brckp itu mudah but bkn mudah nk ber integriti especially dgn diri sndiri kn..:)

    a bit surprised sbb anda seorg engineer..bkn nya philosopher..hehe..

    :)

    ReplyDelete
  3. @zafirahtajudin :D

    Hahaha. Tu la kan? Sengaja menggerunkan dengan buat tajuk macam tu :D

    ReplyDelete
  4. @namasayatihah

    Yep bercakap memang mudah. Melaksanakan itu yang selalunya jadi payah :)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe