Meninggalkan Dunia Maya?

January 18, 2012






Senja kian berlabuh. Makin samar bayangan. Dada langit kemerah-merahan. Cahaya matahari senja menerobos pada sesusuk tubuh yang sejak dari tadi di situ. Berdiri terpaku di atas sebuah bukit. Mendongak langit. Membuang jauh pandangan. Fikiran menerawang jauh. Cuba mencari ketenangan. Melepaskan sebuah keluhan yang berat. Entah berapa lama menanggung.

Mendengus halus.

Bebola mata berkaca. Melihat alam saujana terbentang memukau. Menjadi bukti kekuasaan Ilahi. Memang tidak mampu disangkal lagi. Angin menampar pipi. Perlahan-lahan merasa dingin. Sejurus meresap ke dalam jiwa. Jiwa membentuk ketenangan.

Alhamdulillah. Benar. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.



*******




Assalamualaikum semua :)


Aku masih di sini. Meneruskan apa yang telah aku mulakan. Tetap meneruskan perjuangan yang bersisa. Ada yang bertanya ke mana aku menghilang. Tidak hilang. Meninggalkan seketika dunia maya. Dunia maya pada perspektif aku adalah dunia interaksi dengan manusia yang menjadikan medium internet sebagai perantara.

Dunia maya aku: Blog, Facebook, Twitter.

Tidak pernah impi jika berdiam diri, ada yang sedari. Sehingga hari ini.




Terima kasih. Aku print screen sebahagian yang bertanya. Juga ada yang bertanya di Facebook.





Terima kasih. Aku belajar sesuatu tentang ini. Kehidupan manusia sangat mempengaruhi kehidupan manusia lain adakalanya. Bergantung bagaimana kita merencana kehidupan hari-hari kita. Kehidupan akan mengajar kita menghargai. Belajar menghargai untuk rasa dihargai.

Merajuk?




Merajuk pada dunia maya? Tidak. Tiada sebab untuk berasa merajuk. Juga tiada alasan munasabah mengapa harus merajuk pada dunia ini. Apa yang boleh aku perkatakan adalah ada masa dan ketikanya kita leka dengan kehidupan yang kita bina. Sehingga kita terlupa terlalu banyak kehidupan lain kita abaikan.

Tadi aku tweet setelah 35 hari tidak bertweet.


Dan tidak menyangka. Banyak respon yang mengharukan dari kalian.






Juga di Facebook.





Mungkin aku perlu tukar tajuk entri ini kepada 'Print Screen'. Tahu terlalu banyak print screen di entri kali ni. Kenapa? Untuk melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan sokongan kalian walaupun aku sangat jarang update blog. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih yang sudi email dan inbox di Facebook bertanyakan pendapat dan sebagainya. InsyaAllah jika berkesempatan, akan cuba jawab satu persatu.

Akan tetap meneruskan karya dalam penulisan ini. Kenapa? Kerana aku suka. Tulisan picisan ini adalah nota peringatan pada diri sendiri. Jika terkesan pada pembaca, itu rahmat dari ALLAH. 

Itu sahaja rasanya. Jumpa lagi di lain entri. InsyaALLAH :)

Wassalam.

Hami Asraff:

"Biarlah manusia lain tidak mempercayai kebolehan anda, janji anda percaya pada diri sendiri, anda yakin anda boleh. Itu jauh memadai."

You Might Also Like

15 Comments

  1. Alhamdulillah ^_^

    ReplyDelete
  2. "Print Screen".. Best gak tjok entri tu.. LOL =P

    ReplyDelete
  3. selamat kembali! :D

    *eh jap, kenapa ramai perempuan ek yg reply/komen dekat status tu?

    **eh lupa, pengkomen ni perempuan jugak. hehe

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum

    Selamat kembali ke DUNIA MAYA.

    Entry "kembali" yang penuh bergaya.


    ~Tertanya-tanya,masa sekolah dulu ambil sastera ke??~

    ReplyDelete
  5. @Siti Safiyyah:

    Err, soalan itu kena tanya pada pengkomens lah! :D

    ReplyDelete
  6. @NooR AzLen BinTi HaRoN:

    Waalaikumussalam. Tak pernah ambil sastera sepanjang hidup :)

    ReplyDelete
  7. Selamat kembali Hami :)

    Merindui kata2 motivasi di Twitter & blog ni :)

    ReplyDelete
  8. Eh eh.. Nama sy ada di sana la.. Selamat kembali.. :)

    ReplyDelete
  9. @♥CIK SHA♥:

    Ya ya selamat :)

    @~Miss_eiyDa ~:

    Thanks :)

    @~Filzati Zulkepli~:

    Terima kasih melahirkan rasa rindu itu :)

    @Syafiq Ahadin:

    Thank you :)

    @Shareeza:

    Oh yeke. Thank you jugak.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...munculnya hami semula memberi sinar bahagia pada semua orang..memang layak di panggil si pemberi senyuman..:)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe